Akan Datang!

Tuesday, February 12, 2013

Review: The Impossible

Filem arahan Juan Antonio Bayona ini antara depiction yang agak baik dan begitu banyak bermain dengan emosi. Bagus. Dari satu aspek, aku lihat filem ini bukan sengaja mengangkat tsunami itu sebagai satu bahan hiburan tetapi lebih kepada satu peringatan terhadap peristiwa besar itu. Perasaan menonton The Impossible ini bercampur baur. Tragedinya menyentuh hati satu dunia. Namun, emosi satu keluarga yang dikisahkan ini, nampaknya amat mengharukan. 

Dikatakan diambil dari kisah benar sebuah keluarga Perancis yang menginap di sebuah hotel di Thailand semasa kejadian besar itu berlaku, kisah ini membawakan kembali malapetaka itu buat kali keduanya selepas filem Hereafter. Jujurnya, segala penataan kali ini dari segi penceritaannya, juga latar dan juga jiwanya amat hebat dan tidak mengecewakan. 

Visual saat tsunami menghentam Nampak sungguh realistik. Kemusnahan yang dipaparkan amat menjadi sehinggakan aku merasakan yang semuanya adalah satu pekara sebenar. Kesemuanya memang amat menakjubkan dengan visual air yang mengkagumkan. Memang itu satu perkara wajib yang patut dilihat tatkala anda tonton The Impossible. 

Ceritanya berfokus. Itu yang aku harapkan. Bukan apa, kadangkala filem bencana benar ini bersifat mencerita pelbagai watak sehinggakan hilang watak utama. Dan ianya tidak terjadi di sini. Gambaran bencana ini yang dibawa oleh lima orang watak yang mempunyai talian saudara ini digunakan sebaiknya untuk menggambarkan situasi sebelum dan selepas mencana. Mereka diisi dengan emosi dan juga alur cerita yang tersendiri yang cukup untuk membawa keseluruhan situasi. Cantik. 

Lakonlayar filem ini terbaik. Bagaimana penulisannya cuba untuk menangkap emosi penonton dan juga situasi yang terjadi. Lakonan Naomi Watts dan Ewan McGregor nampaknya tidak menghampakan. Kesemuanya termasuklah watak watak kecil yang dipaparkan amat membantu menghidupkan suasana ketika kejadian. 

Selain visual yang hebat, skor background filem ini banyak membantu penonton untuk membawa emosi ke dalam cerita ini. Aku rasa, ada lelaki yang boleh menangis melihat semangat juang kesemua karakter dalam filem ini dalam mencari orang yang tersayang. Ending akhir dimana Naomi Watts yang memegang watak Maria menangis melihat kemusnahan dari kapal terbang memang cukup membawa memori tahun 2004 itu kepada kita semua. 

Walaupun aku rasakan cerita ini sebenarnya satu tipikaliti filem disaster Hollywood semacam Deep Impact, Volcano dan lain lain, peristiwa yang ini, yang mana satu reality memberikan kesegaran dalam setiap pembawaannya. Lama agaknya Hollywood tak bawa kisah disaster sehebat ini pada zaman millennia ni. Yang akhir pun fiksyen 2012 je lah kan. Itu pun hanyalah fiksyen. 

Overall, lakonan mantap, visual yang memukau, memori, dan emosi menjadi resepi kehebatan The Impossible. Tidak dapat dinafikan filem ini mungkin akan membuatkan korang sebak. Atau.. mungkin aka nada yang menangis. Tonton filem ini dan ambil semangat yang dipaparkan. The Impossible adalah kisah benar yang sarat. Dan pastinya, ianya tidak akan mengecewakan. 

4/5

4 comments:

topSpot | Find your top spot here said...

Saya suka banget film the impossible ini! Apalagi efek tsunami nya, keren gila! Belum pernah saya lihat film yang sebagus ini.. GREAT :)

Unknown said...

dh keluar ke cite nyer ni?ade link tak? :)

DilaMilin said...

memang best gila cite ni..mmg real betul..

adarain said...

Baru je tgk movie nie smalam, sangat menyentuh perasaan....The best movie!

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...