Akan Datang!

Monday, May 23, 2011

Review: Nur Kasih The Movie


19 Juta penonton menyaksikan 26 episod seminggu sekali di kaca tv, 2 tahun lalu. Kini, siri yang diminati ramai akhirnya membentuk satu final conclusion dalam sebuah filem mega, Nur Kasih. Jujurnya, aku bukanlah penonton yang terlibat membentuk angka 19 juta tersebut. Jika ditanya apa yang berlaku dalam episod episod Nur Kasih pun, aku tak mampu untuk menceritakannya sebab aku bukan peminat drama bersiri. Walau bagaimana pun, Nur Kasih memang sebuah siri tv yang begitu ada jiwa, begitu mendidik dan pada masa yang sama juga member hiburan islami alternative dalam tema cinta manusia, dan juga cinta ketuhanan.

Semejak ditayangkan 19 Mei 2011 di pawagam, filem Nur Kasih nampaknya dipromosi secara mega besar. Aku merasakan buah tangan terbaru Kabir Bhatia ini memang bukan filem calang calang kerana ianya jika dilihat dari teaser dan juga trailer filem sudah mampu untuk menjelaskan aura kesinambungan kisah Nur Kasih. Berpeluang menonton tayangan filem Nur Kasih hari ke empat di Mid Valley Hall 12 jam 5.45 petang (semua tayangan awal dah full seat). Kesimpulannya, ini yang dapat aku berikan.

Sebuah filem Melayu yang begitu ada hollywoodisme namun pada masa yang sama ada rencah filem kita yang begitu indah dan tidak tipikal. Suntikan elemen keagamaan, itu satu formula untuk memantapkan filem romantika masa kini. Itu ayat pendek yang aku boleh huraikan untuk menyatakan bagaimana pandangan aku menggambarkan filem Nur Kasih ini. Di tangan Kabir Bhatia, aku lihat Nur Kasih bergerak seolah filem art yang begitu ada jiwa. Aku kagumi garapan pengarah India ini sejak dari Sepi dan Setem lagi. Filemnya amat mementingkan kesemua elemen yang membentuk sebuah filem yang perfect.


Kisah Nur Kasih bertitik tolak dari drama bersiri itu tersendiri. Bagi sesiapa yang tidak pernah menonton drama bersiri, jangan risau la sebab filem ini masih boleh berdiri sendiri sebagai sebuah filem dan bukannya sebuah konklusi kepada drama bersiri. Aku sendiri memilih untuk menonton filem ini sebagai sebuah filem tunggal tanpa terikat dengan apa apa kisah dalam drama bersiri. Secara jujurnya, ada beberapa perkara yang begitu menarik perhatian aku apabila menulis tentang filem ini.

Pertama, Nur Kasih ada Dato’ Rahim Razali dan juga beberapa karakter baru yang memainkan peranan penting dalam membentuk alur cerita. Satu refreshment dan update yang begitu banyak mewarnakan dunia Nur kasih The Movie.

Kedua, aku memang terpukau dengan cinematografi filem ini. Wajah Jordan nampaknya sungguh indah dan memukau. Malah, adegan di kubur dengan shoot kamera dari atas yang menampakkan paying hitam berlalu pergi dalam hujan, nampak begitu memberi emosi.


Ketiganya, peralihan babak ke babak adalah satu lagi permainan kreativiti Kabir Bhatia dan penyunting. Satu lagi seni yang melengkapkan Nur Kasih.


Keempat, kehadiran Norman Hakim, Afida Es dan Rahim Razali adalah satu elemen kejutan yang akhirnya mengikat mati filem ini sekaligus membuatkan ianya tidak boleh disambung lagi.



Kelima, elemen yang penting sangat sangat dalam filem ini memang pada sinematografinya. Aku lihat, tak ada satu pun kameranya static. Kesemuanya bergerak dan bermain main dengan sentuhan editing.

Keenam, sebagai sebuah filem garapan Mira Mustafa, semestinya filem ini tak lari dari aturan ayat ayat yang begitu indah. I LIKE IT!

Secara kasarnya, plot Nur Kasih bermula dengan kesedihan si Aidil (Fizz Fairuz) kerana kematian Alia (Ayu Raudhah). Adam (Remy Ishak) mendapat berita gembira kerana Nur sudah mengandung. Namun, malang sekali apabila Nur (Tiz Zaqyah) keguguran. Adam akhirnya membawa Nur bercuti di Jordan dan terlibat dalam kecelakaan namun terselamat. Cinta Adam akhirnya membuatkan Adam nekad pulang ke kawasan kemalangan untuk mencari cincin Nur yang tertanggal semasa kemalangan. Malangnya, Adam pula hilang tanpa dikesan kerana ribut yang melanda. Dalam diam, kesihatan Adam sebenarnya makin teruk akibat dari kejadian di Mumbai (dalam drama bersiri). Adakah Adam akan selamat? Dalam pada masa yang sama, ada berita gembira yang datang dalam kesedihan, kegentalan tiga watak utama kita.

Kita mula dari awal filem ini okeyh!. Permulaan filem ini , pada pandangan aku amatlah membuatkan aku tertanya tanya. Bila dah mula mula kita dah disongokkan dengan emosi kesedihan Aidil, aku rasa seperti ‘ah, sudah.. macam mana aku nak catch up nih, sah sah kena layan previous episode’. Al maklumlah, aku bukan penonton drama bersiri. Namun, akhirnya jawapan dihuraikan melalui flashback yang begitu kreatif. Jujurnya aku suka adegan layang layang merah yang bermain diantara dua garisan masa. Cantik sangat. Keseluruhannya, filem ini memang banyak bermain dengan teka teki. Susunan babak pun nampak agak mengelirukan, sengaja dilakukan mungkin.


Pertengahan Nur Kasih, kita akan dikejutkan dengan kehadiran Dato Rahim Razali yang muncul secara tiba tiba. Sekali gus, teta teki dan persoalannya, apa kaitan dia dengan kisah Nur Kasih? Ending Nur Kasih, pada pandangan aku begitu kuat untuk menggambarkan reality kehidupan, takdir dan ketentuan tuhan. Pada aku, endingnya yang sebegitu begitu memberikan satu impak yang amat besar terutamanya kepada peminat drama bersiri. Maklumlah, perubahan jarak masa di akhir filem menjangkau puluhan tahun yang mana menyaksikan beberapa karakter baru dibentuk untuk mematikan karya besar ini.

Tetapi, walaupun endingnya sebegitu (macam mana? G tengok sendiri), entahlah.. aku rasa macam transformasi Aidil itu menjadi. Namun, transformasi Adam dan Nur nampaknya macam kurang sikit lah! Tapi, masih ok la. Tambah tambah bila tetiba muncul Norman Hakim di akhir filem. Tetapi jangan risau la, Nur Kasih memang terbaik walaupun watak utama sudah menjalani satu transformasi dalam garis masa yang cukup panjang.

Hafiz Hamidun dengan garapan muziknya yang mantap memberikan kesan yang mendalam terhadap pergerakan filem ini. Muziknya memainkan emosi penting dalam filem ini. Tetapi, serius muziknya macam gaya filem Hollywood. Mantap!. Macam tak percaya. Ragu ragu pun ada. Skor muzik ni ori ker? Ehem…

Penggunaan CGI juga adalah satu lagi elemen penting yang membantu filem ini. Sesetengah babak yang dibantu CGI memberikan life kepada babak yang sekaligus menyempurnakan adegan tersebut. CGI train nampak begitu sederhana. Tetapi, adegan mimpi di pasar dengan adegan tembak menembak itu menarik. Begitu high class!! Namun tanpa penggunaan CGI, rasanya filem ini memang tak mantap. Aku menyukai adegan train yang melanggar lori tangki minyak. Walaupun ada beberapa saat aku kesan bahawa animasi train nampak sedikit janggal, dan tidak kemas, namun kira okla jika apa yang hendak disampaikan sampai dan jelas…

Adam dan Nur, memang epik cinta

Apapun, kesimpulannya Nur Kasih memang sebuah filem wajib tonton buat semua peminat filem tempatan. Filem Nur Kasih, jika anda ianya membosankan, u must watch it to see the real cinematic art of local filmmaking. bagi peminat drama bersiri, mesti tonton untuk satu konklusi yang memang dinantikan. Ianya memang sebuah karya yang begitu hebat dari garapan visual sehinggakan kepada penulisan skrip. Mantapnya Nur Kasih bukan kerana Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Remy Ishak saja. Ianya adalah persembahan yang bukan saja mantap untuk hiburan, tetapi sebagai sebuah renungan diri, sebuah epik cinta Islami Malaysia yang begitu memukau. U must see it to believe it!

4.8/5

18 comments:

Cik Ida said...

pembetulan..TV3 BUKAN TV2...

KhairulZamanKhobin said...

mummy chubby: sebenarnya ayatnya begini.. 'kaca tv dua tahun dulu'.. bukan tv3 ke atau tv2.. nak gtau yang drama bersirinya ditayangkan dua tahun dulu.. :-)

Cik Ida said...

hehehe..mata suda rabun daaa

mye said...

citer tu mmg best tp xke part yg mreka2 dah jd tua..
huhu

safurara said...

huaaaaa tak sabar nk g tgk ni.

Fieza Sani said...

tak suke langsung citer nih.. =.="

datin kelly ketak said...

wah. review yg meyakinkan. bunyi macam menarik. i trust u. thanks!

~Kenanga Suchi~ said...

nanges masa tgk aritu...hehe...ada persamaan sikit ngn kisah cik hati... :)

Unknown said...

hmm pnjgn nye review.. huhu x tgk lg.. huhu

Edrina Zulkafli said...

cerita nie sedih .




http://edrina-dafinites94.blogspot.com

HazHand said...

best x cite ni eh??

pyejal said...

tak mengikuti cerita ini. tapi macam fenomena la.tahniah kerana menulis.

http://pyejal.blogspot.com

ammboi said...

ammboi blm tgk lg citer ni...
xpe.. tgu versi dvd...hehe

Lieyda Sabri said...

nak tengok nk tgk!

kakngah said...

cuma hairan.. kenapa watak anak nur & adam dewasa tiada..

KhairulZamanKhobin said...

kak ngah: ada la.. last sekali rasanya ada..

intan izani said...

mmg cerita yg cukup hebat bg saya, sedih,emosi dan jalan cerita yg digarap indah dgn elemen ketuhanan.

kak ngah, ada last sekali, zain ruffedge jadi anak die.

Unknown said...

cerita nie best...

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...