Akan Datang!

Monday, August 26, 2013

Review: Now You See Me

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Louis Leterrier
Pelakon | Jesse Eisenberg, Mark Ruffalo, Woody Harrelson, Isla Fesher (klik untuk senarai penuh pelakon)

Loius Leterrier bukanlah reason utama aku tonton filem ni. The special ingredient dari Brian Tyler adalah satu rencah yang membuatkan aku rasa meleleh air liur mahu menyaksikan filem ni. In fact, cerita tentang magician tidak pernah sebegini rupa. Yang aku tahu, dulu ada few movies tentang magic tetapi settingnya berada di zaman ‘purba’. Apapun, apa yang Louis Leterrier buat adalah sesuatu yang mengujakan. Rencah baru silap mata! Oh, Moe

Aku akui apa yang sebenarnya ‘heist’ + ‘magic’ sebenarnya bukanlah pertama kali difilemkan. Malah berlambak filem yang menyembunyikan ‘magic’ sesuatu ‘heist’ sudah difilemkan Hollywood berkurun dulu. Yang terbaru, bagaimana kreativiti rompakan dalam Fast Five contohnya, aku kira ialah magic yang tidak disedari magic. Berbalik kepada Now You See Me, filem ni mengujakan aku! Ya, filem yang lurus tetapi rupanya bersimpul di hujung. 

Aku masih ingat Swordfish, filem Joel Silver (yang terbitkan The Matrix) lakonan Halle Berry, John Travolta dan Hugh Jackman. Itu juga adalah filem yang clever! Visualnya obviously mengagumkan, dan tricknya sangatlah hebat. Lama dah filem tu. Skarang Now You See Me kembali nak bawa cerita ala ala tu yang lebih baru, dan kali ini tanpa ragu membawakan ‘the real magician as the characters!’. 

Pengarah yang telah mengarahkan Transporter 2 (2005), The Incredible Hulk (2008), dan Clash of the Titans (2010) ini dengan tulisan lakonlayar Ed Solomon, Boaz Yakin dan Edward Ricourt memberikan ruang untuk melihat ahli silap mata dalam worst case scenario yang mereka ciptakan. Apa yang disajikan adalah satu hiburan pentas yang penuh dengan ‘movie magic’, tetapi aku dapat accept ‘movie magic’ itu sebagai stage magic. David Copperfield pun tak pernah wat magic segempak ini! 

Filem ni aku suka sebab satunya, ianya tersangatlah pantas tetapi berjaya mengekalkan momentumnya dengan baik. Walaupun benda yang utama yang disembunyikan (sehinggalah satu titik yang memerangkap watak yang kita sangkakan watak yang sepatutnya tak jadi sebegitu). The Four Horsemen, dan juga watak polis Dylan adalah permainan yang mudah. Namun, setiap aksi cat and mouse itu diselang seli dengan trick yang best! 

The whole film is the magic. Kita dibawa menyusur watak Thaddeus Bradley yang kita percaya mampu untuk membongkar kesemua trick The Four Horsemen. Ini watak menyindir pembongkar silap mata sebenarnya. Itu kejam tapi hebat! Tetapi, kejutannya pada akhirnya membuatkan aku berkata yang ‘Thaddeus Bradley hanyalah tak lebih dari misdirection. Ya, itulah magic yang tiba tiba memberikan ruang untuk filem ni membawa dialog ‘sekarang, kau dah lihat aku (now you see me!). 

Sinematografi tahap baik. Paling mengujakan ialah visual persembahan awal filem yang sangat gempak. Lakonannya terbaik. Malah, adanya Morgan Freeman dalam watak yang aku label sebagai ‘magician assistant’ ini memang memberikan sisi baru pelakon tua ini. Lakonannya kali ini lebih banyak emosi. Itu aku suka. Ekspresi semasa dia tahu siapa Dylan sebenarnya itu, itu reaksi yang aku jarang jumpa dalam filem filem orang tua ini kebelakangan ni. 

Seperti magik, filem ni mempunyai editing yang cukup pantas dan juga kerja tangan yang membantu misdirection terjadi dengan sempurna. Apa yang disembunyikan berjaya disimpan sehinggalah masa sebenarnya untuk dibuka. Itu menjadikan Now You See Me sentiasa tidak membenarkan penonton untuk beralih pandangannya dari setiap point point filem yang diberikan. 

Aku teruja dengan filem ni. Sebenarnya! Jadi, semua kat atas tu lebih kepada perasaan aku dan keterujaan aku. Pada aku, Now You See me adalah filem yang besar tipu helahnya. Kan Atlas dah kata, ‘semakin dekat kau lihat, semakin sikit apa yang kau nampak’. Dan aku melihat terlalu dekat sehingga habis filem pun aku still nak figure out the whole point. Melihat dari ‘jauh’ dan aku sudah mula faham apa filem ni mahu sampaikan. Misdirection! 

4/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...