Hantu air memang hantu yang sangat sangat spesel. Sebab apa, ianya boleh menyerupai orang. Itu memang lagenda yang dicirikan kepada hantu ini. Sedar atau tak sedar, Hollywood sendiri sudah ada mengeluarkan idea ini dalam filem mereka. Ingat filem apa? Tajuknya THE THING. Walaupun dua dunia ini berbeza dalam konsep dan penerapannya, THE THING sebenarnya dekat dan menarik dalam memaparkan makhluk yang menyerupai manusia dalam mencari mangsanya.
Murali membawakan Hantu Air, sebuah kisah pertama tamanya bagi dirinya dalam mengarahkan genre seram. Dengan Allahyarham Zami Ismail sudah tertera di kredit, nampak sangat yang filem ini menjadi mangsa giliran tayangan. Namun begitu, apa yang masih nampak baru dalam filem ini, ialah penampilan CGI dan juga efek dalam mewarnai kisah hantu air ini.
Filem ini menarik. Iya, pertamanya sila lihat pada idea yang ingin digarap. Ianya mengingatkan aku kepada konsep karakter yang tak dikenali antara satu sama lain tersepit dalam satu insiden yang juga tidak berkaitan dengan diri mereka. Setiap dari mereka, terutamanya Fauzi punya ‘jiwa kacau’ untuk membina dua celah masalah untuk membawa satu prasangka kebenaran wujud atau tidak hantu air. Setting yang simple dan satu membenarkan setiap karakter mewujudkan reaksi atas situasi yang diberikan.
Hantu air dikatakan mampu menyerupai manusia. Sekaligus, aku sebenarnya mengharapkan satu permainan penyamaran yang tricky dan juga menyeramkan terjadi. Senang cakap, seperti garapan THE THING. Namun, permainan penyamaran hantu air hanya terjadi pada watak Tok Moh, yang agak hebat sebenarnya kejutan tersebut walaupun sedikit sangat untuk membenarkan karakter besar hantu air itu wujud. Namun, kejutan itu memang sesuatu yang luar biasa.
Malah, aku rasakan setiap babak yang mana dikecualikan babak akhir filem sebenarnya tidak biasa. Babaknya yang bermain dengan tasik sebenarnya membawa kepada situasi yang jarang kita lihat dalam filem Malaysia. Babak Azwan Ali memang kelakar!. Pengenalan karakter dalam single syot memang kreatif walaupun aku rasakan beberapa syot terutamanya adegan Fauzi yang jiwa kacau kadangkala membosankan dan melambat lambatkan cerita. Apapun, acceptable lah!
Nak kata filem ini baik, mungkin aku boleh jamin pada komedinya. Gandingan Saiful Apek, dan juga Amir Raja Lawak bersama Zaid Zahari mungkin antara factor x filem ini. Dalam komedi, aku rasakan Amir Raja Lawak nampaknya menonjol manakala Saiful Apek dan Zaid Zahari yang mana dilihat selalu berduaan dalam menghasilkan lawak filem ini lebih terarah dalam mewujudkan komedi berdasarkan situasi.
Apa yang mungkin boleh dipuji dalam filem ini mungkin pada pembinaan karakter hantu air itu sendiri. Walaupun nampak macam hantu cina dan juga punya pengaruh hantu jepun dalam make-up wajah, hantu air digambarkan punya kelemahannya tersendiri. Itu satu perkara yang menjadikan hantu air dalam filem ini lebih kepada sebuah khayalan makhluk pembunuh daripada khayalan hantu sendiri. Penceritaan yang memaparakan hantu air hanya boleh bergerak di atas air juga bagus.
Namun, keterukan filem ini mula muncul apabila pengarahnya sudah menjadi gila dan mencuba untuk mentahyulkan ending cerita ini setahyul mungkin. Bumi terbelah mungkin satu perkara baik untuk penggunaan CGI. Tetapi, untuk sebuah ending hantu air, mana sesuai! Hantu air sepatutnya berakhir dan mati di dalam air, dan bukannya di dalam tanah. Itu hantu tanah! Dengan adegan hantu air kejar watak dalam rumah kosong yang airnya entah datang dari mana walaupun tak digambarkan hari hujan, keterukan filem ini muncul sedikit demi sedikit.
Malah, walaupun beberapa watak tak penting yang dibunuh itu mungkin mewujudkan satu misteri, filem ini nampaknya meninggalkan saja kematian mereka tanpa apa apa untuk difikirkan. Kaitan antara mangsa dengan mangsa, dan reason kenapa mangsa dibunuh, tidak pernah difikirkan. Kejam bukan? Walaupun ya, watak Opie Zami dibunuh sebab dia buat dosa, tetapi watak Hamdan, dosa apa dia buat? Malah, dengan pembunuhan ngeri sebegitu rupa, polis tidak sedikit pun muncul membuat siasatan. Takkanlah tak ada polis punya watak untuk menyeimbangkan kepercayaan tahyul dan kebenaran?
Apa yang lebih ditunjukkan adalah Fauzi yang jiwa kacau dan kisahnya dengan Mawar. Yang mana menjadi satu lagi faktor keterukan yang tidak dibina dengan baik. Inilah tipikal filem kita. Sikit sikit nak adun jugak cinta. Bayangkan kalau hantu air ini menjadi sebuah filem yang mengisahkan beberapa karakter yang terperangkap dalam hotel tersebut, seorang demi seorang menjadi mangsa, dan salah seorang dari karakter tersebut adalah hantu air. Bukankah ianya lebih misteri? Rujuk THE THING (sekali lagi) dan DEVIL (M. Night Syamalan punya movie!).
Apapun, aku boleh katakan Hantu Air sebenarnya tersepit antara filem barat yang aku cakap tadi dan tipikal filem melayu. Lagenda hantu air sebenarnya adalah lagenda yang boleh divariasikan fiksyennya jika tahu menggunakan idea tersebut. Malangnya, cerita ini tersepit dalam percubaan menjadikan filem hantu Malaysia sekreatif mungkin. Dengan adanya tipikal filem melayu (cinta, tok bomoh) dan juga kreativiti (hantu guna air untuk bergerak, konflik Fauzi, karakter tak dikenali dalam satu tempat), Hantu Air sudah bercampur campur.
Terumbang ambing mungkin perkataan yang sesuai. Hantu Air ada momen yang menghiburkan, terutama dalam aspek komedi. Dalam aspek penceritaan, mungkin sedikit membosankan dan juga kadangkala tidak diseimbangkan. Momen yang menarik dan hebat ada terselit di celah celah tipikalnya filem ini. Namun, secara keseluruhannya Hantu Air sederhana. Apa yang aku boleh jamin, hantunya bukan biasa biasa pada komedinya. Malah penceritaan seram gaya Murali ada keistimewaannya tersendiri.
3 /5
1 comment:
Review apa benda ni?..... Pergi buat benda lain la...
Post a Comment