Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Hashim Rejab
Pelakon | Adiba Yunus, Azwan Kombos, Shima Anuar, Along Ezendy
Senang cerita, aku simpulkan yang filem Nasi Kangkang ni seperti sebuah filem yang keluar dari mana mana kepompong filem di Malaysia. Bukan pasal MIG saja, bukan pasal industry saja, bukan pasal apa saja. Filem ni keluar dari segala kebiasaan dengan keberaniannya yang paling jelas dan nyata, membawa isu Nasi Kangkang dengan paparan yang ‘panas’, ngeri, dan juga menggelikan. Ya, Nasi Tangas a.k.a Nasi Kangkang ni sangat menggelikan.
Aku yang agak kurang senang dengan arahan seram pengarah Hashim Rejab ni pun rasa nak tabik spring atas usaha yang dilakukan dalam membina plot filem ni. Filem ni ada idea yang berkesan untuk sebuah filem seram. Tidak hanya bergantung pada keseraman hantu semata mata, pengarah ni memanipulasi minda penonton dengan memaparkan adegan yang boleh menyebabkan rasa kurang senang.
Ngeri, berani dan menggelikan. Itu mungkin rasa yang ada ketika menonton filem ni. Paparan nasi yang ditangas, dengan jampi serapah (yang agak kelakar bunyinya.. macam sukukata budak tadika yang dicampur campur) memang dark dan seram. Tambahan pula, filem ni berjaya melekatkan bayangan seram dengan rasa gelinya di otak penonton yang menonton.
Makan nasi dengan ulat, nasi pulak dengan darah haid, tambah pulak dengan teknik teknik penunduk suami yang entah rekaan semata atau tahyul belaka, juga visual tahi/najis yang diambil kemudian dilumur di nasi yang dikangkang menjadi filem ni sebuah filem yang menggelikan. Maka, aku rasakan, keberanian ni memberikan Nasi Tangas gaya seram yang tersendiri.
Tapi, beberapa elemen kecil yang membuatkan aku kurang suka pada keseluruhan filem. Aku rasakan dubbing pelakon sekali sekala kurang memuaskan. Malahan, editing untuk babak seram, kejut kejut, tanjat tanjat semuanya tidak mampu untuk memberikan kejutan sebenar. Namun, scene hantu di parkir kereta selepas Fatin termakan nasi tangas dari Mira antara momen seram terbaik filem ni.
Delimawati dan Herman Tino pula mungkin aku rasakan antara faktor terbaik filem ni. Lakonan mereka tidak dapat dinafikan membantu menghidupkan watak watak utama yang aku rasakan agak kurang timbul. Cuma aku agak rasa kelakar dan ketawa besar jugak apabila Herman Tino menjadi hantu belaan. Oh, come on! Ini sangat tidak adil. Herman Tino tak patut jadi hantu. Itu kelakar namanya doh!
Malah, aku lebih harapkan filem ni punya twist yang lebih baik. Aku agak janggal dengan mantera yang macam budak tadika tu. Tapi, tak apalah! Then, ditambah pulak dengan elemen ustaz yang mempunyai kejutan yang biasa sangat. Seperti yang dijangka, ustaz muncul di saat akhir yang nampak seperti tergesa gesa. Dan sekaligus, endingnya sedikit cacat.
So far, kalau nak dibandingkan dengan filem seramnya yang lain, Nasi Tangas a.k.a Nasi Kangkang ni antara filem pengarah ni yang boleh dirasakan menjadi. Kalau letak pulak di barisan filem filem seram MIG, filem ni ialah ‘besi berani’ yang sangat berani memaparkan kengerian luar dari jangkaan. Aku pasti, lepas korang tonton filem ni, korang akan fikir dua kali kalau nak makan nasi. Jaga jaga, takut terlintas di fikiran, adakah anda sedang makan nasi kangkang?
3.5/5
No comments:
Post a Comment