Dalam industry filem kita, dan juga dalam kepompong filem MIG, filem ni fresh! Iyalah ada aku dengar yang katanya filem ni diinspirasikan dari Dude, Where’s My Car! Lakonan Aston Kutcher dari segi idea, aku rasa tak ada masalah. Kalau nak copy, copy dengan dignity. Buat benda tiruan tu dengan kebagusannya tersendiri. Dan tanpa memikirkan angin angin copy-bikin itu, aku rasa Bro, Nampak Motor Gua ada sesuatu yang menyempurnakan, walaupun masih belum betul2 perfect!
Ok, pada aku, permulaan filem ni macam biasalah. Tipikal MIG. Belum masa aku untuk rasa impress dengan apa yang diorang sajikan. Semuanya berlalu macam tu je. Babak dua orang mamat tu curi motor amatlah mengecewakan. Sekadar melepaskan batuk ditangga. Tak ada momen yang mencengkam. Macam lari tapi tak ada bunyi tembakan. Sangat mendukacitakan. Kosong momen tu.
Malah, antara Along Cham dengan Along Eyzendy sangat main main. Aku tunggu momen yang agak baik. Pada masa ini, dua mamat motor yang meragut beg sebagai kerja tu disulam dengan komik komedi yang cantik. Ada few momen yang buat aku ketawa dengan gaya edit videonya yang menjadikannya sedikit melucukan. Walaupun makin lama aku makin jelik dengan mamat motor tu, seharusnya aku rasa penghormatan harus diberi sebab dia selamatkan komedinya ketika Alom Cham masih ‘di dalam jamban’.
Mamat Khalid masuk. Dan ianya satu perkara yang amat pelik lagilah seumpama pisang berbuahkan rambutan. Wah, mamat pengarah popular Hantu Kak Limah bergandingan dalam filem David Teo! Macam mana tu? Apa pun cerita belakang tengok pandang pandang, aku rasa kemunculannya menambah perisa filem ni. Wajah pelakon tipikal MIG ditenggelamkan sedalam dalamnya apabila Mamat Khalid memberikan nafsu baru kepada filem ni.
Nah, momen yang akhirnya menggerakkan jiwa komedi, pada pendapat peribadi aku ialah ketika momen tipikal filem Melayu dinyahaktifkan dengan memasukkan ‘tarian kocak’ Harlem Shake yang buat aku kata ‘what the f’ tapi pada masa yang sama boleh ketawa. Pada masa ini, dua mamat yang entah apa apa tu aku nampak bersinar saat cerita mula membuncit.
Dari sini aku mula faham. Cerita ini sebenarnya tidak bercambah ikut alamat alamat biasa filem kita. Ianya meminjam. Namun, dengan cara yang digubal oleh kepala otak orang kita, maka terberanaklah Bro, Nampak Motor Gua. Insiden insiden yang dibina nampak amat senyap. Itu bagus. Sekurang kurangnya tukang buat skor muzik tak payah nak menyendatkan momen dengan skor yang macam orang buta main tepi jalan tu.
Dan bertambah ceria, si minah persis Velma dalam Scooby Doo ni masuk gelanggang. Walaupun aku rasa lakonannya sangat mendukacitakan mungkin akibat percubaan Mon Ryanti menjadi dirinya seikhlas hati, aku rasa penambilannya macam ikan di pasar pagi. Senafas, aku katakan segar. Dan gandingan Mon Ryanti bersama Along Ezendy serta Along Cham menjadi walaupun karakternya sangat ringan kerana penulisannya focus kepada babak babak yang bertingkah dengan setiap plot plot yang dibina.
Ok, aku tak katakan lakonan diorang teruk. Sebab apa, sebab aku nampak masing masing tak jadi plastik. Masing masing main main. Masing masing bersantai sambil kamera roll. Gelak sakan juga dengan suara pak polis trafik tu! Tambah pula, dengan lakonan Mamat Khalid yang natural habis. Dan pada aku, dalam tajuknya yang santai tu pun, layaklah filem ni menerima lakonan yang begitu. Cuma aku kurang gemar apabila kualiti visualnya sangatlah melepaskan batuk uhuk uhuk. Tak ada seni. Macam ambil kemudian blah. Seni mana! Seni!
Lawak apa yang korang dapat dalam Aji Noh Motor, lawak itulah yang akan dapat dalam Bro, Nampak Motor Gua. Razif Rashid ada jiwanya tersendiri. Tetapi, aku rasa filem ni tidak seratus persen bagus. Pasal apa? Sebab dialog Imuda yang berbunyi ‘Ekonomi kita dah stabil’. Kepala hotak kau ‘ekonomi kita dah stabil! Ekonomi apa? Kurang jelas. Apa yang stabilnya? Dan apa kaitan stabil dan ceroboh. Amat longgar di sini ok!
In the end, walaupun aku rasa ayat ‘ekonomi kita dah stabil’ yang menjadi dialog Imuda dalam filem ni menjadi hantu yang akan mengeruhkan filem ni sedikit, tapi Bro, Nampak Motor Gua masih boleh dinikmati. Lihat momen lawaknya yang santai. Ah, tok bomoh kepala kerbau tu ohsem. Keseluruhannya, filem ni ada lawak yang baik, momennya santai. Lihat saja momen pada kredit dilem ni yang mencantikkan filem. Last skali aku nak kata, filem ni boleh tahan, bro!
3.5/5
1 comment:
org malaysia xboring ka tgk movie yang sama ja jalan ceta dia mat rempit moto
Post a Comment