Tuesday, September 16, 2014

Review: Bhoothnath Returns

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Nitesh Tiwari
Pelakon | Amitabh Bachchan, Parth Balareo, Boman Irani

Bhootnath mungkin kurang familiar bagi yang bukan kaki Bollywood. Filem yang ada Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla, dahulunya antara yang sukses dan berjaya. Amitabh Bachchan yang menakjubkan, komedi kanak kanak yang menghiburkan, dan mesejnya yang simple dan berguna menjadikan Bhootnath sebuah filem yang berjaya. Dan kini, Nitesh Tiwari kembali bawa filem ni dalam sekuelnya yang baru. 

Bhootnath Returns tak ada SRK sebagai main role. Dia hanya muncul sebagai cameo bersama Ranbir Kapoor. Nitesh Tiewari membawakan Bhootnath sebagai sebuah filem yang tidak lagi fokusnya kepada kanak kanak. Ianya lebih kepada sebuah cerita yang ringan, namun isunya sangat berat. Paling penting, filem ni punya sifat patriotism yang sangat tinggi. Ditayangkan di India ketika election pada April, filem ni sebenarnya bijak memanipulasi situasi dalam mengaut keuntungan. 

Ditayangkan pada musim pilihanraya, Bhootnath menarik penonton dengan membawa tema yang sama. 

Menariknya, walaupun filem ni nampak mendekati sebuah cerita yang sangatlah mempromosikan pilihanraya, semangat turun mengundi, dan hakikat sebuah pilihan raya, ianya disampaikan dengan cara ringan dan mudah ditelan. Pendek kata, kisahnya yang besar berjaya dilembutkan dengan cerita hantu yang simple, senang dan bermesej. 

Kalau nak cerita dari aspek keseluruhan, aku tak nafikan kekuatan pada penyampaian mesejnya adalah satu kekuatan. Bhootnath Returns tidak hanya bermain dengan komedi tetapi pada masa yang sama mengajak untuk penonton, especially penonton India untuk menilai tentang situasi negara mereka. Dan tema besarnya pula, Bhootnath mengajak kita untuk bersemangat untuk join pilihanraya. 

Aku rasakan walaupun isunya antara yang unik dan menarik, Bhootnath Returns sebenarnya kurang kekuatan dalam beberapa babak. Bhootnaths kali ini tidak mampu untuk memberikan plot yang terlalu cantik. Hanya sekadar terhibur dengan pelakon cilik, Parth Bhalerao yang pertamakalinya berlakon dalam filem. Unik dan sangat bijak pelakon cilik ni! 

Menampilkan muzik yang bergenre pop dan rap, aku rasa, bagi yang suka filem yang pertama confirm suka filem ni! 

Apa yang ada pada Bhootnath Returns ada ialah lakonan yang sangat excellent dan thor-baik! Temanya juga ada jiwa yang bersemangat dalam isu patriotismenya. Namun, penyampaiannya masih biasa biasa dan kelakarnya menjadi. Bhootnath Returns berjaya memberi satu kekuatan dalam mendidik penonton, dan pada masa yang sama menjadikan ianya satu bahan yang ringan sebagai ‘learning package’ yang superb! 

3.5/5

No comments: