Sunday, May 23, 2010

Single Pelajar AF8! Complete Set

Klik title lagu untuk mendownload!

Adira AF8 – Ku Ada Kamu
Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Ain AF8 – Penanggung Sepi

Alif AF8 – Bangun Semula
Tersentak sejenak detakan jantung
Mendapat khabar kurang senang
Impianmu kecundang

Oh entah di mana salah silapnya
Sedangkan semua dah dicuba
Hati asyik memikir dunia sudah berakhir

Begitulah perasaannya kecewa dalam usaha
Manis dah hilang nikmatnya
Pahit yang jelas ketara

Tapi bila direnungkan
Makin kaya pengalaman
Memberikan kekuatan untuk bangun semula

Kadangkala kita pantas berlari
Mengejar apa di hadapan
Tersandung pula halangan

Biar luka hanyalah sementara
Tinggalkan parut tanda usaha
Jangan jadi alasan berhenti separuh jalan

Pepatah lama berkata :-
Jika hendak seribu daya...jika tidak seribu dalih
Haruslah cuba lebih gigih

Anum AF8 – Berakhir Sebelum Bermula
Baru ku bilang kau punya rupa yang menawan
Tidak bererti diri ini jatuh hati
Benar mungkin kita punya peluang berkenalan
Tapi belum sampai ke tahap maut lagi

Merbahaya amat merbahaya
Menyamakan suka dengan cinta
Nanti kau yang kecewa

Oh! Jangan cepat menyerah hati pada saat mula berjinak
Oh! Akan timbul masalah
Cinta berakhir sebelum bermula

Perlahan sedikit kenapa mahu tergesa-gesa
Cinta pasti hadir jika sesama suka
Biar berkenalan dulu sebelum berpacaran
Atau paling tidak mungkin sekadar teman

Memang benar aku tertarik padamu
Tapi tunggu dulu
Kita perlu ambil satu persatu


Daus AF8 – Kenapa
Tubuhku menggeletar…
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa? (ulang)

Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Ema AF8 – Hati Hati

Farina AF8 – Hujung Minggu

Iwan AF8 – VIP

Maulana AF8 – RSVP
Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya

Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah

Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu

Nad AF8 – Aku Sudah Merdeka
Pernah suatu ketika dulu
Ku buat apa yang disuruh
Walau tanpa rela ku turut jua

Makin lama makin ku tersedar
Untuk cari jalan keluar
Dari perhubungan yang hanya ada.. satu hala..

Chorus:

Kini ku sudah bebas..
Utamakan ruang terlepas
Terlepas dari penjara
Penjara cinta kita

Tangan tak bergari lagi
Ku cari arah sendiri
Kini aku sudah merdeka, woohoo!!

Merdeka woohoo!!

Ku dahulu sangkakan setia
Dapat memperkukuhkan cinta
Tapi apa guna jiwa merana

Kerna kau mempergunakan diri ini
Untuk kepentingan sendiri
Tanpa menghiraukan perasaan
Dalam sanubari..

(ulang chorus)

Tipu!!

Kata saja lelaki dewasa..
Tapi minda pun tidak sebaya.. (3x)

(ulang chorus)

Shah AF8 – Bernafas Lagi
Ku tahu di sana
Engkau bahagia bersama teman hidup baru
Di sini aku selalu
Terfikirkanmu
Mengimbau kenangan dahulu

Bridge:
Saat kita berdua
Masih dibelai cinta
Dan semenjak berpisah

Chorus:
Sukarnya hidup tanpamu..
Sukarnya hari ku tempuh..
Andainya kau sudi tahu
Walau sukar tapi
Diri ini masih bernafas lagi

Ku sering tertanya
Adakah dia menyayangi lebih dariku
Semoga kamu berdua
Kekal bahagia
Biar susah diri merindu

(ulang bridge)

(ulang chorus)

Shahir AF8 – Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

No comments: