Sunday, November 30, 2014

Review: Kick

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Sajid Nadiawala
Pelakon | Salman Khan, Jaqueline Fernandez, Randeep Hooda

Kau tahu, aku suka sangat Salman Khan punya karakter dalam filem Dabangg. Wataknya sangat sangatlah unik dan menjadikan dirinya, secara peribadi, antara pelakon Bollywood yang sangat terbaik. Tahun 2014, Kick menampilkan satu lagi sisi pelakon ni. Kini dia nak jadi superhero rakyat, ala ala robin hood tetapi biasalah, dengan garapan Bollywood, ianya akan jadi Kick! 

Mana tidaknya, filem arahan Sajid Nadiadwala ini seperti adunan biryani yang rasanya sedap tetapi kalau kau tengok mamak letak biryani, takdelah nak kemas kemas sangat macam orang melayu punya hidangan. Macam tulah Kick! Filem ni memang sebuah masala yang memang menggunakan gaya tipikal komedi Bollywood yang mana hanya akan difahami dan disukai bagi penggemar Bollywood. 

Kick ialah adaptasi dari filem asal yang berbahasa telegu dengan tajuk sama. Selepas diadaptasi ke bahasa Tamil pada tahun 2010, kini Kick muncul dalam versi Hindi. 

Menjadi filem kedua paling meletop kebang boom sepanjang masa, Kick pada aku hanyalah persembahan yang sangat biasa. Aku gagal untuk memuja Salman Khan seperti dalam filem Dabangg. Kick seolah olah mencipta satu lagi Krrish tetapi dalam dunia yang lebih dekat di hati. Superhero rakyatlah katakan dalam ayat mudahnya. 

Kick pada separuh masa pertama bercerita guna flashback. Separuh masa pertama menceritakan bagaimana konflik dan pengenalan kepada watak Salman Khan dalam dua versi. Pendek kata, separuh masa pertama ni ialah masa untuk enjoy enjoy sebelum masuk ke fasa kedua yang lebih padat. Separuh masa kedua lebih padat dengan aksi. Itu janji! 

Aku puas hati dengan aksi aksi yang sangat imaginatif dan menarik dalam filem ni. Walaupun kebanyakannya hanyalah babak yang ditayang sekejap, babak babak seperti Devil lompat ke dalam helicopter dengan motor dan babak Devil turun basikal beberapa detik sebelum keretapi melintas sangat mengujakan. 

Himesh Reshammiya berjaya untuk memberikan lagu lagu yang segar dan menyerlah. Nampak yang idea untuk lagu lagu dalam dirinya dah mula makin menarik. Dibantu muzik muzik tulisan dan garapan Meet Bros Anjaan dan Yo Yo Honey Singh, Kick memang punya lagu rentak disko yang diakui sangat ada kick! Yar Na Miley antara trek super best yang aku rekomen! 

Filem ni memang dibina dengan kemengarutannya yang tersendiri. Namun, di sebalik tu, filem ni nak cerita tentang kisah kanak kanak yang tidak dibela akibat kekangan wang dari keluarga. ‘ 

Memang banyak main mainlah filem ni. Tapi, memang filem ni dibina sebegitu rupa dan ianya boleh diterima. Sebuah biryani yang sangat sedap dimakan dengan ayam goreng dan kuah kari. Kick sangat memberikan sebuah masala yang sesuai untuk keluarga, kanak kanak, pelajar dan siapa saja. Akhirnya, aku rasakan Salman Khan masih gagal untuk menandingi kehebatan Hrithik Roshan dalam filem Krish,. Sekian… 

3/5

No comments: