Daripada Joseph Kosinski, orang disebalik kemeriahan visual Tron Legacy, Oblivion nampaknya menampilkan kehebatannya tersendiri. Seperti Tron Legacy, pengarah ini meletakkan sebuah cerita sains fiksyen atas satu limit yang agak menarik untuk dipandang. Imaginasi Kosinski dalam menghidupkan Oblivion memang hebat. Memang tidak hairan Oblivion memberikan satu pengalaman penontonan yang memang hebat.
Oblivion lebih dari apa yang korang saksikan dalam trailer. Malah, menilai filem ini dari trailer di Youtube mungkin satu perkara yang tidak wajar. Filem ini ada hidden piece yang memang akan meninggalkan perasaan yang berbeza daripada apa yang korang interprate dari trailer. Perjalanan Jack Harper dalam satu diari hidupnya ini memang pengembaraan yang amat penuh teka teki dan kejutan tersendiri.
Sebelum korang tonton, aku nak info awal awal yang bagi yang membenci I Am Legend lakonan Will Smith, korang kena fikir dua tiga kali untuk menonton filem ini. Kenapa? Sebab filem ini hanya bermain didalam linkungan tiga watak utama sahaja. Dan peminat Tom Cruise boleh bersorak sebab pelakon tersebut sentiasa ada di setiap babak. Ya, Oblivion ni macam sebuah kisah diari Jack Harper.
Semua pandangan dunia dalam filem ini dibawa menerusi Jack Harper. Dan Jack Harperlah adalah ojek untuk korang memandang dan mempercayai Jack Harper. Malah, korang akan dibawa mengenali Jack Harper secara bawah ke atas sebelum satu kebenaran yang agak mengejutkan diberikan pada suku ketiga filem. Dari sini, korang akan sedar kenapa filem ini hanya berkisar tentang Jack Harper seorang saja.
Malang sungguh pada peminat Morgan Freeman. Lakonannya hanya muncul tak dalam 10 ke 20 minit secara total. Wataknya sebagai Beech tidak sebesar mana walaupun dicanang dalam trailer macam pelakon utama. Beech hanyalah watak yang muncul pada tengah dan akhir filem atas tujuan tertentu dan cuma membantu memperkembangkan watak Jack. Aku sebenarnya berharap Beech dibanyakkan lagi babaknya sebab kematiannya, ya dia mati, tidak dapat dirasai.
Seperti Tron Legacy, pengarah ini menampilkan cirri ciri unik filem acuannya sekali lagi melalui filem ini. Dari visual yang sangat memukau dan lebih sederhana permainan visualnya sehingga kepada penggunaan CGI yang cukup realistik, Kosinski membina filem sci fi dengan trademarknya yang tersendiri. Jika anda tonton Tron Legacy, korang akan sedar jiwa filem ini dan filem Disney itu lebih kurang sama.
Kosinski nampaknya cuba untuk mencuba babak babak yang lebih berani dengan filem ini. Pertarungannya kali ini lebih ganas, walaupun tak lah ganas mana, tetapi ganas lah jugak. Kosinski juga memberikan unsur seksual dalam beberapa babak yang mana mustahil nak diadakan dalam filem Tron Legacy. Dengan Oblivion, Kosinski nampaknya mencuba pelbagai gaya yang lebih bagus untuk pemantapan pengarahannya.
Jika Tron Legacy menampilkan Daft Punk, sebuah kumpulan muzik eletronik, kali ini, skor yang dikompos oleh Anthony Gonzales dan Josepth Trapanese kali ini nampak meminjam aura Daft Punk juga. Muzik skor filem ini, yang mana akan mengingatkan kepada skor Tron Legacy nampak mirip kepada gubahan Mark Mancina dalam filem filem era 90an. Muzik sebegini memberikan feel cemas dan gah yang membantu menaikkan mood filem Oblivion.
Overall, untuk tahun 2013, Oblivion antara sci-fi terhebat dari Hollywood. Apatah lagi, buah tangan ini dari orang berseni dan berimaginasi tinggi seperti Kosinski. Dengan Tom Cruise sebagai pelakon utama, Oblivion adalah sebuah filem dengan pelakon besar dan juga disertakan dengan kejutan yang besar. Oblivion bijak menipu. Tonton dan rasai kejutan, aksi dan imaginasi dunia masa hadapan ini!
4/5
No comments:
Post a Comment