Novel ni tak lebih dari menekankan unsur ugama macam novel agama lain. Ibaratnya, korang membaca sebuah kitab agama tetapi disampaikan dalam format penceritaan. Dan sekali sekala terhibur dengan ceritanya, maka manfaatnya juga didapat. Syahadat Cinta ini ada dalam satu kompilasi trilogy. Justeru, membaca ketiga tiga trilogy serentak seumpama memenuhkan ruang otak dengan ilmu agama secara santai.
Taufiqurrahman Al-Azizy nampak pandai membawa cerita dengan momentumnya tersendiri. Novel ini tidak hanya sekadar cinta biasa. Penulis bijak memaparkan suspensnya, juga dengan pelbagai persoalan agama melalui watak utamanya, seorang lelaki kaya yang mahu belajar agama. Nah, inilah yang menyebabkan tiga buku tercipta. Sebuah watak ‘freshie’ yang memberikan satu sisi baru novel agama.
Membaca Syahadat Cinta, dari buku pertama hingga buku terakhir memberikan korang cerita cinta yang biasa. Persoalan tentang poligami semestinya dibincangkan. Namun, penulis bijak memaparkan masalah agama dalam setiap sudut masalah yang dibina. Malah, cerita di kubur, tak silap aku dalam buku kedua, adalah satu momen yang fiksi tetapi hidup. Sangat hidup!
Rekomendasi bagi yang mahu mencuba.
4/5
No comments:
Post a Comment