Pertama sekali aku nak cakap, bagi yang benci Twilight, tolong jangan tengok The Host. Bukan apa, aku rasa korang confom akan tertidur pada permulaan dan mula menyumpah seranah filem yang diadaptasi dari tulisan asal Stephanie Meyer ini. The Host memang nampak tidak jauh daripada gaya Twilight, sama sahaja gaya romantiknya cuma kali ini penulis ini memberikan sebuah cinta yang diletakkan dalam sebuah dunia fiksyen yang unimaginable.
Andrew Nicol, yang sebelum ini mengarahkan In Time nampaknya memberikan The Host persembahan yang tenang dan mengajak penonton untuk menghayati cerita dengan menyuntik simpati dan juga rasa sedih yang cukup inti. Pengarah ini memberikan The Host suntikan cinta yang amat luar biasa pada kisah cintanya. Aku dapat rasakan kisah Wanda yang mana bersamanya juga Melanie amat romantik dan juga berjaya memberikan unsur kesedihan yang selayaknya.
Unsur cinta memang menjadi tarikan The Host. Namun, kelemahan yang utama ialah bagaimana watak Melanie dan Wanda a.k.a Wanderer itu sendiri dipersembahkan. Pada saat Wanda menakluki tubuh Melanie dan Melanie digambarkan hanya melalui audio, aku rasa kelemahan utama sudah datang. Kekuatan dan jiwa Melanie hilang dan sukar digambarkan sedangkan ianya berkisar tentang dua jiwa dalam satu badan.
Malah, The Host juga dilihat membawakan cerita yang baik tetapi melalui penulisan lakonlayar yang agak lemah dan juga meleret. Separuh masa pertama filem aku lihat agak kosong dan tidak ada unsur tarikan. Tidak ada perkara yang menarik dan juga hebat untuk ditonton. Namun, separuh masa kedua nampaknya disuntik dengan emosi yang berjaya memberikan ruang untuk kembali bernafas dalam filem ini.
Selain dari tu, beberapa babak komedi yang dilahirkan nampak menjengkelkan dan rasanya tidak fit dengan situasi dan juga suasana filem ini. Dan, bila menyaksikan Saiorse Ronan bercakap seorang diri memang agak pelik dan sukar dihadam. Mungkin jika Melanie dan Wanderer itu digambarkan dengan dua susuk tubuh mungkin lebih baik. Tahniah kepada Antonio Pinto untuk muzik skor yang menjadikan penontonnya terbuai. Sekurang kurangnya, kejanggalan itu berjaya diselindungi.
Guys, jangan expect yang filem ni akan ada aksi tembak menembak yang hebat dan gempak. Tak ada. Ok. Once again aku cakap, tak ada. The Host is 100% pure sci-fi romantik yang menyentuh tentang cinta, persahabatan dan juga keinsafan. Tidak seperti alien War of the World ataupun alien alien filem lain yang ganas,
Stephanie Meyer nampaknya melembutkan sisi alien dengan memberikan mereka wajah manusia. Malah, objektif menakluk dunia itu sendiri diubah menjadi satu sindiran kepada kaum manusia. Kononnya, manusia terlalu kejam dan si alien ini muncul untuk memusnahkan kekejaman manusia dengan memasukkan diri mereka ke dalam badan manusia.
Saoirse Ronan, yang sebelum ini pernah bekerja dibawah arahan director The Hobbit, Peter Jackson memberikan persembahan yang agak baik. Aku suka wataknya sebagai Wanda. Lakonannya baik walaupun dalam filem ini tidaklah terlalu diuji dengan babak babak yang selayaknya. Kalau korang tengok Twilight, korang akan fahamlah macam mana karakter karakternya bersuara kan. Cakap pun sopan santun, rendahkan suara, emosi jarang meninggi. Hah, yang tu korang akan jumpa dalam The Host.
Overall, walaupun aku nampak review kat internet cakap filem ni agak kurang menyengat, aku rasakan The Host masih boleh dinikmati. Belum menikmati versi novel, aku rasa filem ini ada kehebatannya tersendiri. Gugurlzzz rasanya memang boleh nangislah kalau tengok kisah cinta mereka walaupun sebenarnya taklah hebat mana. Stephanie Meyer nampaknya menampilkan kisah cinta baru yang biasa cuma berada dalam suasana yang luar biasa. The Host boleh buat korang terbuai dengan cinta, percayalah (bagi yang nak percaya la.. lalala).
3/5
No comments:
Post a Comment