Friday, August 22, 2014

Review: Divergent

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Neil Burger
Pelakon | Shailene Wodley, Theo James, Miles Teller, Alsel Elgort

Aku sebenarnya dah malas nak tonton Divergent sebab filem ni sebenarnya filem dari novel young adult yang nampak seperti memberikan satu rasa ‘jom pindahkan semua novel young adult ke filem’ oleh Hollywood. Ya, mana tidaknya, setelah Twilight yang muncul sekali setahun, kemudiannya diikuti The Hunger Games yang mengikut formula yang sama, Divergent juga bakal menjadi satu siri filem yang bakal diikuti. 

Malas malas pun, aku gagah tonton. Entah kenapa, apa kekuatannya, apa rohnya pun aku tak tahu, filem arahan Neil Burger ini boleh tahan. Untuk sebuah filem yang memerlukan kepala otak penonton menerima sebuah setting yang fictional sebegini, Divergent berjaya memahamkan dan memberikan rasa logiknya dalam dunia yang fiksyen ini. 

Seperti filem filem young adult yang lain, filem ni dibintangi pelakon yang taklah ternama, tetapi pada aku penonton muda pasti kenal. Mungkin aku ni dah terlalu tua untuk mengenali Shailene Woodley, Theo James dan lain lain sebab mereka ni jarang muncul sebagai karakter utama dalam filem filem yang lebih berat dan mantap! Apapun, tak kenal maka tak cinta ler kan? 

Divergent terbahagi kepada dua bahagian. Mungkin bagi yang membaca bukunya, pasti mereka lebih arif. Namun, bagi aku yang hanya menonton filem, aku rasakan filem ni semacam dua cerita yang sebenarnya tak ubah seperti sebuah siri tv. Ada episod episodnya dari masa ke masa yang sebenarnya memberi ruang untuk ceritanya berkembang, dan ya, memberi rasa untuk menunggu sekuelnya. 

Kita mengikut watak Tris dalam sebuah kehidupan yang agak fiksional daripada kepala otak geliga Veronica Roth. Walaupun kalau nak fikir logik, golongan tersebut sangatlah tidak wujud dalam dunia ini, setting karakternya menjadi dan dengan setting inilah, ceritanya dan masalah terjadi. Separuh masa pertama mungkin sekadar biasa biasa sebab memberi peluang kepada karakter Tris untuk dikenali, difahami dan diadili. 

Separuh masa kedua, dimana masalah sebenar tercipta, itulah dimana Divergent mencapai tahap orgasmnya yang tersndiri. Saat masalah mula tercipta, aku mula rasa semangat untuk menonton mula membesar dan tetiba rasa seronok nak tonton sampai habis. Aku ingatkan ceritanya kecil, tipikal dan biasa biasa, tapi rupanya ceritanya membawa keseronokan yang tersendiri. 

Bagi yang nak filem yang berat, Divergent mungkin akan sedikit kurang memuaskan sebab filem ni memang aim kepada remaja. Aksinya pun sedikit kurang memuaskan, namun, plotnya mungkin kekuatan yang ada. 

Kalau nak diberikan rate, filem ni jatuh kepada filem yang bisa ditonton. Seronok dalam perjalanan cerita dan kejutannya walaupun babak perjalanan Tris kelihatan lebih berat daripada masalah masyarakat yang nak dipaparkan. Divergent bukanlah ajaib atau hebat, tetapi untuk sebuah pengalaman drama yang sesuai untuk remaja, filem ni memuaskan untuk generasi yang disasarkan. 

3.5/5

No comments: