Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Malcolm D. Lee
Pelakon | Ashley Tisdale, Simon Rex, Gracie Whitton, Ava Kolker, Snoop Dogg (klik untuk senarai penuh pelakon)
Setelah enam tahun menyepi, filem genre parody ini kembali. Dalam selang masa tayangannya dari sekuel terdahulu yang jaraknya lebih kurang enam tahun, franchais ciptaan Wayans Brothers ini nampaknya menjadi batu asas untuk melihat sejauh mana genre parody ini boleh bertahan tanpa adanya adik beradik yang menjadi pengasas filem ni yang mula cuci tangan sejak dari Scary Movie 3 lagi. Persoalan juga, adakah tipikaliti Scary Movie mampu memberikan hilai tawa?
Dengan Anna Faris yang juga sudah tiada untuk menyambung sekuel, dan juga possibility perubahan dalam filem filem seram, Scary Movie juga nampaknya mendapat perubahan total. Apa yang aku nampak melalui filem kelima francais ini yang banyak dikritik hebat oleh pengkritik sebagai filem yang paling kurang sengat berbanding yang dulu ialah filem ni memang sekadar sekuel. Ya, sekadar sekuel yang hanya sekuel.
Scary Movie 5 kurang menyengat dari penceritaannya. Dalamnya ada dialog seks yang normal, tetapi malangnya ianya masih tidak mampu menjadi seperti siri dulu. Dalamnya ada parody yang menampilkan cameo yang mengejutkan, tetapi ianya masih tidak aura seperti dulu. Dalamnya juga ada peniruan babak yang seperti biasa, menjadi makanan filem ni, malangnya ianya kurang umph dan menyengat.
Menjadikan Paranormal Activity sebagai plot parody besar (walaupun ya, ada akan berkata semuanya adalah parody gila babas untuk Inception, berdasarkan post kredit), Scary Movie 5 nampak cuba untuk meyakinkan yang apa yang berlaku mampu memberi lawak. Lawak yang seakan three stooges yang berulang ulang kadangkala membuatkan rasa annoying tu muncul. Pendek kata, Scary Movie 5 kurang lawak berbanding dulu.
Namun, apa yang menyeronokkan untuk siri filem sebegini ialah bagaimana setiap filem seperti Planet of the Apes, Evil Dead, Mama, Paranormal Activity, The Black Swan, The Help, dan Inception digabung menjadi satu plot yang mengarut tetapi memberikan suasana baru yang feelingnya macam pelik sikit. Logikanya pasti kosong. Namun, itu adalah satu sisi yang mungkin aspek kecil yang menarik bagi Scary Movie 5 (dan siri siri dulu jugak).
Komedi security camera (terutama sekali adegan kamera kat depan rumah), itu antara yang terbaik pada aku. Black Swan punya parody menjengkelkan. Planet of The Apes nampak murah (biasa saja tu, normal). Apapun, plot Evil Dead, Paranormal Activity dan Inception adalah antara parody yang cukup bagus untuk aku. Menyukai wajah mamat yang mirip Leonardo DeCaprio tu walaupun wajahnya nampak lebih berkedut dari yang asal.
Oh, dan filem ni sememangnya untuk dewasa. Banyak lawak lawak ‘penis’ yang berlegar legar. Nasib baik ‘penis’ tu tak muncul seperti dalam filem pertamanya. Malah double meaning adalah perkara normal. Itulah Scary Movie!
Overall, walaupun installment kelima ini nampaknya amat rendah kualiti lawaknya berbanding yang dulu dulu, aku rasa Scary Movie 5 ada juga momen lawaknya. Mungkin penulisannya yang sudah tidak semegah dahulu, dan idea ‘reboot’nya menjadikan filem ni permulaan kepada sisi baru genre parody ini satu permulaan yang kurang memuaskan.
2.5/5
No comments:
Post a Comment