Kalau Datin Ghairah menarik penonton dengan ayat ‘wei, Aaron ada kat sini!’, Tokak pula cuba berkata ‘wei, kali ni aku yang mengarah Aaron berlakon sendiri wei’. Maaflah, aku tidak mahu menjatuhkan sesiapa. Namun, pengalaman aku menonton Tokak amat mendukacitakan. Mahu saja aku membebel panjang selepas menonton. Malangnya, aku malas dan tidak mahu menghurai panjang lantas aku tahu kualiti pembikinan cerita pengarah ini dalam filem filemnya.
Ok, pada aku selepas mengagahkan mata menonton Datin Ghairah dan filem Tokak ini, membandingkan kedua duanya sangat layak. Dan aku rasakan filem Tokak dari pengarah ini nampak lebih bervisi daripada Datin Ghairah yang hanya berselindung di sebalik nama ‘ghairah’ itu. Tokak ada visi mahu jadikan filem hantu dengan elemen CGI yang sangat tinggi. Visi itu bagus, tapi untuk menjadikan ianya satu reality, kena tengoklah pada kemampuan.
Dan di hujungnya, finalenya adalah sampah ini. Tokak mengandungi CGI yang besar. Malah, dalam membandingkan CGI filem hantu kat Malaysia, CGI filem Hantu Air arahan Murali Abdullah nampak lebih kemas berbanding filem ni. Lantas, aku bertanya, apa motifnya kau letak CGI yang gedabak punya banyak sedangkan hantu itu lebih banyak cara untuk menghuraikan. Cuma janganlah menunjukkannya ala Momok arahan M Jamil?
Daripada keseluruhan ceritanya pula, mirip Hantu Air. Cerita semalam di sebuah hotel aka resort. Dan insiden insiden yang berlaku dalam satu malam. Tak salah nak bercerita tentang hantu bunuh itu hantu bunuh ini, namun cerita disebaliknya patutnya kemaslah. Watak watak yang dibunuh tak ada penceritaan yang kemas tetiba saja dibunuh. Macam kau beli roti tanpa tahu roti tu perisa apa, lepas tu kau kunyah je sampai kenyang.
Masalahnya, aku tak kenyang. Tokak kosong tanpa apa apa arah tuju. Toban lakonan Kaza contohnya, tanda tanya sangat besar. Ustaz itu pun sangat tidak jelas kewujudannya. Apa motif ustaz itu boleh terkencing dalam seluarnya dan boleh pula dia keluar dari tandas tanpa tukar seluar. Watak ustaz tu! Dan apa motif dia di situ? Dan siapa dia sebenar benarnya? Dan apa kaitannya surau kayu yang ustaz tu tumpang sembahyang dengan hotel/resort tu? Macam mana tetiba je dia boleh pergi ke hotel tu tanpa siapa pun beritahu kejadian menokak itu berlaku di situ?
Soalan soalan yang sangat tidak berjawapan. Dan disebabkan ceritanya pun tidak kemas, filem Tokak sangatlah teruk dari ceritanya. Datin Ghairah lebih baik dari ceritanya. Paling menambah keterukannya ialah dialog yang entah pape. Aku nampak setiap pelakon yang pada aku tidak perlu dipersalahkan kerana yang perlu dipersalahkan tu ialah penulis dialog mengutarakan dialog dialog sampah. Aku nampak karakter yang ‘mabuk’. Kejap cakap macam tu, tetiba cakap macam ni. Haish pening!
Tokak jelas filem syok sendiri. Bermain dengan perkataan Tokak itu sendiri satu kesalahan besar. Kononnya nak introduce perkataan tokak yakni gigit, tapi environment cerita ini tidak menguatkan vocab itu digunakan dengan baik. Setting ceritanya kabur. Malah, dengan pengarahnya sendiri menjadi pemain utama, ini ialah filem yang hanya seorang sahaja mampu tersenyum riang. Siapa lagi kalau bukan pengarahnya sendiri!
Mahu tonton? Silakan. Tapi percayalah yang Tokak bukan sebuah filem horror kelakar yang kelakar. Malah korang akan tanya ‘tu kelakar ke?! Tu horror ke?’. Tapi, satu sisi positif yang aku puji ialah efeknya yang cuba dicipta. Walaupun gagal sekaligus menjadikan filem ni sampah, aku puji visi itu. Namun, pikir pikir balik, watpe buat filem dengan efek gila babas banyak sedangkan kualiti ceritanya teruk, dialog macam orang mabuk. Kan?
1/5
No comments:
Post a Comment