Akan Datang!

Sunday, March 15, 2015

Cerpen: Gadis Berbasikal Mini (dari antologi Pistol Laser Lisa, 2013)

Sebelum novel PERGI MATI, admin pernah menulis cerpen bertajuk GADIS BERBASIKAL MINI dalam antologi cerpen PISTOL LASER LISA (editor: TOK RIMAU) yang kini dah SOLD OUT. Sudah lama, dalam 2013 dahulu. Pada masa itu, admin menggunakan nama Khairul Zaman sebelum bertukar menggunakan nama Khairul Zaman Khobin.
Disebabkan buku itu sudah sold out, dan ramai yang minta untuk memuat naik cerpen admin yang pertama, maka berikut, admin sajikan cerpen admin yang membawa admin ke bidang penulisan.

Oh ya, antologi terbaru yang admin terlibat bertajuk SUPERFIKSYEN terbitan MOKA MOCHA INK boleh didapati di pasaran mulai 22hb Mac 2015 nanti. 

Ini ialah edisi tanpa edit. Beberapa kesalahan ayat dan juga tanda baca harus diabaikan.

..................GADIS BERBASIKAL MINI: KHAIRUL ZAMAN KHOBIN..................
 dari antologi Pistol Laser Lisa (Sindiket Soljah, 2013)
editor: Tok Rimau

Hidup aku tak macam orang lain. Lebih simple, aku bandingkan dengan jiran akulah. Tiap tiap malam saja, tenang saja. Kosong tanpa bunyi. Dari jendela rumah aku, kedengaran bunyi rancangan tv dimainkan.
Malam ini mereka mainkan channel yang sama. Ada rancangan sci-fi kegemaran di skrin tv cabuk yang tersengguk di sudut bilik.
Aku tak ada mood nak menonton. Lalu aku berada di sini. Di tepi jendela tingkat dua rumah orang kaya, memerhati ke sebuah rumah kecil di sebelah. Seronok. Tenang. Tanpa bunyi. Aku impikan keluarga seperti mereka. Namun, aku tak rasa aku mampu jadi seperti mereka. Sebab aku adalah aku, mereka adalah mereka.
Praaanggg!!!!
Bunyi kaca pecah itu dah biasa aku dengar. Mala mini kaca itu pecah lagi. Nasib baik pinggan kaca itu hanyalah barang tepi jalan. Jadi, sekali ianya pecah, boleh saja dibeli lain.
Praaaanggg!!!
Bunyi kaca pecah sekali lagi. Aku buat tak endah sebab aku tahu…
Praaanggg!!!!
Bunyi kaca pecah kedengaran sekali lagi!
Back to the Future di siaran tv tidak habis lagi ditayangkan. Namun, malam ini aku tidak ada mood untuk menonton.

Tak perlulah aku beronomatopoeia berkali kali sebab bunyi itu terlalu biasa. Kaca pecah. Pintu dihempas deras! Semuanya dah jadi ayat lazim bagi telinga aku. Malah, aku boleh menghafal tayangan drama radio privasi itu setiap malam.

Itu bukan radio. Tapi aku gelarkan radio sebab aku akan berada di dalam bilik aku sendiri sambil mendengar bunyi tanpa melihat wajah. Sambil mata aku mengintai jiran sebelah, telinga aku menangkap bunyi bising itu setiap malam.
Jam sudah menunjukkan jam 10 malam. Hari ini aku tidak ada apa apa kerja yang hendak dilakukan. Biasalah, penganggur berijazah katakan. Malam masih muda, tapi aku rasakan malam yang muda tak mampu buat mata aku terbeliak untuk terus hidup. Mengantuk!
Warrrrghhhh!!!!!
Lantas jendela aku tutup!
Langkah kaki aku berderap diatur langkah. Berjalan setapak demi setapak mengikut rentak mata yang sudah mengantuk. Mata memfokus ke arah katil yang sudah bersedia mendakap.
Dan aku rebahkan diri walaupun bunyi bising itu masih belum berhenti.
Ah, lantaklah!

….

