Akan Datang!

Thursday, February 14, 2013

Review: Juvana

Aku tak pernah tonton Juvana di tv. Bukan apa, aku bukan peminat drama bersiri. Sehebat mana pun drama bersiri itu, I am sorry, aku bukan jenis yang mudah terpengaruh untuk duduk depan tv. Tapi, bila drama tv itu disambung ke dalam sebuah drama panggung, ada minat untuk menonton kerana masa untuk menghayati hanyalah dua jam sahaja. Juvana memang kontinuiti dari dramanya, namun aku rasa tak ada masalah untuk menghayati. 

Well, aku rasakan rentak filem ini mengikut seperti mana Nur Kasih berjalan. Gayanya yang aku lihat tidak mempunyai cerita yang ada arah tuju tetapi sebaliknya hanya menunjukkan insiden yang melibatkan perubahan perubahan watak watak itu membuatkan aku berkata begitu. Dan aku simpulkan, Juvana bukanlah sebuah filem hiburan aksi sahaja tetapi lebih bermotif untuk menyuarakan sesuatu iaitu semangat anak muda. 

Bukan hanya semangat anak muda dari satu sisi hitam, Juvana bersifat membawa reality satu sisi budak nakal dalam keadaan sejujur jujurnya. Dipisahkan dua jalan cerita yang melalui liku liku hidup tersendiri dalam keadaan berbeza. Daim dipisahkan masuk ke dalam dunia kebaikan manakala Botak pula dibawa masuk ke dalam dunia kejahatan yang baru. Jadi, apa yang berlaku adalah tindakbalas karakter terhadap persekitaran yang mereka huni.

Pada aku, kisah hidup Daim dipegang sebagai sisa yang tertinggal dari drama tv sahaja. Paparannya tidaklah menampakkan apa apa yang penting bagi menjana plot Juvana. Sekadar hanya untuk bergabung di akhir filem, aku rasakan plot Daim itu seperti sia sia. Terlalu kecil untuk dijadikan sebuah kisah kontinuiti. Tetapi, aku faham sebab pemberatan Juvana filem ini lebih terarah kepada watak Botak yang sedang mengalami perubahan dirinya. 

Kisah Juvana hitam. Yes. The visual itself membawakan perasaan mengerikan, menakutkan dan juga penuh kotoran. Visualnya hebat dalam membawakan kesan kotor dengan cantiknya. Segalanya divisualkan dengan cantik dengan niat untuk memberikan perasaan takut, sedar dan juga ngeri kepada penonton. 

Zahiril Adzim biasa biasa. Lakonannya seperti biasa. Aku rasakan juga Johan Asari juga sebagai Botak berjaya seperti mana lakonannya dalam drama tv (sebab aku tak tonton drama tv, masa tu aku banyak dengar nama Botak dibibir rakan rakan dan budak budak skolah). Namun, Sharnaaz nampaknya luar biasa. Watak Lan Todak yang mempunyai perwatakan pelik itu memang pada awalnya macam sukar je nak diterima tetapi lama lama ianya jadi sebati. Terbaik. 

Di tangan Faisal Ishak, memang tak payah cakaplah. Semuanya cantik. Dengan skrip Alfie Palermo yang memang memahami jiwa muda, aku rasakan semua ceritanya yang lebih terarah kepada isu perubahan memang menjadi. Cuma, aku rasakan secara peribadi, ending filem yang ada rusuhan tu agak terlalu besar dan tidak dijayakan dengan sempurna. Malah, visual rusuhan itu sendiri tidak kemas dan tak realistik. 

Apapun, Juvana memang kejam. Namun, di sebalik keganasan yang dipaparkan, main point utamanya hanyalah sebagai pengajaran. Tonton Juvana jika korang minat drama tvnya. Kalau belum tonton drama tv pun, aku rasa tak ada masalah untuk korang menangkap permulaan cerita ini yang bermula di sebuah tempat baru dan juga watak watak baru yang cool dan best. 

4/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...