Akan Datang!

Saturday, April 2, 2011

Nafsu Bertenggek Tenggek Seksi Menggoda!

Satu hari, sedang aku bersiap siap ke kuliah, aku sedar yang seluar aku terlalu fit dan seksi di bahagian pinggang. Nak mengunci pintu pintu seluar itu pun sudah sukar. Bayangkan bagaimana aku terpaksa menarik nafas, huuuuuuuuuuuuuuup! (gaya tarik nafas dan mengempis perut secara sementara) dan melepas nafas, haaaah! (membiarkan perut kembali membuncit). Huh, susah bila perut dah buncit nih. Belum kahwin pun dah buncit! Ish!

Diet nampaknya tak menjadi. Nafsu liar dan serakah seksi seksi menggoda di pintu pintu restoran. Seksinya seperti Lady Gaga (menggerikan tetapi mengiurkan), juga seperti Britney mahupun Katy Perry mahupun Luna Maya. Eh! Seksi nafsu berlingkar memanggil, 'marim bang, i will treat u with pleasure... nasi ayam, nasi bungkus, nasi ABC, nasi segalanya..'.. Panahan tetek teteknya menghimpunkan nafsu dalam mataku, terus ke dalam hati.. dalam diam diam pekerja di kaunter pertanyaan dalam hati aku bertengek di muka pintu hotel bertanya kepada ku si tuan mereka,'bila mahu kau buka dinner seperti biasa'.

Huh, lari lari anak di tepi tasik, cuci mata tetapi tak berdaya menyuci perut. Itu minggu lepas! Minggu ini, nafsu kijang kijang hitam sudah pudar. Perlu diupgrade, lagi lagi lagi! Malah, memenatkan aku untuk mencuci peluh peluh yang melekat lekit di baju. Perlu sesuatu, buang kemalasan! Tetapi, selalunya aku kalah dengan sang seksi nafsu yang meminta perut diisi... AAARGH!!!

p/s: lesson plan dah approve, material loom wat g... arrrgh!


Extraterrestrial - Katy Perry feat. Kanye West

Tetibe teraddict dengan lagu Katy Perry nih...



Lyric:
http://cikgumanstation2.blogspot.com/2011/04/extraterrestrial-lyric.html

Wednesday, March 30, 2011

Justin Bieber Vs. Michael Jackson



NEVER SAY NEVER filem dokumentari sulung mengenai perjalanan hidup Justin Bieber telah diumumkan menjadi filem konsert paling laris di senarai pecah panggung Amerika Syarikat. Hasil kutipan filem tersebut telah berjaya mengalahkan kutipan yang diraih filem This Is It kepunyaan Micheal Jackson.

Sejak ditayangkan sebulan lalu iaitu pada 11 Februari, filem itu telah berjaya meraih kutipan sebanyak AS$72.2 juta (RM223 juta). Ia sekali gus menjadi rekod baru yang mana sebelumnya dipegang oleh filem Micheal Jackson yang meraih kutipan AS$72.1 (RM218.2 juta).

Meskipun telah berjaya mengalahkan rekod legenda muzik pop itu, Bieber tetap menyanjungi dan merendah diri dengan mengatakan Micheal Jackson tetap menjadi idola dan legenda muzik dunia.

"Terima kasih kepada peminat-peminat dan pihak yang terus menyokong Never Say Never (3D NSN3D) di seluruh dunia. Tetapi Jackson masih dan akan selalu menjadi Raja Pop," tulis Bieber dalam akaun Twitternya seperti mana yang dilaporkan Aceshowbiz.

Filem Jackson yang menampilkan dokumentari dirinya adalah ketika menjalani latihan dan sebuah persembahannya di London. Filem itu diedarkan pada tahun 2009 iaitu selepas Raja Pop itu mengejutkan dunia dengan kematiannya tragisnya itu.

sumber: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm

Filem Justin Bieber dalam versi 3D ini akan ditayangkan kepada peminat di Malaysia bermula 14 April 2011. Aku nak g teng0k?, sori.. not his die-hard fan.. :-)

Hujan Dan Banjir Lagi...


Lagu yang menggambarkan negeri Perlis saat ini (30/3/2011)...



Creedence Clearwater Revival - Have You Ever Seen The Rain

Someone told me long ago there's a calm before the storm
I know, it's been comin' for some time
When it's over, so they say, it'll rain a sunny day
I know, shinin' down like water

I wanna know, have you ever seen the rain?
I wanna know, have you ever seen the rain
Comin' down on a sunny day?

Yesterday and days before, sun is cold and rain is hard
I know, been that way for all my time
'Til forever, on it goes through the circle, fast and slow
I know, it can't stop, I wonder

I wanna know, have you ever seen the rain?
I wanna know, have you ever seen the rain
Comin' down on a sunny day?

Yeah, I wanna know, have you ever seen the rain?
I wanna know, have you ever seen the rain
Comin' down on a sunny day?


Apabila Empangan Tasoh dibuka, maka tandanya banjir akan tiba. Moga negeri aku tak apa apa, dibawah lindunganNya.

Diari banjir aku November 2010 yang lalu, bleh klik link dibawah:
http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/11/kronologi.html

Rempuh Pintu Bas Kami Dah Biasa.... Tapi Ini Luarbiasa!

dipetik dari: http://www.hmetro.com.my/articles/Dirempuhkeretadalamrumah/Article

HULU BERNAM: Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) warga Indonesia dikenali sebagai Istiarsyah, 26, parah selepas dirempuh kereta yang terbabas dan memasuki ruang tamu rumah sewanya, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika mangsa bersiap sebelum keluar dari rumahnya di Jalan Bahtera 5A, di sini, untuk ke kuliah sesi petang.

Mangsa melecur di badan dan kaki serta cedera di muka dan tangan selepas terperosok di bawah Perodua Kancil dipandu seorang pelajar wanita di universiti sama.

Saksi kejadian yang juga jiran mangsa, Mohd Azrin Mat Rais, 32, berkata dia terkejut apabila mendengar dentuman kuat dari rumah berkenaan.

“Saya bergegas keluar dan melihat sebuah kereta dinaiki lima pelajar wanita berada di dalam rumah selepas merempuh pintu besi dan kaca rumah berkenaan. “Lebih mengejutkan apabila melihat seorang lelaki tersepit di bawah kereta terbabit sambil meraung kesakitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Azrin berkata, ketika kejadian Istiarsyah melangkah keluar di depan pintu rumah untuk ke bilik kuliah.

Bagaimanapun, rempuhan kereta itu menyebabkan mangsa terseret hingga ke dinding dapur rumah dan cedera akibat terkena serpihan kaca dan melecur akibat ditindih badan dan ekzos kereta.

Menurutnya, rakan serumah dan jiran membantu mengeluarkan mangsa sebelum mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Tanjung Malim (KKTM) dan kemudian dirujuk ke Hospital Slim River (HSR).

Katanya, rumah mangsa turut didiami tiga pasangan suami isteri warga Indonesia yang masih belajar di universiti sama. Sementara itu, pemandu kereta terbabit, Nabilah Izzati Ayub, 20, bersama empat pelajar wanita berkenaan cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, ketika kejadian pemandu kereta terbabit membuat pusingan U di laluan berkenaan, namun tertekan pedal minyak lalu meluru masuk ke dalam rumah mangsa.

“Mangsa dirempuh dan tersepit di bawah kereta. Akibatnya mangsa melecur di perut dan paha.

“Keadaan mangsa dilaporkan stabil,” katanya.

lagi di UPSIKINI: http://upsikini.blogspot.com/2011/03/pelajar-upsi-dirempuh-dalam-rumah.html

Tuesday, March 29, 2011

Aznil & 12 Orang Penyanyinya...

Aznil Haji Nawawi yang terlalu sinonim (bukan antonym) dengan Akademi Fantasia. Jangan jeles sebab aku juga antara fan nombor satu Akademi Fantasia. (Pasti berjaya di Akademi fantasia!!!) Uhu. Itu dahulu la, sebelum aku masuk universiti ni. Bila dah masuk, baru sedar yang semua tu melalaikan. Lagho! Tapi, pengaruh Akademi Fantasia itu masih ada lagi dalam jiwa aku. Tengok update Facebook aku di bawah:


Hmm.. dah masuk musim ke 9. Alih alih buka beautiful nara, aku terkejut sangat. Awat muka depa ni klasik bebena... nak buat Akademi Fantasia ke atau nak buat Akademi Fantagiro? Terlalulah 80’s. Dan beberapa pos pelajar Akademi Fantasia ini buat aku teringat actress pojaan mak bapak aku.

Miza, ya rabbi. Nak kata Beyonce pun bukan. Yang belakon cerita Precious tu pun bukan. Ish3.

Ini ada mirip muka Chef Wan, Amir namanya. Hmm.. mirip Sudirman pun ada jugak. Kan3?

Pakaian Aida ni mengingatkan aku kepada Ramlah Ram, Francisca Peters dan Ziana Zain.

Ini pulak fesyen kain labuh dengan rantai besar. Huduhnyeee..

Ini lagilah. Rambut macam pontianak. Baju teringat pulak lagu Ramlah Ram nyanyi Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu ciptaan Ahmad Nawab. My fevret tuh!

Apapun kepada semua, majulah Akademi Fantasia untuk Astro. Aku nampak budak budak ni semua hingusan jer. Mampukah menandingi musim sebelumnya. Entry ini bukan untuk mengutuk, tetapi mengungkap pandangan aku tentang dunia fesyen yang makin hilang arah (ceewah, ye ker?). Tunggu dan lihat sajalah. Itu saja untuk hari ini. Sekian terima kasih.

Monday, March 28, 2011

Jom Tonton 'Alang Rentak Seribu'....

Semester ni aku terlibat dengan dua produksi teater. Even my character is just in supporting role, aku tak kisah selagi aku boleh belajar serba sedikit pasal teater. Produksi pertama yang aku join semester ni ialah Cicik Mak Dara dimana di bawah arahan Nur Syazwani Ghafar dengan drama bertajuk Pulang. Satu penghormatan sebenarnya buat aku sebagai seorang yang terlalu baru dalam dunia lakonan.

Tonton teater Pulang di sini:
http://cikgumanstation.blogspot.com/2011/03/festival-teater-upsi-2011-pulang.html

Second production pulak ialah Men In Da House Production, yang bakal membawakan olahan skrip teater Syed Alwi (sasterawan negara), Alang Rentak Seribu. Aku berperanan sebagai watak supporting jugak iaitu sebagai cameraman dalam kru filem yang diketuai Tuan Nordin. Bakal dipentaskan 8 dan 9 April 2011, ianya adalah sebuah teater realisme yang wajib tonton. Jemputan ini aku tujukan buat siapa saja pembaca yang bergelar student UPSI.


Serba sedikit pasal Alang Rentak Seribu, kisah ini mengisahkan seorang lelaki yang bijak lagi genius bernama Alang. Sebuah produksi filem mahu menjalankan pengambaran di kampung tersebut dan Alang adalah orang yang akan membantu menghubungkan dua pihak (orang kampung dan orang filem). Pada masa yang sama, Tuan Nordin (pengarah filem dari KL) berkenan mahu mengambil gadis kampung untuk digandingkan dengan seorang pelakon hebat. Apa yang terjadi seterusnya adalah paparan penerimaan budaya bandar yang tidak serasi dengan suasana kampung. Malah, kisah ini juga akan menunjukkan realiti masyarakat kampung yang lebih luas pemikirannya.

Huh, minggu ke 13 ni sebenarnya aku dah dapat pelepasan kuliah untuk satu minggu. Surat pelepasan dah dapat, tapi rasanya aku tak dapat nak skip the whole week sebab makroteaching (latihan mengajar kecil kecilan di sekolah) dan beberapa test untuk beberapa subjek major bakal diadakan pada minggu tersebut. Apapun, aku fikir untuk undur diri sebenarnya tapi rasanya aku rasa aku boleh lagi bahagikan dua perkara penting dalam hidup aku, minat dan kerjaya. Malang sungguh apabila kerjaya tidak sealiran dengan minat. Tetapi tak ape, apa yang penting ianya akan menguji kebijaksanaan aku untuk membahagikan masa untuk minggu ke 13.

Luckily one of my presentation is finally done this morning (28 March 2011). Tinggal satu lagi presentation perlu disettlekan dan juga satu lagi sesi pengajaran perlu dilakukan. Harap2 sangat minggu 13 bukan minggu yang memecahkan kepala aku! Jangan ditanya kepada aku 'kenapa ko gatal sangat g ambik teater tu?!' Please, my answer is 'I take it because of my passion!'. DONE!

p/s: poster yang menarik. I like it. Even my face is not there.. well, extra will always be an extra.. haha

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...