Pagi esoknya, aku lakukan tugas biasa. Mandi, kemudian keluar dari rumah tanpa sarapan dan berjalan di kaki lima. Kenderaan berulang alik tak henti henti. Mengejar masa.
            Ada ke tempat kerja.
            Ada ke sekolah.
            Pelbagai tempat. Pelbagai ragam. Pelbagai sifat.
            Aku pula, sambil beg digalas, dengan berbaju tshirt, berseluar jeans, aku berjalan malas menuju ke arah tuju.
            Tak ada apa yang luar biasa hari ini.
            Kaki aku sampai ke destinasi…
            Tok! Tok! Tok!
            Tak ada respon. Perkara biasa. Aku terus menunggu di hadapan pintu. Tiba tiba, pintu itu terbuka dengan sendiri. Bukan sendirinya ia terbuka, sudah tentu tombolnya terlebih dahulu dipulas oleh Cikgu Taim.
            “Ah selaymat daytang, Angus..weylcome.. caum moon eeiin..”, doktor yang belajar di luar negara selama setahun itu berdiri di hadapan pintu. Tersenyum riang melihat aku di situ.
            Tanpa banyak tanya, aku terus masuk ke dalam rumah.
            Macam biasa, bau bau cairan kimia nampaknya menusuk hidung. Seperti kelmarin, kelmarin dulu, dan juga hari ini, itulah bau bau yang memenuhi ruang rumah Cikgu Taim.
            Oh, ya!
            Aku sebenarnya bukanlah penganggur sepenuh masa. Aku sebenarnya bersahabat baik dengan cikgu aku ini yang aku sudah kenal semejak dari sekolah. Cerita cikgu yang pernah mengajar kimia pada zaman aku bersekolah ini agak best! Dia ibarat Einstein! Namun, disebabkan pengetua agak jeles dengan penemuan penemuan baru yang tidak berkaitan dengan silibus yang diajar di sekolah, cikgu Taim dipindahkan ke sekolah lain.
            Pindah sekolah pun perkara sama terjadi. Lalu, disebabkan malas menjadi barang tolak sana sini, dia akhirnya memutuskan untuk berhenti dan menjadi saintis sepenuh masa.
            Dia menyambung pelajaran di sebuah universiti di luar negara selama setahun dan kemudiannya pulang dan menetap di kawasan perumahan aku. Aku kenal dia sebulan lalu apabila kami terserempak di sebuah kedai rojak.
            Dan bermulalah kisah aku dan dia... ewah..
            “Hawww areee youu tudeiii?”
            “Fain, macam biasa. Orang tua tu tak habis memekak.”
            Cikgu Taim menutup pintu dan bergerak mendekati aku.
            “Everei day  proong preeng proong preeng.. Peliks.. Mereyka tak letih ke??”
            “Taks adew yang peliks... eh.. tak ada yang pelik.”, kata aku yang agak kecewa dengan keadaan yang aku alami sekarang.
            “Bertheneangg.. everytink wil bi solv... Bertheneanggg..”
            “Kalaulah aku dapat undurkan masa... tapi tu semuanya mengarut.”, kata aku sambil memandang beberapa gadget yang baru dicipta oleh cikgu Taim di atas meja.
            Cikgu Taim diam. Aku dapat rasakan dia telah terfikir sesuatu. Biasalah, macam drama tv yang aku selalu tonton di kaca tv tiap tiap petang.
            Ya, memang cikgu Taim ada fikir sesuatu. Pasti, dalam fikiran aku pula, dia ada gadget yang boleh membantu aku.
            “Marrrie..”
Cikgu Taim mengajak aku ke satu sudut rumahnya.
            Aku hanya menurut. Muka mencuka.
            Di hadapan aku ada sehelai kain hitam yang menyelaputi satu benda yang tidak diketahui. Tetapi, dari pengamatan aku, aku dapat rasakan benda ini memanglah besar. Apakah benda itu, aku tak dapat nak agak.
            “Apa ni?”
            “Mai neuuu invensyiioon..”
            “Kelmarin tak ada pun?”
            “Kewlmareen is not yeour birtdeeyy kan?”
            Oh my Allah!!! Hari ini birthday aku. Alamak. Aku sendiri terlupa. Bagaimana cikgu gila ini boleh pula mengingatinya. Dua orang tua itu pun tidak pernah ambil tahu. Oh, aku sangat terharu. Terus wajah aku bertukar ceria.
            “Oh.. shhh...”
            “Ah, ah, ah.. main yor word heh..”
            Tegas cikgu Taim memotong kata kata aku. Aku sebenarnya dah terbiasa untuk menyebut perkataan taboo itu bila aku teringat sesuatu. Lantas aku kawal diri! Sabar!
           “Yew olredi mek a wish jas nawww... Now... aii introdiusss yu...”, tangan cikgu Taim memegang hujung kain.
            Aku berdebar debar..

....

            Mata aku kelabu. Kabur!
            Terdengar bunyi kereta lalu lalang. Sibuk. Aku hanya diam tak bergerak. Aku masih belum tahu aku di mana.
            Apa yang aku ingat, berdasarkan basikal mini yang rebah di hadapan aku, aku terjatuh dari basikal di hadapan aku dan tersembam ke atas rumput hijau. Mungkin itu yang terjadi. Entah! Aku tak ingat.
            Aku tak ingat apa apa!
            Aku cuba untuk mengingat satu cebisan yang aku rasakan amat penting sebelum mata aku kabur. Namun, setiap kali aku cuba ingat, kepala aku seperti ditindih batu bata. Berat! Seperti mahu pecah!
            Ada satu nama yang aku cuba ingat. T... t... t... arrrghhh!!!!!
            Aku tenangkan diri. Ada orang lalu lalang, tetapi tak ada siapa pun pedulikan aku.  
            “Arggh.. sakitnya..”, lutut aku rasa gatal. Rasa itu kemudian bertukar kepada pedih. Makin lama aku tahan, pedih itu menyucuk nyucuk.
            Aku cuba bangun. Ya, pasti tiada apa apa bahagian badan yang patah. Cuma pedih akibat luka saja.
            Lantas aku menghala ke basikal mini di hadapan aku. Basikal aku itu aku pegang dan tegakkan. Lantas aku tolak perlahan lahan mengikut laluan pejalan kaki yang disediakan.
            “Hey!! Itu basikal saya...”, tiba tiba kedengaran seorang gadis menjerit dari hadapan jalan. Aku menoleh.
            “Basikal saya!!! Jangan ambil...!!!!!”, jerit gadis itu lagi.
           Basikal yang aku pegang ini basikal dia? Pelik! Ini basikal aku. Aku ingat lagi, basikal itu ada di hadapan aku. Jadi, akulah yang terjatuh dari basikal itu.
            Ini basikal aku!
            Aku menunggu. Gadis itu nampak berbeza. Nampak seperti gadis di dalam potret potret lama yang tergantung di dinding dinding rumah aku. Potret ibu aku yang...
            Tunggu sekejap!
            Potret ibu aku? Tunggu sekejap. Dunia ini lain. Baru aku perasan. Kenderaannya! Macam cerita P. Ramlee!
            Gadisnya.. berkaca mata besar! Macam cerita hitam putih. Bersanggul!
            Tunggu!
            Ada sesuatu yang tak kena...
            Kepala aku rasa pening lagi. Lantas aku rebah di bahu jalan. Tak ada siapa menolong. Basikal mini iku jatuh semula ke tepi jalan.
            “Hei, pencuri! Kenapa ambil basikal saya..”, tanya gadis itu lalu mengambil basikal mininya.
            Aku tidak mampu menjawab. Kepala aku masih pening!!
            “Hei, kamu ok?”, gadis itu kelihatan curiga dengan keadaan aku.
            Tiba tiba, pening aku hilang.
            Aku terus bangun. Berdiri menunjukkan kelelakian. Matlamat aku, aku mahukan basikal mini itu kembali.
            “Kenapa kamu berpakaian lain macam saja... kamu dari mana?”
            Pertanyaan gadis itu lantas mengejutkan satu sudut otak aku untuk mengarahkan mata aku untuk menunduk.
            Oh, tidak!
            Pakaian aku, dan lelaki lelaki lain di sekitar berbeza sekali. Tiada seorang pun aku nampak memakai pakaian sebegini di sekeliling.
            Apa sudah jadi!
            “Saya... minta maaf.. Saya ingat itu basikal saya...”, lantas untuk tidak merumitkan keadaan, aku terus meminta maaf.
            “Kamu dari mana ya? Pelik sangat cara kamu berpakaian...”, tanya gadis itu lagi.
            Saat itu otak aku mencetuskan cebisan puzzle yang tertinggal. Baru aku teringat mesin hadiah hari lahir aku dari cikgu Taim itu telah membawa aku ke sini. Saat itu, aku teringat juga hajat aku untuk kembali ke zaman dahulu untuk membetulkan keadaan keluarga aku.
            Ini zamannya! Tahun bila aku tak tahu! Tapi, aku tahu yang aku sudah dihantar menerusi satu medan yang membawa aku ke sini. Dan, perjalanan aku untuk membetulkan keadaan pun bermula.
            Tapi!!!
            Tapi!!!
            Di mana aku harus mulakan...?
            Aku tak tahu ini zaman apa?
            Aku tak tahu bagaimana rupa ibu aku masih muda...!!
            Eh, sekejap! Wajah yang memegang basikal mini di hadapan aku ini sedang merenung tajam wajah aku. Aku perlu lakukan sesuatu! Aku perlu buat dia pergi dari sini. Aku tak ingat apakah keadaan yang ingin diperbetulkan. Tetapi, semakin aku cuba mengingat, semakin banyak memori aku bercantum dan bergabung.
            “Kamu ok?”, tanya gadis itu.
            Aku hanya mengangguk.
            “Lutut kamu luka.”, kata gadis itu lagi.
            Aku diam.
            Memori aku mula bercantum cantum. Dan aku tahu siapa gadis di hadapan aku. Aku kenal siapa gadis berbasikal mini itu!
            “Mak?”
            Gadis itu memandang pelik! Mungkin malas mahu ambil tahu, dia terus berlalu pergi dengan basikal mininya meninggalkan aku terkontang kanting seorang diri.
            Perasaan ini agak pelik. Bagaimana aku harus lenturkan masa silam yang ditakdirkan terjadi? Dan bagaimana aku harus kembali ke masa aku semula?
            Aku berjalan ke arah pancur air di tengah taman. Kedua telapak tangan kemudian mencedok air dan diusap ke muka.
            Bagaimana aku harus betulkan keadaan??
            Hati kecil aku bertanya.
            Saat pantulan wajah aku terukir di air, aku baru tahu sesuatu...
            ...
            ...
            ...
            “Aku tak perlu ubah masa silam untuk ubah masa depan sebab masa depan itu akan terjadi disebabkan aku. Aku ialah suami mak aku di masa hadapan..?? Oh... shhh...”
            Terduduk!

-----------------------------------------------TAMAT-----------------------------------------------

novel PERGI MATI tulisan admin boleh didapati di 

atau senang cerita
whatsapp je 0199960461

1 comment:

Unknown said...

Bro...ending x phm lah...hehehe..tpi story best

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...