Akan Datang!

Monday, June 27, 2011

Cashout Pertama ChurpChurp!


Alhamdulillah, rezeki ChurpChurp pertama aku. Terkejut apabila pagi tadi aku tengok akaun aku masih tertulis RM60.30. Petang ni, 27hb Jun 2011, buka terus terkejut besar bila tengok amauntnya dah jadi RM126.90. Amin!

http://cikgumanstation.blogspot.com/2011/06/churp-churp-promotion-post.html

(18+) MV: I Just Had Sex - The Lonely Island feat. Akon


PEMBERITAHUAN:
ENTRY INI MENGANDUNGI UNSUR LUCAH, PEMBACA DINASIHATKAN MEMBACA ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI

Akon dengan lagu 'Aku Baru Sudah Buat Tuuuuttt!!!'. Gandingan The Lonely Island yang begitu menggelikan tetapi lama lama best dengar. Tapi baik jangan korang nyanyi part korus lagu ni kalau korang g pasar malam, dalam kelas ataupun tempat awam.



Kah3! Lucah giler.... patutla Akon tersenyum manjang.

Saturday, June 25, 2011

Review: Karak

Satu lagi filem twist yang memang satu titian penontonan yang cukup menggeramkan (bukan spelling mistake, it’s not menyeramkan, tetapi menggeramkan). Karak membentuk satu lagi seram cara Yusry yang berbeza dengan norma seram Malaysia. Berkesempatan menonton filem Karak dalam versi DVD yang rasanya layak dibeli untuk koleksi. Keseluruhannya, Karak pandai memancing, sepertimana gaya Syamsul Yusof memancing penonton ke dunia fantasi keinsafan seramnya dalam filem Khurafat. Namun, apa beza Khurafat dan Karak, adalah bagaimana permainan twist itu sendiri. Apa yang sama antara Khurafat dan Karak? Sudah tentu la dua dua tajuk bermula dengan huruf ‘K’!


Karak ada gaya Scary Movie, ada gaya filem slasher sekali sekala ada gaya seram Hollywood. Aku sedar bagaimana penulisan Karak sendiri dipengaruhi pengaruh luar. Hantu berbentuk monster, adegan kemban (semestinya aliran seks lapisan paling nipis ini perlu untuk ransangan bagi filem ala Hollywood), dialog yang disusun kemas membentuk unsur keindahan dalam seram semuanya ada. Persembahan Karak bertaraf antarabangsa tetapi masih ada perangkap yang masih membenarkan penonton untuk duduk selesa menonton Karak sebagai sebuah filem Malaysia, dalam citarasa yang berbeza.

tonton trailer dan baca sinopsis di sini:

Bercerita tentang sebuah dunia reality bukan satu perkara yang senang. Karak itu wujud, dan kebenaran tentang misterinya itu… hanya Tuhan saja yang tahu. Namun, aku rasa kebijaksanaan Norman Abdul Halim menggarap skrip Karak ini adalah pada permainan reality-fantasi yang cukup menghiburkan. Ya, Karak pada aku bukanlah menyeramkan (walaupun moment seram itu adalah elemen penting dalam filem ini), tetapi ianya adalah sebuah filem yang menghiburkan. Serius, momentum seram itu hanyalah sedikit, tetapi masih membuatkan kita terlekat untuk menghabiskan filem ini sampai ke penamat.


Membaca lagak gaya dialog filem ini, ternyata susun aturnya kadangkala (maaf!) nampak terlalu skema dan teratur. Ada masa masa yang nampak janggal dan nampak pembinaan dialognya kurang baik. Ada dialog dialog yang nampak skema dan mengundang tawa. Mungkinkah ini satu kesengajaan? Watak lakonan undangan Sofi Jikan contohnya, ew meluat!

Namun, rasanya ramai yang tak ambil kisah pasal hal ni sebab Karak menyalut satu kesempurnaan ala KRU Studio’s, apa lagi kalau CGInya. Karak mempunyai satu permulaan yang cukup baik. Gaya intro kredit, juga kisah urban legend yang selalu kita dengar dipersembahkan dalam satu lakonan yang nampak meyakinkan.

Ceritanya mudah. Namun penipuan bijak nampaknya sukar dijangkakan. Itu keistimewaan Karak. Apa lagi yang Karak berikan, apa lagi kalau mesej. Terkejut dengan permainan mesej yang nampak begitu asing, tetapi berjaya menundukkan akal aku bahawa apa yang disampaikan dalam filem ini sebetulnya benar. Iya, mesejnya memang satu benda yang luar biasa. Yusry bukan hendak menasihat tentang bahana membela saka, hantu, jin dan iblis tetapi dia hendak berbicara tentang kepentingan memahami ayat suci lebih dari sekadar hanya tahu membaca. Dibelek belek, mesej dan filem ini nampak jauh panggang dari api. Namun, penghidupan karakter Sara itu sendiri (seorang ustazah ‘murtad’) sudah membantu membina mesej yang makin jelas makin hampir dengan penamat.


Tapi, jujurnya aku tidak dapat mencari moment seram yang mampu mengejutkan dan luruhkan jantung aku ke tanah. Tidak ada. Pembinaan twist itu hanya cukup sekadar untuk menghiburkan aku, sebagaimana aku menonton filem thriller biasa, dan bukannya seram yang dicanang trailer filem ini. Moment seram dengan membangunkan kelibat iblis dalam satu susuk orang tua yang amat menggerikan cukup hanya membuatkan aku tersenyum, tanda aku puas hati dengan make-up dan efek yang diberikan kepada karakter jahat tersebut. Hendak takut, jauh sekali.

Tak menyangkakan bahawa Shahir begitu jambu dalam kisah ini. Pemfokusan kepada Sara adalah segala galanya. Jack dan Ida lebih meyakinkan namun Shahir, OMG… better work up lah! You are so jambu sorry! Kellafairy dan Sheila Aiyob menjadi. Keseluruhan momentum lakonan biasa biasa saja. Maklumlah, sekadar menghiburkan saja. Aku tak dapat menangkap mood seram filem ini kerana banyak ditenggelami ayat melucukan. Sidek Hussin, watak yang kononnya menjadi permulaan segala urban legand hanya biasa biasa saja.


Keseluruhannya, Karak memang satu lagi roller coster yang cukup meyakinkan. Sebagai sebuah syarikat yang cuba membuka oksigen buat pembikin filem yang lemas terperangkap dalam kotak yang tertutup, Karak umpama pensel yang digunakan untuk cucuk kotak dan berikan oksigen. Sekali lagi, pada pandangan aku, Karak memang menghiburkan kerana elemen seramnya satu benda yang aku anggap kreativiti. Mengharapkan keseraman, jauh sekali. Hmm.. Karak maybe can be consider as a thiller yang menakjubkan kerana memasukkan elemen komedi secara seimbang dan sama rata. Percubaan berani, tetapi menjadi! Sebuah lagi kebanggaan Yusry, KRU dan Malaysia...

4/5

Friday, June 24, 2011

Review: Sucker Punch


Kalau bercakap pasal filem Zack Snyder, mesti akan terbayang visual yang memang stylo gegiler. Sucker Punch tak lari daripada konsep yang sama. Dibawah tulisan Zack Snyder sendiri serta Steve Shibuya, Sucker Punch bukanlah suck! Tetapi ianya memang filem yang memang bercerita tentang asylum yang mungkin akan buatkan penonton juga menjadi orang gila. Sebuah filem yang memang gila dan cukup penat berfantasi selama dua jam. Buai buai dunia fantasi Baby Doll yang begitu gila membuatkan aku sendiri pecah kepala. Nasib baik aku diselamatkan dengan visual memukau dan momentum aksi yang begitu hebat!

