Tuesday, May 17, 2011

Meneroka Sejarah Kuala Kubu

Wesak Day, aku dan rakan aku menyelongkar sejarah Kuala Kubu Bharu. Sudah seminggu aku menetap di Kuala Kubu Bharu. Sebenarnya, sejarah tempat ini menarik untuk diselongkar. Bukannya aku si pengkaji paranormal, tetapi rasanya ianya satu kemestian jika kita mahu blend in dengan masyarakat. Bukankah orang cakap, tak kenal maka tak cinta? Jadinya, sejauh mana kesinambungan kisah yang berlaku dalam tahun 1883 dan 1926 itu patutnya diperturun ke keturunan muda mudi seperti kami sekaligus membawa satu stigma baru dalam penterjemahan sejarah pekan Kuala Kubu.

Tak perlu aku bercerita tentang banjir besar yang melanda. Sebabnya kisah itu hanya lebih baik diceritakan dari mulut mulut pak cik mak cik yang lebih arif dan mengetahui. Seminggu di sini bukan lagi tahap jagung boleh rebus, jangungnya masih muda bha! Jagung? Hah? Gerrr….

Tadi petang, aku dan member aku, Rosdi… sempat kuar untuk meneroka isi KKB. Isi yang masih sukar dikoyak koyak menjadi cebisan yang senang dihadam. Apa lagi kalau tentang kisah sejarah Kuala Kubu. Pertama dalam rondaan kami, kami ke kawasan Alir Limpah yang menurut kata orang adalah sungai back-up yang digunakan untuk pelepasan air jika Empangan Kuala Kubu melebihi takat. Menurut orang, masih ada tinggalan empangan yang boleh dilihat. Namun, usaha kami gagal sebab malu bertanya, maka sesatlah jalan. Kah3!

Hujan turun mengiringi perjalanan. Semakin lama, semakin hujan melebatkan rintiknya. Macam tak nak bagi kami teruskan perjalanan jer. Tetapi, akhirnya hujan mengalah pada takdirnya, dia pergi melepaskan rintiknya di kawasan lain, membenarkan kami untuk meneruskan expedisi meronda petang Wesak. Next pitstop is Masjid Lama Al-hidayah.

1926, banjir besar yang menenggelamkan pekan Kuala Kubu

Masjid ini adalah masjid lama yang kini hanya menjadi surau dan digunakan untuk solat lima waktu kecuali solat Jumaat. Masjid kecil di tengah hutan yang terletak di Ampang Pecah ini ada sejarahnya tersendiri. Tanda 1926 di atas masjid ini menandakan ianya sudah tua dan sudah menyaksikan pelbagai perubahan kawasan ini.

Masjid Lama Al-hidayah Ampang Pecah, kini...

Kunjungan kami ke kawasan ini membuka cerita cerita baru. Pelbagai versi sejarah Kuala Kubu Lama sudah diperdengarkan dan melalui pembacaan internet, nyata bahawa kisah yang disampaikan dari mulut ke mulut ini sudah menjalani proses tokok tambah dan menjadikannya pelbagai versi. Namun, apa yang dapat kami ketahui dari perbincangan dengan seorang pakcik (sebab kami tengah tunggu Asar untuk solat jemaah di masjid lama ni), kami dapat tahu yang waris kepada orang yang mana melarang Cecil untuk tidak menembak buaya tersebut masih wujud. Dikatakan sumpahan telah terjadi dimana satu daripada keturunannya akan mendapat penyakit kulit putih (mungkin saintifiknya, albino nama penyakitnya). Stop kat situ, sebab aku dan si Rosdi ni pon tak berapa jelas lagi pasal sejarah ini. Dari mulut ke mulut, storynya berbeda beda. Entahlah, yang penting apa yang kami perasan dalam mana mana story tentang sejarah Kuala Kubu, buaya putih pasti menjadi karakter utama dalam kisah.

Menurut pembacaan di internet (sumbernya tak jelas sebab tak ingat link), ada yang menyatakan bahawa Cecil Ranking ini sebenarnya mahu mengusir penduduk kampung di sini. Maka, orang kampung Kuala Kubu akhirnya membina cerita tentang mitos buaya putih untuk menakutkan Inggeris. Maka, Cecil Ranking akhirnya nekad mengebom empangan dan banjirlah Kuala Kubu. Cecil Ranking meninggal. Mayat Cecil Ranking yang dijumpai di atas pokok memberikan satu bayangan dalamnya banjir yang terjadi.

Next pit stop kami seterusnya adalah makam Cecil Ranking. Namun, makam tersebut tidak dijumpai sebab malu bertanya sesatlah jalan. Menurut Rosdi, housemate yang juga menginterview beberapa guru, dikatakan adalah tugu di sekitar kawasan Masjid Daerah yang tersergam indah. Malangnya, pencarian kami menemukan sesuatu yang lain. Sedar atau tidak, ada seketul tugu kecil peringatan terhadap sesuatu yang telah dilakukan oleh Inggeris di sini.

tugu peringatan di hadapan masjid besar Kuala Kubu Bharu...

Align Center
Ada seketul tugu peringatan bertanda 1935 yang bertulis ‘Pokok Ini Ditanam Sempena Jubli Perak King George Ke Lima. Siapa King George The Fifth, korang Google lah sendiri. Usah mencari pokoknya kerana ianya sudah tiada lagi. Sekali lagilah kalau malu sesat jalan, kami pun pulang dengan persoalan kenapa pokok itu tidak ada lagi pada masa sekarang.

1935, congak cepat dah berapa tahun benda ni ada kat situ..

Hari ini sudah tamat, jadinya penggembaraan akan dijalankan lagi. Insyallah pada masa akan datang, jangan malu bertanya lagi na… nanti susah nak korek kisah. Haha.. a…

1 comment:

Hans said...

hahahhaha....
kenapa la malu bertanya
kalau tidak mesti jumpa tempat2 yang nak dicari tu