Akan Datang!

Monday, June 3, 2013

Review: 99 Kali Rindu

Dalam banyak banyak kepingan filem islamik MIG, ini antara filem islamik yang memang direkomendasi kerana beberapa criteria yang agak bagus untuk dilihat. Munculnya 99 Kali Rindu pada waktu yang sempurna menunjukkan yang graf kualiti filem islamik MIG makin lama makin meningkat sehinggakan aku dapat rasa kebagusannya dalam beberapa filem. Sebelum ini, Dua Kalimah memberikan isi berat kepada penonton, dan kini 99 Kali Rindu menyusul. 

Sebagai kesinambungan kepada 7 Petala Cinta, 99 Kali Rindu aku sifatkan sebagai perubahan total genre islamik yang dibawa kompani ni. Dulu, kalau korang perasan, filem islamik mereka diisi cerita yang agak simple yang hanya melapik menggunakan agama. Tidak ada total kesempurnaan dalam filem islamik terdahulu apabila isinya mementingkan komersial lebih dari penyampaian mesej yang sepatutnya menjadi tunggak utama filem islamik. Kini, 99 Kali Rindu ialah filem kedua yang menitik beratkan mesejnya lebih dari komersial itu sendiri! Tahniah!


Namun, kehadiran 7 Petala Cinta nampak cuba menyampaikan sesuatu yang baru. Tapi, masih tak sampai. Dan selepas itu, Dua Kalimah arahan Eyra Rahman menyampaikan sesuatu yang berat dengan zero romantika. Menjadikan ianya islamik sepenuhnya dan paksi utamanya ialah mesej yang nak disampaikan. 99 Kali Rindu mengikut formula itu, tidak ada normal filem MIG islamik biasa dalam 99 Kali Rindu. 

Azhari Zain mengikut formula baru. Berdasarkan keseluruhan filem, aku nampak Azhari Zain menggunakan gaya baru yang lebih mewujudkan visual yang lebih meyakinkan dan juga menjadi. Visual dalam filem ni lebih dititikberatkan sehinggakan titik tertinggi visual ini korang akan dapat saksikan semasa babak di hospital. Permainan kameranya sangat cun dan best! Bagus. Macam tengok filem Damping Malam dan sedikit elemen filem Pierre Andre, Cerita Kita. 

Dari segi ceritanya, ianya tidak seperti filem pertama. Menggunakan watak Attar sebagai penggerak cerita, 99 Kali Rindu sebenarnya tidak ada main story yang jelas dan nyata. Attar digerakkan dalam landasan yang membawa kepada pengalaman pengalaman baru untuk tatapan penonton. Malah, Attar diberi masalah baru yang juga mempunyai kaitan dengan sejarahnya sebelum insiden 7 Petala Cinta. Maknanya, jika anda menonton 99 Kali Rindu, 7 Petala Cinta pasti kena tonton dulu. 

Walaupun tidak sepenuhnya menggunakan plot lama, 99 Kali Rindu bergerak dengan nafas baru yang sempurna. Azhari Zain dan panel skrip kali ini memberikan 100% mesej dan emosi dalam filem ni. No komedi! No kisah kisah biasa. Ianya total kepada mesej yang ingin disampaikan tentang hidup manusia dan ketentuanNya. Terbaik dari segi plot, aku dapat rasakan emosi islamik filem ni walaupun ya, akan ada orang akan kata filem ni not fully islamik. 

Menyukai muziknya yang sangat memberikan emosi, aku juga menyukai bagaimana filem ni dipersembahkan dalam keadaan yang sedikit mengelirukan pada awal. Bukan apa, ianya berjaya mengekalkan misteri cerita ini dan bagaimana ianya akan berakhir. Oleh itu, aku sifatkan penulisannya memang bukan main main dan cukup layak untuk berada sebaris dengan filem filem yang bukan dibina atas dasar kepentingan ‘box office’ semata. 

Aku terbuai dengan ayat ayat rindunya yang indah. Serius dari awal filem masa adegan Qalbie temubual Attar di konti radio, memang momentumnya sangat baik dan mengasyikkan sebagai permulaan. Ayat ayat yang cukup indah dikarang sebagai dialog. Walaupun pasti akan ada orang kata semua ni tak realistik dalam kehidupan sebenar, ianya menjadi untuk membentuk bait bait indah yang sukar didapati dalam filem filem biasa. Ditambah pula dengan skor muzik yang menjadi, 99 Kali Cinta ibarat sebuah hiburan berilmu yang cukup sifat. 

Negatifnya, aku mempersoalkan kenapa babak Attar lawan budak jahat tu perlu diulang dua kali sedangkan babak yang panjang itu sudah diulang dalam flashback. Malah, beberapa originality babak, contohnya masa Attar kenalkan diri kepada Qalbie sebagai Ahmad dan rakannya tiba tiba menyamar sebagai Attar mengingatkan aku kepada satu babak Hikayat Merong Mahawangsa, yang mana pada aku, tidak berapa nak original sangat.

Oh ya, disebabkan filem filem islamik ni hanya MIG je yang berani buat, so, dalam checklist filem islamik MIG macam Syurga Cinta, Salam Cinta, 7 Petala Cinta dan Dua Kalimah, 99 Kali Rindu pada aku, personally, adalah filem islamik MIG yang paling puitis, sedap, enak dan dialognya kepada pada tempat. Boleh terbuai dalam penghayatannya. Terbaik! 

Mungkin Aeril Zafrel tidak cukup hebat sebagai Attar. Namun, improvementnya aku nampak. Wawa Zainal amat comel bertudung. Malah, lakonannya amatlah cute dan menjadi. Awie Rafael diisi dengan kesesakan melampau menjadikan wataknya amatlah kosong dan terabai. Zazlena pula mengingatkan aku kepada Zarina Jamalullail dalam filem Pierre Andre iaitu Aku, Kau dan Dia. Ada isi dalam wataknya yang boleh dihayati. 

99 Kali Rindu is totally filem yang perlu penghayatan. Mungkin ayatnya tak realistik, tapi ayatnya penuh kerinduan dan penghayatan. Puitis. Ya, maybe sesetengah orang akan bosan, but yang mahu kelainan untuk kesedaran, 99 Kali Rindu direkomendasi. Nasib baik tak ada adegan clubbing, dan tidur berdua duan atas katil. Sebab itulah ianya sebuah filem 99 Kali Rindu ini ialah filem islamik yang 99% sempurna. Apapun, keep on making islamik filem sebab walaupun filem ni tak laris, ianya tetap ada peminat yang tersendiri. 

4.5/5

2 comments:

Unknown said...

Wahh...penuh perincian ni. Apapun, hopefully ramai yg berminat la. Lagipun ada wawa zainal...I like wawa. Heehheh

Putih Melati said...

Sementara mood2 panas elnino xbolh tdo dtambah lg demam wouldcup.
Ulang tayang 99x rindu buat kali ke5...
Setia mnanti wayang ala2 ini akan dihasilkn lg

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...