Akan Datang!

Wednesday, August 19, 2015

Review: Bajrangi Bhaijaan

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Kabir Khan
Pelakon | Salman Khan, Kareena Kapoor, Harshaali Malhotra

Inilah satu-satunya filem Salman Khan, sepanjang aku kenal pelakon ini sebagai waris-waris Khan yang ternama yang betul-betul serius dan berjaya menampilkan sisi emosinya yang tersendiri. Boleh dikatakan filem Bajrangi Bhaijaan ini sebuah filem yang sungguh besar bagi pelakon ini dimana lakonannya diperangkap dan diurus dengan kemas dan teratur. Dan hasilnya, sebuah Salman Khan yang terbaik! 

Sebenarnya, tidak ada yang dapat menafikan Bollywood masih kuat bercerita tentang air mata. Bajrangi Bhaijaan contohnya salah satu dari itu. Kabir Khan, yang sebelum ini mengarahkan gandingan Salman Khan dan Katrina Kaif dalam Ek Tha Tiger, kini membawa Salman Khan secara solo dalam filem ini. Ya, walaupun filem ni ada Kareena Kapoor, filem ni tidak ada ruang untuk heroin. Ianya untuk Salman, dan Salman sahaja. 

Bajrangi Bhaijaan berjaya untuk membawa isu Pakistan-Hindustan dengan sangat-sangat lembut. Apa yang filem ini cuba sampaikan ialah tentang hubungan Pakistan dan India yang pada mulanya diterapkan syakwasangka dan juga pandangan buruk. Namun, melalui si budak kecil Shahida, yang mana menjadi premis besar filem ni, filem ni mengajak siapa sahaja untuk melupakan ‘sempadan’ dunia dan mengajak untuk saling menghormati. 

Apa yang kau akan dapat semasa filem ni bermula dan berakhir ialah sebuah perjalanan yang mudah. Dengan hanya satu misi untuk digerakkan dalam dua jam setengah, filem ni diolah dengan pelbagai situasi yang digunakan untuk memanjangkan filem. Fasa pertama filem ini, berkisar tentang flashback dan juga elemen komedi yang tidak ada kena-mengena dengan isu besarnya. Namun, ianya dipenuhi hiburan dengan lagu Pritam yang gempak! 

Di fasa dua filem, filem ini membawa kita ke sebuah perjalanan Bajrangi (Salman Khan) dan Munni a.k.a Shahida yang dipenuhi ranjau dan liku. Aku lihat ada percubaan untuk memaparkan adegan aksi ikonik Salman Khan (gaduh-gaduh dengan elemen slow-mo dan juga muka bengis yang mengancam), namun ianya tidak diisi dengan banyak. Korang akan lihat satu sahaja adegan fighting. Itu pun tidak memuaskan peminat aksi Salman Khan. 

Filem ni menerapkan elemen patriotisme yang tinggi. Elemen humor dan juga emosi bercantum dengan baik dan ianya sekaligus menjadikan filem Salman Khan yang terbaik setakat ini. Ceritanya sebenarnya seperti sebuah kisah yang tidak sengaja terjadi. Iyalah, kalau si Munni tu tak pergi jumpa Bhajrangi, maka tiadalah semua kisah ini, kan? Ceritanya hanyalah bermula dengan kebetulan.

Semestinya, filem superhit ini harus ditonton. Filem ini milik Salman Khan sepenuhnya dan korang berpeluang untuk melihat pelakon ini pada lakonannya yang paling tinggi setakat ini. Kalau nak dibandingkan dengan filem-filem komedinya yang dulu, filem ini lah yang bakal menaikkan nama Salman Khan sebaris dengan Khan yang lain. 

4.5/5

news:

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

1 comment:

Dja Sishaza said...

Tak kenal sangat dengan aktor & aktres Bollywood kecuali yang meletop masa Kuch Kuch Hota Hai keluar dulu ... Sekarang, kalau kebetulan tekan channel, tengok juga :-D

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...