Akan Datang!

Tuesday, May 31, 2011

Review: Kongsi


Memang aku akui Shaheizy Sam memang berperanan penting untuk membentuk ciri ciri terbaik filem Kongsi. Gabungan Farid Kamil di bangku pengarah yang mana sebelum ini pernah hadir dengan filem V3 akhirnya memberikan satu peningkatan yang memberansangkan. Kongsi ada hasil yang jelas dan nyata bahawa David Teo yang berderet deret filemnya menunggu tayangan bukanlah selalu hadir dengan filem picisan. Buah tangan Farid Kamil kali ini memang berbeza dengan V3, lebih kepada komedi yang lebih santai, dalam erti kata lain.. lawak versi Shaheizy Sam.

Kongsi bijak. Namun, dalam penghasilannya masih ada sisa sisa yang membuatkan filem ini kurang menyengat pada sesetengah bahagian. Kisah ini yang menggunakan Thailand sebagai imej negatif besar membuktikan bahawa penulisan filem ini cuba lari daripada imej mengkritik. Malah, penyatuan geng kongsi gelap tiga kaum di Malaysia itu sendiri ada isi tersirat.

Sejauh mana Kongsi boleh berdiri sebagai filem komedi gelap? Aku rasa ianya sudah cukup baik untuk tangga tangga kejayaan filem sebegini pada masa hadapan. Karakter Tumulak itu sendiri ada dua dunia yang membuatkan aku rasa penciptaannya hampir sempurna. Pembawakan karakter ini oleh Shaheizy Sam amat memberansangkan walaupun masih ada baki baki karakter dalam Adnan Sempit dan juga Ngangkung. Ternyata Shaheizy memang ada kelainan dalam membawa lakonannya dan sekaligus mempunyai identity dalam lakonan.

Tumulak, seorang pembunuh upahan dari Thailand disuruh oleh Kimpedu, seorang mafia untuk mengucar kacirkan kesemua geng kongsi gelap di seluruh dunia. Tumulak diberi tugasan ke Malaysia untuk membunuh kepala kepala geng kongsi gelap sekaligus menawan daerah hitam di Malaysia. Pembunuhan demi pembunuhan akhirnya menyebabkan Insp Shariff, polis yang menyiasat kes ini membongkar satu rahsia. Rahsia silam yang memisahkan dua manusia, satu di sisi jahat dan satu lagi di sini kebaikan.

Serius aku cakap, filem ini ada kualiti. Namun, seperti mana yang aku cakap pada awal tadi, ada sesetenagah penghasilan bahagian dalam filem ini ada beberapa perkara yang mencacatkan. Penggunaan slow motion yang nampaknya membuatkan aku meluat, terutamanya pada babak lompatan di Petaling Street dan juga adegan drifting untuk babak kejar mengejar nampaknya kurang menyengat. Slow motion tak menjadi, terlalu low class dan memang tak berapa membantu. Malah, endingnya yang begitu kecil nampaknya mendukacitakan.



Plotnya secara keseluruhan, ada banyak lagi kisah yang tergantung, menunggu untuk dihabiskan. Kisah Pak Maliki yang terlalu kecil terabai disebabkan konflik Insp. Shariff dan Tumulak yang diperbesarkan. Sesetengah plot nampak kucar kacir dan tidak memfokus. Aku sendiri merasakan filem ini terlalu besar untuk dilukis dalam masa 1 jam 30 minit.

Gubahan skor muzik filem ini walaupun nampak macam simple saja, masih boleh menarik perhatian aku untuk didengar. Gaya gubahannya yang 1 Malaysia nampak begitu menjadi.

Kongsi ada pembinaan karakter yang begitu cantik. Kaitan Insp. Shariff dan Tumulak, serta kisah penyatuan geng kongsi gelap tiga kaum amat aku sukai. Kongsi masih banyak yang belum dirungkai. Masih ada beberapa babak kurang jelas dan perlu dibesarkan. Namun, dalam satu skop yang kecil, Kongsi sudah berjaya memberikan gaya baru filem komedi gelap. Ditangani Shaheizy Sam dengan baik, Kongsi sebenarnya miliknya. Sebuah filem dengan kreativiti Farid Kamil yang menarik untuk ditonton.

3/5

3 comments:

ika said...

cerita nie mengarut sket la...sam je yg kelaka dgn azad...jln cerita mmg hancus...=.="

Syndromania said...

mmg x tengok pun cite ni kat pawagam sbb blm sempat tgk org dah kata cite nya mcm entah apa2.

Anonymous said...

kalau cerita digarap dengan serius dan bukannya lawak, sy yakin pasti menjadi lebih bagus, ada gaya2 hollywood.. dan filem aksi thailand.

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...