Akan Datang!

Friday, September 18, 2015

Review: Polis Evo

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Ghaz Abu Bakar
Pelakon | Zizan razak, Shaheizy Sam, Harun Salim Bachik

Ghaz ni memang serba boleh. Bab nak upkan Zizan punya lakonan memang pengarah ni terbaik. Di tangan pengarah ni, Zizan memang luar dari kotak. Super lawak dan super serius dalam lakonan. Senang cakap, tak ada pengarah lain yang mampu ‘tambat’ Zizan melainkan Ghaz. Kalau aku katakan ini ialah filem kedua selepas Tokan yang membuatkan Zizan timbul, sila percaya. Tak nak percaya pun, sudah! G main jauh-jauh! 

Oh, lupa nak habaq. Misi menonton Polis Evo ni memang aku buat gila sikit. Aku sengaja suka-suka travel 200km dari Besut ke Kerteh hanya untuk enjoy the movie. Dan ternyata, ianya tidak mengecewakan. Ghaz Abu Bakar yang telah mengecewakan aku dengan sekuel Cicakman 3 sudah kembali menebus maruahnya dalam pembikinan filem aksi ini. 

Filem ni memang cool, wa cakap lu! Kalau korang suka tonton cite omputeh, memang korang akan rasa meremang tonton filem Polis Evo. Mana tidaknya, semua elemen filem aksi Hollywood ada dalam filem ni. Ghaz seperti sudah membaca kitab-kitab suci filem Hollywood dan kemudiannya menumpahkannya ke dalam filem ni. Elemen sama cuba ditampilkan dalam Cicakman 3, tapi gagal. 

Apa ada dalam Polis Evo? Kalaulah Polis Evo ialah resipi Burger King (taip sambil makan Burger King sekarang), ianya ialah kombinasi roti burger Bad Boys yang digoreng oleh peminat Michael Bay. Intinya pula ialah tiga perkara yang membuatkan Fast & Furious berjaya iaitu kekeluargaan, persahabatan dan juga penjahat yang sanggup lakukan apa saja untuk tak nak kalah. Oh, sosnya pula ialah komedi cara Malaysia yang cukup rasa.

24 movie mistakes filem POLIS EVO


Filem ni ada penjahat paling ganas dalam sejarah filem Malaysia (tak tau la kalau ada yang lagi padiyappa dari ni). Even gangster-gangster KL Gangster pun boleh kalah. Watak jahat yang dibawa Ayie Husairi memang nampak cool, macam dalam filem Tamil tu, tapi dia punya kejahatan memang mega. Korang akan rasa macam tonton penjahat Tamil kecek Terengganu / Besut boh! 

Gabungan Shaheizy Sam dan Zizan pula blend well. Memang Zizan ada had lawaknya, dan Shaheizy Sam pula dengan gaya selambanya yang banyak menangkis ‘lawak-lawak’ yang dibawa Zizan. Memang diorang nampak sesuai di layar. Belum pernah lagi aku tonton filem polis Malaysia yang memaparkan duo sebegini. 

Jelas dan nyata, filem ni memang Bad Boys versi Malaysia. Memang olahan ceritanya, mahupun dari segi visualnya pun korang akan rasa yang Ghaz banyak meminjam teknik kamera yang digunakan oleh Michael Bay dalam filem Bad Boys. Malah, adegan kejar mengejar paling gempak tu pun mengingatkan aku kepada Bad Boys 2 (sama tapi tak serupa, hehe). Malah, adegan tembak sambil ‘pose hebat macam tak sedar diri ketika menembak’ ketika Insp. Khai dan Sani ditangkap penjahat tu tak bleh blah! Tapi, memang cool. 

Memang filem ni menggunakan logik filem yang banyak. Kalau korang fikir logik, memang berlindung di sebalik sampan bila kena tembak memang perkara yang bodoh. Hollywood pun berlindung di sebalik benda-benda metal kalau kena tembak. Kelakar, tapi convincinglah, kalau ikut logik filem. Malah, aku juga fikir bakpelah Sani gunakan forklift yang slow untuk letupkan kapal penjahat, padahal gunala kereta hok laju sket. Penjahat tu pon bodoh. Tercongok je dok nembok. Larilah. Haha.. 

Apapun, aksi-aksi filem ni memukau. Korang takkan jumpa aksi-aksi macam ni dalam filem aksi lain, kecuali Ghaz yang arah! 

Korang wajib tonton filem ni! Kalau korang nak cakap filem Melayu sampah, tarik balik, cepat! Kalau Polis Evo ni ditayangkan di Thailand, aku rasa mereka pun kagum. Polis Evo memang sebuah filem yang tangkas dan hebat! Filem yang berjaya mengangkat betapa susahnya menjadi polis apabila berhadapan dengan penjahat yang gila babi bijak dan ganas! Dengan Zizan yang all out dalam lakonannya, Polis Evo aku kira antara filem aksi Melayu terbaik pernah dihasilkan setakat ini! 

4.5/5 

p/s: sedih! Terperasan mike kecil yang dipakai Zizan sekejap lekat kat telinga, sekejap terjatuh atas pasir between syot masa diorang berbaring lepas pertarungan akhir. Kantoi!! LOL

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Review: Nadia Ngidam Cili

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Muzammer Rahman (NADIA), Junad M Nor (NGIDAM), Edward Chee Boon (CILI)
Pelakon | Beto Kusyairy (NADIA), Liyana Jasmay (NGIDAM), Azman Hassan (CILI)

Buat pertamakalinya aku akan ulas sebuah filem yang diterbitkan dengan unik sekali. NADIA NGIDAM CILI korang boleh tonton tanpa bayar tiket sesen pun. Filem ini ialah kolaborasi penerbit buku indie iaitu FIXI, LEJEN PRESS dan juga DUBOOK PRESS sebagai penghargaan kepada pembeli buku mereka dan juga sempena sambutan Hari Malaysia.

Ini review aku secara ringkas, sebab filem pun ringkas! Aku telah mulakan penontonan dengan menonton Ngidam, lalu Cili dan seterusnya Nadia. 

NGIDAM  (Lejen Press) 

Filem pendek arahan Junad M Nor yang dibintangi Liyana jasmay dan Amerul Affendi ni ringkas je. Tak de pening kepala pun. Ceritanya pasal si Sarah yang mengidamkankan tv LED 60 inci. Pada aku, persembahannya biasa namun pada komedinya, itu sesuatu yang menjadi faktor untuk korang tonton filem ni. 

Lagak Amerul Affendi dalam lakonannya tidak mengecewakan dan korang pasti akan gelak besar melihat twistnya yang sempurna! Itulah, lain kali, kalau dah mengidam, kena tunaikan. Kalau tak, jadi macam Sarah, kah3! 

4/5 

CILI (Fixi) 

Jujurnya, selepas menonton Ngidam, jangkaan aku ialah Cili seharusnya lebih hebat dari Ngidam. Maklumlah, ini ialah karya adaptasi Nadia Khan dan penulis ini sendiri yang menulis skripnya. Tapi, apa yang aku dapat hanyalah cerita pasal advantura mencari cili yang biasa. Aku menanti moment adventure sepanjang perjalanan mencari cili. Tapi, yang ada hanyalah ‘cili ada x? cili ada x?’. 

Sedikit mengecewakan pada garapannya. Namun, aku suka dengan scene pengenalannya. Visualnya cantik. Bermula dari dalam kereta sampailah ke warung Cili Pak Rabu. Itu jelah yang cantik. Lain-lain, drama biasa yang komedinya kurang. Pahamkan aku, bukan ke orang buat nasi lemak pakai cili kering? Hmmm… 

3/5 

NADIA (Dubook) 

Yang ni pula adaptasi dari #Cerita Seram tulisan Jarr Najmuddean. Yang ni memang banyak pelakonnya. Beto Kusyairy, Azhan Rani dan Sara Ali antaranya. Pada aku, nak kata filem ni seram tu, takdelah seram mana. Tetapi, kalau dah Azhan Rani berlakon, memang seram tu ada la kat wajahnya. Tambah-tambah pulak lakonan Sarah Ali, even sekejap je, memang meremangkan. 

