Seru adalah sebuah naskah yang membuatkan aku tersenyum. Namun, jangan risau.. masih ada seram sejuk serta ketakutan dalam hati semasa menonton filem Woo Ming Jin dan Pierre Andre ini. Ternyata dari naskah 9 September, Pierre Andre berubah angin total sehinggakan wujudnya Seru, filem ala ala slasher pertama Malaysia yang menambah genre horror dalam industri filem Malaysia. Seru bukanlah sebuah realiti. Tetapi, fiksyen ini nampak begitu real sehinggakan ianya hampir sama parasnya dengan filem luar negara seperti Rec, Cloverfield dan juga The Last Exorcism.
movie mistakes yang dikesan dalam filem ini:
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/05/seru-2011.html
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/05/seru-2011.html
Bila aku melihat babak babak dalam filem ini, aku tersenyum. Ternyata orang kita bukannya bodoh dan tak reti bikin filem hebat. Ini barulah berfikir di luar kotak! Setahu aku, tidak ada filem Malaysia yang berani membikin genre sebegini kerana masih belum tentu sambutannya di pawagam. Dengan sinematografinya yang begitu ‘out of focus’, shaking dan tidak teratur, genre sebegini memerlukan penelitian yang lebih mendalam semasa menontonnya. Seru sebuah naskah yang begitu impressive, menyeramkan, kreatif dan bijak!
Seru bukan dibikin dengan nama yang begitu gah. Cukup sekadar kehadiran Awal Ashaari, Nora Danish dan pengarah sendiri, Pierre Andre dalam set induksi filem ini. Setakat itu, filem ini nampak normal dan ‘ah.. bakal dijangka agaknya!’. Namun, jangkaan akhirnya meleset apabila pendedahan demi pendedahan memberikan kejutan yang cukup baik dan luar biasa. Aku menyukai permainan cerita ini yang begitu misteri dan bersahaja.
Kisah ala ala ‘lost-tape’ ini mengisahkan sebuah tape dokumentasi yang memaparkan apa yang terjadi kepada kru filem Jangan Bernafas. Kru yang ramai akhirnya mati sorang demi sorang akibat rasukan dan perkara misteri. Dari dua kamera yang satunya berada di kawasan set dan satu lagi dibawa untuk mencari Julia yang hilang di hutan, filem ini bergerak untuk mendedahkan misteri demi misteri.
Sekali lagi, aku memang tersenyum dan mahu bertepuk tangan bila aku melihat beberapa adegan yang dibikin begitu kreatif. Apa yang menarik tentang filem ini adalah kebanyakan syot dibikin dalam satu length yang amat panjang. Tiada pertukaran babak terjadi kerana filem ini hanya dipaparkan dalam dua kamera. Memang ia menyempitkan view tetapi Pierre Andre dan Woo Ming Jin berjaya membentuk cinematic art yang mempesonakan dengan bantuan lighting.
Aku suka bagaimana permainan aksi demi aksi yang berantai antara satu sama lain. Babak yang paling best aku rasakan adalah babak Man ‘mati’ dalam kereta. Uniknya di sini, kamera sebenarnya dibawa ke dalam rumah. Aku tak dapat bayangkan bagaimana Rudi dan Jeff cuba membeli masa supaya kereta itu dapat dibakar sepenuhnya dan bersedia untuk reaksi terkejut tanpa disedari penonton. Memang cukup menarik. Ah, satu lagi babak yang aku suka adalah babak budak pompuan main atas buaian. Memang kejutannya unik!
Keseluruhannya, Seru bukanlah yang terhebat. Sebabnya, ada sedikit tidak ok pada sound dan beberapa babak yang nampak jelas seperti lakonan. Kedengaran suara yang ditokok tambah untuk menghidupkan keadaan nampak menyesakkan lagi. Beberapa lakonan pelakon yang nampak begitu over-reacted to the situation nampak merencatkan filem ini untuk berdiri sebagai realiti. Namun, Seru adalah pertama dan ianya memang satu kebanggaan buat aku, juga kamu kamu kamu yang meminati filem Malaysia. Filem kita makin bertambah baik!Sejauh mana genre sebegini mampu bertahan, satu persoalan.
3.5/5
1 comment:
Post a Comment