Tuesday, November 2, 2010

Diari Mangsa Banjir

29hb Oktober 2010
Semasa mengakses Facebook, kecoh berkenaan tentang serangan puting beliung di Perlis. Amat beruntung untuk tidak risau kerana kawasan yang dilanda bencana ini adalah di Arau, dan kawasan berdekatannya. Bukan kawasanku. Tapi, aku turut bersimpati kerana bencana ini terjadi di negeri aku. Pertama kali melihat rakaman amatur, it was unbelieveable. No such thing happen so dasyat.


Rakaman amatur 01


Rakaman amatur 02

Ni bukan rakaman dari kamera aku. Kalau aku rakam, rasanya boleh buat muvi ala2 Rec dan Paranormal Activity dah. Terjadi sekitar jam 5 petang, puting beliung itu meranapkan laluannya. Puting beliung itu hanya permulaan kepada tragedi yang lagi dasyat. Tolong simpan bayangan fiksyen yang digambarkan dalam Roland Emmerich dalam The Day After Tomorrow ataupun filem 2012 yang telah dibukukan sebab xnak orang terpesong tuh! Ini bukan cobaan, ini betol2!!

31hb Oktober 2010
Aku dapat laporan dari parent aku mengatakan Perlis dihujani hujan tidak henti2 sejak sehari lepas. Tiada apa-apa tanda banjir. Tapi, memang sah2 akan jadi banjir (hanya agakan) coz tempat aku dekat dengan empangan Timah Tasoh. Hari ni, aku masih dok teringat2 lakonan burung aku yang taklah sehebat mana. Tapi, eee... bestnya belakon walaupun sekejap2 (sekejap jadi burung, sekejap jadi spirit. Dua dua x nampak muka).. oooops!..

1hb November 2010
Pagi itu, dalam tren (sekitar jam6 pagi) hujan lebat menghujani perjalanan keretapi. Dari Sungai Petani sehingga ke Arau, tiada tanda matahari akan menampakkan wajahnya. Hujan turun membasahi. Memang ini adalah hujan semalam. Hujan yang belum reda. Empangan Timah Tasoh akhirnya membuka semua pintu empangannya (ada 6 pintu semuanya) kerana 'pundi kencingnya' tidak dapat menampung lagi air yang begitu banyak sekaligus persediaannya, bersedia untuk banjir!!!

Petang itu, sekitar jam 1 ptg, Jabatan Pelajaran Negeri mengarahkan semua sekolah ditutup kerana banjir sudah mula menjadi raksasa besar yang menunggu untuk dibelasah ultraman (mungkin ultraman perlu gali lobang sedalam mungkin untuk buat saliran, pastu nanti namakan dia sebagai lobang ultraman.. leh buat tapak rekreasi.... ok, abaikan kurungan ini). Hujan masih berterusan. Radio Perlis.Fm menjadi pilihan utama. Xde maknenyer nak dengar Sinar.Fm Stesen Retro No 1, ataupun KlasikNasional yang klasik bangat tu. Mesti rating dua stesen tu menurun di Perlis pada hari ni.

2hb November 2010
Bangun pagi pagi, buka mata dulu... mengeliat sampai puas.. tido balik. Tup tup bila bangun buka mata....

sila buat muka terkejut apabila menatap gambar ini

Bangun pagi, dan depan rumahku sudah dinaiki air. Tidak sampai masuk ke dalam rumah lagi, maka alhamdulillah lah. Namun, pada hari ini juga Kangar mengalami banjir teruk. Pejabat dan kedai ditutup. Segalanya menjadi kucar kacir apabila petir menyambar dua buah lori lalu meletup di jalan raya yang basah (abaikan ayat menipu ini!). Tengahari, banjir masih belum surut. Hujan renyai2 pada sebelah petang. Adakah itu petanda second wave??? Tidak.. hujan sekejap2 itu hanya sementara. Tapi, perlu lagi berhati2 sebab amaran mengatakan bahawa Lekukan Tropika (istilah untuk bala ini) akan menyebabkan angin selaju 25knot dijangkakan akan berlaku. Harap2 tidak... ataupun... ianya telah berlaku pada kejadian 28hb itu (entahlah.. x arif ttg hal ini)

Ok.. kita fokuskan ke personal story sket. Malam 2hb, Kangar masih teruk bermandi banjir. Alhamdulillah kat rumah kitorang dah reda sket sbb air hanya lalu melalui kawasan kami (Beseri) dan akan bertakung di Kangar. Mcm ni, bayangkan satu mangkuk besar yang amat besar terlalulah besar sebesarnya. Bayangkan empangan Timah Tasoh itu berada di tepi mangkuk itu. Pintu empangan dibuka (bayangkan tangan anda melepaskan air dari paip yang deras).Bayangkan daerah aku, Beseri itu ada di mana2 tepian mangkuk. Dan, tengah mangkuk itu adalah Kangar. So, faham???!!

Kereta Avanza dan juga Wira sudah dinaikkan ke tempat tinggi berhampiran. Sewaktu memindahkan kereta tu, terdengar bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Tabika Kemas Alor Tampang, mesjid-mesjid juga pokok2 (untuk monyet dan haiwan memanjat), kawasan tinggi (untuk kucing-kucing rumah jiran yang aku selalu beri makan) sudah menjadi kawasan paling dihuni buat masa sekarang. Aku bukanlah Evan Almighty yang boleh buat bahtera, so pandai2 la korang jaga diri ye kucing2... meow meow.. grrrrr....

Jadi, kebanyakan rumah sedare2 aku sudah ditenggelami air. Maka, malam 2hb Nov 2010, semua sedare belah mak aku, datang menginap di rumah aku. Makanya, malam tu kitorang gathered just because of a disaster. Make some ikatan ukhuwah dalam bencana. Makan sardin bersama-sama. Makan bihun goreng Mak Su aku bersama2. Dan aku, blogging lah, apa lagi (yang ni sorang2). Tapi port blogging terpaksa ubah tempat, ke rumah nenek ku, yg bersebelahan kerana x cukup bilik dan ruang. Almaklumlah, bayangkan 3 family dalam satu rumah untuk 1 family.

laptop aku terpaksa berpindah ke rumah nenekku... line streamix masih boleh dicapai... alhamdulillah

Malam 2hb juga, aku menonton tv 3 sambil diselang seli bunyi katak di luar rumah. Mau saja aku katakan diam kepada katak katak itu. Tapi, aku bukan Dr. Dolittle yang pandai berkata-kata dengan haiwan. Setakat bercakap dengan kucing jiran aku, aku boleh je. Kalau katak, memang aku mengalah.

3hb November 2010
Banjir sudah mula surut di depan rumah. Maka, hari ni, dengan agakan bahawa tempat2 lain sudah surut, aku pun bersiar-siar dengan motor untuk ke pejabat pos. Asalnya mahu mengirimkan sesuatu ke Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI, last2 jadi tukang snap gambar sepanjang perjalanan.
Di sebatang jalan berhampiran rumah aku.. rupanya rumah2 lain masih ditenggelami..
Jalan ke Pejabat Pos Alor Tampang (a.k.a Balai Baru), finally dimakan air...
Jalan nak ke SK Padang Melangit.. nama Langit, tapi rendah... diambil waktu nk g Pejabat Pos Kangar...
Dah lepas Padang Melangit, tersekat pulak kat Simpang Empat, Abi.. huh.. redah jugak...
Akhirnya, tersekat lagi di Behor Empiang.. tengok hah, sekolah pun naik air...
Masih di Behor Empiang
Air sungai yang berada pada paras 'raksasa'
Akhirnya menyerah kalah... jalan ke Kangar dah lumpuh..


Mak aku dah cakap, pejabat pos apenye banjir2 nih. Mana la ada orang nak keje time disaster ni..Tapi degil jugak nak pergi. Ahaha.. apepon, gambar di atas ni diambil sekitar jam 9 pagi 3hb November 2010. Cuaca mendung. Sedikit cahaya matahari menerobos tingkap langit. Tiada tanda hujan mahu menyiram lagi.. Tengah hari itu, menggunakan kamera bloggie yang tak secanggih mana nih, aku turun padang lagi. Merekod disaster movie yang bukan lawak2, tapi coobaaan yang betul2 terjadi. Ini adalah hasil kerja aku sebab boring dan x tau nk watpe. Tonton saja vid di bawah..



Vid ini adalah cantuman beberapa rakaman yg sempat diambil pada hari ini. Nampaknya tanda banjir akan surut sudah ada. Maka, mungkin tiada lagi laporan untuk 4hb. Jadi, setakat ini saja entry berjela ni. Adios.

7 comments:

crayon said...

dahsyat btoi kat perlis.. tengok kat kedah tak teruk sngat.. ingatkan banjir biasa-biasa gak la kat perlis.. aduyai.. semoga banjir cepat surut

misSbLurRy said...

aku pernah ada pengalaman sekali je..kat rumah arwan wan aku dan masa tue my mom ckp nie banjir terbesar dlm masa ntah brape puluh tahun...and aku rasa agak cool...

btw, ati2 kayh

ASSOYFINGER67 said...

fasal puting beliung...negara kita tak mustahil akan dapat bencana lebih lagi....itu tanda2 awal...apalah nasib anak2 akan datang..Allah maha besar!

Teja Suraya said...

adoi..risau2..umah aku da selamat tenggelam..abeh la...wwaaaa...

mula kehidupan baru la after banjir ni...

haish...berapa lama lagi la nak terpernagkap kt shah alam ni...adoii..mau pulanggg....

ps' tulun update lagi ye..masehh

liyanadiabu said...

siannyer...takpe..janji boleh lg berblogging..meh sggh tgk blog sy..hehehe..moga xde pape yg buruk berlaku sepanjang banjir..amin..

deeya_shouranlee said...

hmmm.. teruk juga ek???
tidak bermain banjir ker?

chiLleD...!! said...

trok kot bnjir..moga cpetlh reda...=)