Akan Datang!

Thursday, June 6, 2013

Review: Bisikan Syaitan

Bila aku nampak yang ni adalah produksi orang muda, so aku harapkan walaupun nama cerita ni dah nampak sangat macam cerita orang melayu zaman 90an atau hitam putih, adalah peningkatan besar. Bila aku tonton je, pertama yang aku Nampak kehebatannya disini ialah casting. Wajah fresh walaupun yalah Nabila Huda dan Fizz Fairuz tu adalah antara orang lama. So, tipikal casting ditolak jauh which is one point yang menarik untuk Bisikan Syaitan. 

Menanti 30 minit untuk satu boom meledak seperti filem filem orang muda lain tidak sampai sampai. Malang sungguh Bisikan Syaitan hanya berbisik bisik je banyak, tapi cakap apa satu pun tarak. Bukan apalah, momennya sangat lemah dalam menyembunyikan misteri itu sendiri. Segalanya amat lemah. Berharap aku menemui satu sokongan yang baik untuk filem ni untuk agungkan, malangnya satu pun aku tak jumpa. 

Menerbitkan filem ni inisiatif yang baik. Sekurang kurangnya, gaya horror yang jenis ambil point seram reality kemudian dijadikan bahan cerita dapat dielakkan. Ideanya keseluruhan Nampak bagus. Aku nampak seram filem ini cuba meniru seram Hollywood yang lebih mementingkan cerita yang diluar budaya. Perjanjian dengan syaitan itu satu idea yang bagus. Klasik gitu. Namun, caranya menghasilkan sesuatu yang hambar. 

Seramnya tidak menjadi. Sampai dua kali ada babak karakter A berjumpa karakter B, kemudian karakter A sedar yang karakter B baru saja muncul datang dari tempat lain. Momen begitu amat baik. Tapi, kalau sampai dua kali letakkan pengulangan guna different karakter, aku pun naik muak. Momen momen bagus ada. Contohnya, macam masa Zul nak ambil kain kat atas tempat letak pisau tu. Itu Final Destination punya moment! Tapi abaikanlah. 

Mungkin filem ni berbajet rendah tetapi punya impian yang sangat tinggi. Aku puji sebenarnya adegan komputer meletup tu. Walaupun Nampak sangatlah murahan, sekurang kurangnya tipikaliti berjaya dijauhi. Aku juga puji adegan seksual yang aku sedar terpotong oleh LPF. Hah, yang ni pada aku rasanya tak payah kot. Bila kena potong, mood cerita terus terganggu. 

Plotnya mendatar. Aku curiga dan pelik dengan moment seram pembukaan filem ni yang sangatlah murahan. Apa pentingnya nak moment seram yang clueless pada awal filem. Panjang pulak tu. Alih alih last last moment happy birthday je jadinya. Tak best langsung. Aku mengharapkan ada point point yang lebih umph dan bukan hanya sekadar nak menakut nakutkan. Kalau ketakutan itu menjadi takpe. Ni apa pun tarak! 

Ceritanya sangat clueless. Moment sejam pertama adalah pembaziran masa yang mega hebat! Tak ada klu untuk membuatkan penonton menunggu pendedahan misteri. Nasib baik aku jenis orang yang sabar. Kalau orang lain, dah lama stop tonton. Semua watak sangat flat dengan dialog dialog yang sangat errr … mungkin terlalu simple sehinggakan tak ada jiwa. Dialog yang sangat tak mantap untuk sebuah filem bersinematografi hebat. 

Ha, kepujian untuk visual. Itu bagus. Visualnya Nampak berjiwa muda. Ah, kalau filem tak hebat visual tak ada sape nak tengok kan? Oh ya, posternya aku suka. Cantik. Tapi sayang, filem ni indah khabar dari rupa pada pendapat aku lah...

Dengan filem pertama Lightbbulb ni, aku dah mula risau kualiti filem seterusnya dari kompani ni. Tapi, belum tengok belum tahu kan? So, keseluruhan filem ni sangatlah gagal menaikkan mood seram. Aku puji misteri filem ni yang lambat untuk diberikan sehinggakan penonton mulai kebosanan. Bisikan Syaitan tidak ada momen yang cantik. Seramnya terlalu rendah. Masih mentah mungkin pembikinnya. 

2/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...