Cuma kalau korang tanya aku filem Nadia ni seram ke tak, memang aku jawab taklah. Sebab aku ni penonton seram yang mengharapkan rumah gegar-gegar, pintu tingkap buka tutup, dan juga raungan rasukan yang lebih dari apa yang ada dalam filem ni. 

3/5 

Ulasan keseluruhan: 

Bukan nak support kompani yang keluarkan novel aku sendiri, tapi aku paling suka komedi ringan yang dibawa oleh Ngidam. Pada aku, Ngidam memang santai dan unpredictable dan di celah-celahnya ada mesej yang senang dihadam. Mungkin bagi yang jenis cuba mencari yang tersirat dalam babak-babak cari cili dalam short filem CILI dan juga misteri NADIA, korang akan suka dua filem ni. Terpulang, masing-masing ada citarasa berbeza. Nadia Ngidam Cili memang membawa roh indie, dari buku ke layar. Dan ianya menjadi!

Tiga filem pendek ini boleh korang tonton kat link di bawah. Klik dan layan ok! 

NADIA 

NGIDAM 

CILI 

Sekian.

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Sunday, September 13, 2015

Review: Maze Runner - The Scorch Trials

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Wes Ball
Pelakon | Dylan O'Brien, Kaya Scodelario, Aidan Gillen

Wes Ball kali ini membawa keluar dari Maze yang menjadi premis filem pertama. Tetapi, Wes Ball tidak lupa untuk memupuk elemen filem pertama yang masih berkonsepkan ‘lari sana dan jangan berhenti’. The Scorch Trials merupakan sebuah kesinambungan filem The Maze Runner bagi yang mahu mengetahui apa kesudahan watak-watak di dalamnya. Kalau korang nak tonton filem ni untuk suka-suka, aku rasa korang sudah bazirkan masa. 

Apa yang ada dalam The Scorch Trials? Senang je. Kalau korang dah biasa tonton Divergent mahupun Hunger Games yang mana tergolong dalam filem YA yang diterjemah dari novel, korang akan alami rasa déjà vu. The Scorch Trials tiada elemen baru yang membezakan filem ini sebagai sebuah filem YA yang luar biasa mahupun jauh dari kebiasaan. Ianya hanyalah jiwa muda yang tidak segar malah tidak ada penambahbaikan dari segi plotnya. 

Lari dan terus lari. Seperti elemen dalam filem pertama, filem ni punya unpredictable plot yang memang takkan dapat diagak. Konsep lari dan kau settelkan je masalah yang kau jumpa menjadi cerita dalam filem ni. Thomas dan rakan-rakannya tak habis-habis dari awal hinggalah habis filem. Iyalah, nama pun The Maze Runner. Confirm diorang fit kan! 

Upgrade terbaru dalam siri The Maze Runner kali ini ialah zombie. Walaupun pada aku, zombie dalam filem ni takdelah memainkan peranan besar, ianya mampu memberikan rasa cemas yang lebih baik. 

Aku juga perasan yang aksi cemas dalam filem ni nampaknya sudah berjaya diupgrade dengan baiknya. Adegan Thomas cuba menyelamatkan Brenda yang jatuh kat atas cermin bangunan yang sudah tumbang tu mendebarkan. Apatah lagi adegan ikonik Thomas cuba celah masuk dalam pintu yang hampir-hampir tertutup tu! 

Nak dikira tentang rasa, aku rasa filem ni ada part yang bosan dan illogical. Tetapi, disebabkan ianya ada twist yang baik untuk filem ketiga, aku rasakan aku abaikanlah bahagian bosan itu. Kebosanan tercetus kerana filem ni menjadi ‘maze’ yang bergerak ke hulu hilir cuba untuk membentuk ceritanya. Pelbagai babak seperti diletakkan untuk aksi cemas namun tidak berkeperluan untuk mengisi plot. Namun, semuanya diselamatkan dek twist yang cantik dan adegan akhir yang sangat dark! 

Aku tidak mengharapkan filem ni membawa elemen filem pertama, tetapi aku cuma harap filem ni berkembang dengan drama yang dikembangkan dengan baik. Malangnya itu tiada. Tetapi, untuk sebuah filem yang dibina dengan bakal adanya sambungan ketiga, The Scorch Trials mungkin layak ditonton. Tak perlu expect sesuatu yang lebih dengan sekuel ini pada plotnya. Namun, korang akan puas hati dengan adegan cemas yang memuaskan!

Not badlah. Hanya untuk yang menonton filem pertama. Cuma secara peribadi, aku rasa macam filem ni dah jadi 'maze' yang cuba untuk diselesaikan. Tetapi sungguh, twistnya memang tidak mengecewakan!

3.5/5

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Wednesday, August 19, 2015

Review: Bajrangi Bhaijaan

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Kabir Khan
Pelakon | Salman Khan, Kareena Kapoor, Harshaali Malhotra

Inilah satu-satunya filem Salman Khan, sepanjang aku kenal pelakon ini sebagai waris-waris Khan yang ternama yang betul-betul serius dan berjaya menampilkan sisi emosinya yang tersendiri. Boleh dikatakan filem Bajrangi Bhaijaan ini sebuah filem yang sungguh besar bagi pelakon ini dimana lakonannya diperangkap dan diurus dengan kemas dan teratur. Dan hasilnya, sebuah Salman Khan yang terbaik! 

Sebenarnya, tidak ada yang dapat menafikan Bollywood masih kuat bercerita tentang air mata. Bajrangi Bhaijaan contohnya salah satu dari itu. Kabir Khan, yang sebelum ini mengarahkan gandingan Salman Khan dan Katrina Kaif dalam Ek Tha Tiger, kini membawa Salman Khan secara solo dalam filem ini. Ya, walaupun filem ni ada Kareena Kapoor, filem ni tidak ada ruang untuk heroin. Ianya untuk Salman, dan Salman sahaja. 

Bajrangi Bhaijaan berjaya untuk membawa isu Pakistan-Hindustan dengan sangat-sangat lembut. Apa yang filem ini cuba sampaikan ialah tentang hubungan Pakistan dan India yang pada mulanya diterapkan syakwasangka dan juga pandangan buruk. Namun, melalui si budak kecil Shahida, yang mana menjadi premis besar filem ni, filem ni mengajak siapa sahaja untuk melupakan ‘sempadan’ dunia dan mengajak untuk saling menghormati. 

Apa yang kau akan dapat semasa filem ni bermula dan berakhir ialah sebuah perjalanan yang mudah. Dengan hanya satu misi untuk digerakkan dalam dua jam setengah, filem ni diolah dengan pelbagai situasi yang digunakan untuk memanjangkan filem. Fasa pertama filem ini, berkisar tentang flashback dan juga elemen komedi yang tidak ada kena-mengena dengan isu besarnya. Namun, ianya dipenuhi hiburan dengan lagu Pritam yang gempak! 

Di fasa dua filem, filem ini membawa kita ke sebuah perjalanan Bajrangi (Salman Khan) dan Munni a.k.a Shahida yang dipenuhi ranjau dan liku. Aku lihat ada percubaan untuk memaparkan adegan aksi ikonik Salman Khan (gaduh-gaduh dengan elemen slow-mo dan juga muka bengis yang mengancam), namun ianya tidak diisi dengan banyak. Korang akan lihat satu sahaja adegan fighting. Itu pun tidak memuaskan peminat aksi Salman Khan. 

Filem ni menerapkan elemen patriotisme yang tinggi. Elemen humor dan juga emosi bercantum dengan baik dan ianya sekaligus menjadikan filem Salman Khan yang terbaik setakat ini. Ceritanya sebenarnya seperti sebuah kisah yang tidak sengaja terjadi. Iyalah, kalau si Munni tu tak pergi jumpa Bhajrangi, maka tiadalah semua kisah ini, kan? Ceritanya hanyalah bermula dengan kebetulan.

Semestinya, filem superhit ini harus ditonton. Filem ini milik Salman Khan sepenuhnya dan korang berpeluang untuk melihat pelakon ini pada lakonannya yang paling tinggi setakat ini. Kalau nak dibandingkan dengan filem-filem komedinya yang dulu, filem ini lah yang bakal menaikkan nama Salman Khan sebaris dengan Khan yang lain. 

4.5/5

news:

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Sunday, August 2, 2015

Review: Mission Impossible - Rogue Nation

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Christopher McQuarrie
Pelakon | Tom Cruise, Rebecca Ferguson, Simon Pegg, Jeremy Renner

Menjadikan setiap filem Mission Impossible berbeza melalui pertukaran pengarahnya setiap kali memang menjadi. Brian De Palma, John Woo, JJ Abrams, Brad Bird dan kali ni pulak Christopher McQuarrie. Kalau nak bandingkan kelima-lima ni, aku paling suka Ghost Protocol arahan Brad Bird. Filem ini sangat-sangat pekat dengan komedi dari watak Simon Pegg yang bersahaja, ditambah pula adegan Burj Khalifa yang superb! 

Rogue Nation pula bagaimana? Mampukah ianya menjadikan Mission Impossible selengkap itu. Bukan apa, bila Simon Pegg dan Jeremy Renner masuk game, maka filem ni sudah mula beralih kepada satu misi mustahil baru. Senang cakap, dengan nafas baru. Apa yang terjadi dalam 3 filem Mission Impossible sebelum ni hanyalah kenangan lampau yang melengkapkan siri ini. 

Bagi aku, Rogue Nation memang superb. Kalau nak bandingkan aksi-aksinya yang memang non-stop dengan sekuel Mission Impossible sebelum ni, Rogue Nation rasanya antara filem Mission Impossible yang paling banyak stunt. Dari tempat yang memang tak masuk akal sehinggalah ke kejar mengejar di atas jalan, sampailah pergaduhan yang gempak, Rogue Nation memang punya aksi non stop yang pergh! 

Kalau korang menggemari adegan aksi yang gila-gila dalam filem Furious 7, memang korang akan puas hati dengan adegan aksi filem ni. Adrelin pumpingnya memang power dan korang akan rasakan yang inilah Mission Impossible yang hebat. Adegan Ethan Hunt terjun ke dalam lubang cooler tu memang sangat mencemaskan, dan adegan racing tu pun sama. Payah nak cerita satu-satu. 

Rogue Nation memang sebuah filem aksi yang padat, dengan elemen-elemen Hydra yang sudah mula tersuntik dalam filem-filem spy sepanjang tahun ini. Aku faham Syndicate itu memang sudah ada dalam siri Mission Impossible dulu, namun apabila kisah geng-geng ini sudah dimulakan oleh Marvel melalui filem superheronya, aku rasakan Syndicate seperti ‘meniru’ walaupun ianya sebenarnya bukan begitu. 

Nak cerita pasal plot, pada aku ianya seperti plot simple yang sengaja disusah-susahkan. Ianya tipikal Mission Impossible plot. Tapi, kalau nak dibandingkan dengan filem MI yang dulu, filem ni punya plot yang sangat-sangat disederhanakan demi memastikan aksi-aksi stunt yang dicanang dilakukan sendiri oleh Tom Cruise tu masuk semuat-muatnya. Korang akan tengok ceritanya less, aksinya penuh. Inilah baru aksi! 

Ada beberapa perkara yang aku jangka akan berlaku tidak berlaku. Sedikit kecewa apabila adegan Ethan Hunt yang berpaut pada pintu kapal terbang itu tidak berada di tempat dia sepatutnya berada, dan endingnya pula terlalu kecil untuk sebuah filem yang dipenuhi dengan aksi-aksi besar dan hebat. Malah, komedi Simon Pegg gagal bagi aku. Dia tidak seperti Ghost Protocol yang komedinya lebih bersahaja dan kena pada tempatnya. 

Bukan Mission Impossible yang the best in term of plot. Kalau nak katakan bab aksi, nah ini memang korang akan puas hati. Aksinya memang bervariasi dan hebat. Aku harap plot Syndicatenya akan lebih baik di masa hadapan. Dan ya, aku juga berharap Brad Bird kembali menjadi pengarah filem Mission Impossible yang seterusnya. Please…. 

4/5

p/s: filem ni ada scene kat Menara KL (beberapa saat je) dan reference kepada MH370 tau!

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Wednesday, July 22, 2015

Review: Suami Aku Ustaz

“Kalau Allah tak izinkan, tak kahwin kita..."
Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Ghaz Abu Bakar
Pelakon | Nora Danish, Adi Putra, Izzue Islam

Agak lambat untuk aku menonton Suami Aku Ustaz. Mungkin sebab aku dibayangi dengan clichenya cerita Suamiku dan Isteriku yang seringkali ada di tv. Pada aku, apalah sangat kalau nak gabungkan dua watak kekasih berbeza darjat macam ustaz n anak murid dalam filem. Tak pun, kalau dalam drama tv pun, memang semuanya boleh superhit sebab pembaca buku confirm akan jadi follower drama tersebutlah. 

Tapi, aku mulai sedar yang sentuhan yang ada pada Suami Aku Ustaz mungkin berbeza. Come on, ianya filem Ghaz Abu Bakar. Jika korang kenal Cicakman 3, dianilah yang bertanggungjawab mengubah environmnent Metrofulus (even endingnya sangat takde fulus). Dan dialah juga di sebalik Tokan, yang pada aku memberi persepsi baru lakonan Zizan Razak (serius mamat ni sebenarnya tak pandai berlakon). 

Aku akui sentuhan Ghaz dalam filem ni memang power. Babak-babak yang ringan nampak berat, artistic dan mirip filem-filem Indonesia. Kalau korang harapkan filem ni nampak betul-betul Indonesia, memang taklah. Ianya tetap Malaysia dalam sesetengah babak. Cuma apa yang aku lihat, Ghaz cuba untuk menggunakan ruang visual yang habis baik untuk memberi kesan artistik yang islamik pada filem ni. (adegan azan kat menara tu, tak bleh blah… kelakar, but aku fahamlah maksudnya! Hehe) 

Walaupun filem ni bercerita tentang ustaz, filem ni takdelah islamik mana. Ianya sebuah filem yang berselindung di sebalik romantika cinta biasa. Dan kononnya mahu bercerita tentang cinta dua darjat pelajar dan guru (which is unik sangat even pelik). Ianya biasa sahaja, namun Ghaz berjaya membuatkan aku yang agak geli dengan lakonan Nora Danish dalam filem-filem Metrowealth menyukainya. 

Lakonan Nora Danish memang satu perkara yang unik dalam filem ni. Nora Danish nampak tak gedik dan memang cukup perasa. Lakonannya sangat menyerlahkan sisi seorang pelajar. Dan well-donelah, Ghaz kerana tak buat aku rasa loya tekak tengok lakonan gedik Nora Danish seperti dalam filem Bencinta tuh! Oh, Adi Putra. He is so Rab Ne Bana De Jodi! Aku teringatkan watak Shah Rukh Khan dalam filem tu, dan ya, ianya meyakinkan! 

But, thing I hate the most dalam filem ni hanya satu. Lagu-lagu yang so cheap. Pada aku, tak perlu nak sayu layu sangat lagunya sampai sejam lebih. Tetapi, nasib baiklah visual dan lakonannya menampung beban buruk ini dan menyerlahkan Suami Aku Ustaz pada sisi lain. 

Dengan olahan yang cantik, serta skrip yang diolah dengan cantik, Suami Aku Ustaz pada aku antara filem Ghaz yang terbaik. Tokan aku paling salute lah bro! Cicakman 3, sorry… hate it! Dan aku harap kau keep on mengevolusikan industry dengan gaya pengarahan kau yang sangat cantik nih! Aku sendiri tidak menyangka yang filem Suami Aku Ustaz mampu untuk berdiri sebagai filem yang jauh dari drama tv yang bergenre sama. 

Pada Karya Seni, memang pemilihan adaptasi novel ni memang kena. Dan isu yang dikupas mungkin tidak diolah dengan luas. Namun, filem ni pada aku cukup berilmu dah. Cuma sekurang-kurangnya dengan ada filem ni, kisah cinta di layar besar sudah mula menjadi lebih dari sekadar cinta tiga segi! Oh, tontonlah filem ni kalau korang sudah menonton Ayat-ayat Cinta. Korang pasti perasan persamaan yang cuba dipaparkan. Kih3. Hampir menghampiri filem islami indonesia!

Ini personal review. Kalau rasa review aku overdose. Sila beli vaksin di kedai-kedai berhampiran. Selamat bersuami isteri, yaw!

4/5

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Thursday, July 16, 2015

Review: Ant-man

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Peyton Reed
Pelakon | Paul Rudd, Michael Douglas, Evangeline Lilly

Aku tak meletakkan harapan yang tinggi dengan filem ni. Bukan apa, Guardian of the Galaxy dari penerbit ni, yang merupakan pecahan ‘jauh’ dari dunia Stark dan rakan-rakannya agak kurang menjanjikan kenikmatan. Ditambah dengan watak fiksyen yang berat dan konsep universe luar tabii yang penuh dengan wajah-wajah kesayangan hamba yang pelik pulak tu!

Tapi, lepas tonton Ant-man, aku rasakan yang yeay, aku kembali jadi budak-budak semula. Pada aku, inilah filem superhero Marvel yang begitu mudah dan simple. Pendek kata, bagi yang baru nak mula belajar dan masuk ke dalam Marvel Cinematic Universe, Ant-man adalah filem yang korang senang nak catch-up dan follow.

Menonton Ant-man ni macam menonton filem Honey, I Shrunk The Kid versi superhero. Kisah superhero kecik besar, kecik besar yang berkawan dengan semut ni memang agak pelik dan kurang masuk akal. Namun, untuk sebuah filem hiburan ringan yang menjanjikan kesenangan emosi, filem ni layak untuk ditonton. Dalam filem ni ada elemen keluarga, dan juga mesej sempurna macam filem remaja Disney. Tetapi, orang dewasa pun boleh layan!

Plot filem ni pada aku boleh disifatkan simple dan sangat mudah. Even orang tua nyanyuk pun boleh faham kalau korang tak tonton filem-filem Marvel sebelum ni. Kisah Scott Lang yang mencuri dan terpaksa jadi Ant-man untuk mencuri lagi memang menarik. Pada awalnya, aku tidak rasakan tarikan pada plotnya. Namun, semakin lama plotnya berkembang, filem ni menjadi lebih entertaining.

Good job pada komedinya dan juga suntingan. Komedi dalam filem ni sangat sangat menjadi. Tak macam aku rasa dalam filem Guardian of the Galaxy yang seperti dibuat-buat dan pelik. Watak Scott Lank, Dr. Pym dan Hope bergabung cantik dalam situasi-situasinya. Malah, apabila ditambah pula dengan kegilaan tiga rakan Scott tu, filem ni punya komedi bertambah baik dan mengundang tawa.

Dari segi visualnya, filem ni berjaya menampilkan CGI yang memukau. Kalau tonton 3D rasanya boleh layan. Adegan Ant-man dalam tub, dan juga pertarungan akhir yang hebat tu memang puas hati apabila menonton. Tapi, kalau nak kata adegan yang paling unik sekali pada akulah ialah adegan rakan Scott yang perasan hebat tu narrate flashback. Itu ohsem dan kreatif, habaq hang!

Lakonan Paul Rudd memang tak dapat dinafikan memang antara perkara yang menonjol dalam filem ni. Perkembangan wataknya sendiri serta konflik yang dipaparkan sangat menjadi dan memang selayaknya dia berada di dalam filem ni sebagai Ant-man.

Sepanjang aku menonton filem ni, memang aku mulanya ragu dengan kekuatan filem ni pada mula filem. Tapi, semakin filem ni bergerak, filem ni memang buat aku ketawa dan rasa kagum dengan superhero pelik ni. Ianya seperti sebuah filem superhero kanak-kanak untuk dewasa dengan selingan elemen kekeluargaan yang perfect!. Aku terhibur dengan komedinya! Korang pasti juga rasa perkara yang sama.

Akhirnya, Ant-man berjaya memberi kesegaran kepada universenya. Tahniah! Aku rasa inilah filem superhero Marvel paling kelakar setakat ini.


4/5

p/s: filem ni ada mid-credit scene. jangan bangun dari seat dulu kalau tak nak ketinggalan. ada post-credit scene juga (sob3, tak sempat tonton sebab ingatkan takde)


suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...