Sucker Punch berdiri sebaris dengan filem gila lain seperti Inception (ya, aku klasifikasikan Inception sebagai idea gila, tetapi bijak dalam garapan). Filem yang memang jaraknya mungkin hanya mengambil masa beberapa minit saja di realiti dan jam jam filem tersebut (baki baki sisa tiket wayang) dihabiskan dengan menonton fantasi yang tak masuk akal tetapi diukir membentuk filem bercabang cabang. Bukan saja ianya memeningkan, tetapi sebenarnya memenatkan.

Penontonan Sucker Punch memang boleh difahami. Tetapi aku sendiri menghadapi kesukaran untuk menangkap bagaimana idea Zack Snyder untuk membayangkan tarian mengiurkan orang orang gila dalam asylum dalam satu persembahan aksi yang dunia fiksyennya begitu indah. Apapun, Sucker Punch memang gila. Filem ni memang memeningkan tetapi tetap menghiburkan dari satu sudut. Persembahan Zack Snyder yang luar biasa, tetapi aku lebih suka kebiasaan. Filem ini memang geeer!!! Menggeramkan! Apapun, tetap suka filem Zack Snyder!

Friday, June 17, 2011

Review: Penungu Istana

Aku sebenarnya bergembira dengan kerancakan industry perfileman Malaysia yang makin mengadunkan formula formula baru Barat dan juga Asia. Genre baru mula terbelah belah berpecah membentuk bunga bunga baru, sekaligus memberikan ‘oksigen’ baru kepada penonton. Aku suka cambahan idea ‘lost tape’ dan juga genre kamera amatur yang semakin digilai Hollywood. Penyerapannya dalam karya tempatan nampaknya sudah menjadi fenomena. Penunggu Istana adalah filem pertama yang memulakan genre ini dalam peniruan gaya filem Paranormal Activity (rasanya la..).


Kesimpulannya, filem ini menjadi. Kerjanya tidak teliti namun satu percubaan yang bagus. Pada pandangan aku, filem ini tidak berjaya untuk memberikan kisah seram yang begitu paranormal. Namun, sebagai permulaan, Penunggu Istana sebuah karya seni yang begitu nampak senang untuk dibikin, jika anda ada kekuatan mental dan cambahan idea yang mantap! Oh ya, juga berbekalkan handycam yang nampaknya makin murah murah murah dan murah!

kelibat krew filem yang sedang bersembunyi kelihatan:
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/06/penunggu-istana-2011.html

Penunggu Istana mencatat pelbagai kisah kontroversinya tersendiri. Bermula dari campur tangan pihak Istana Billah sendiri, Penunggu Istana cuba bangun dari genre yang pada aku masih nampak seperti Gred B. Malangnya, Penunggu Istana tidak memberi kepuasan maksima. Permainannya berhati hati sehinggakan filem ini cukup hanya sekadar memberikan sebuah diari, tidak lebih daripada itu.



Permulaan Penunggu Istana nampak santai dan tenang. Kemunculan Uncle Seekers sebagai permulaan sekaligus cuba untuk mewujudkan keyakinan bahawa ‘filem’ ini sebenarnya bukan ‘filem’ berjaya menarik penonton ke dalam dunia tersebut. Namun, rasanya ramai penonton sedar bahawa karakter Uncle Seekers itu sendiri nampak seperti satu lakonan dan tidak natural. Namun, abaikan kerana Uncle Seekers bukan faktor utama yang menjanjikan keseraman.

Jadi keseramannya dimana? Penunggu Istana cuba bermain dengan kamera yang statik. Satu cobaan idea asal yang patut dikreditkan kepada Paranormal Activity sebenarnya kerana telah berjaya mencipta fenomena ini. Namun, sedar atau tak, sudah ada filem Malaysia yang memulakan filem sebegini. Tak silap aku, filem tersebut adalah lakonan Adlin Aman Ramli, sebuah filem Chinese hasil karya anak muda tempatan yang menggunakan video fotage CCTV beberapa tahun dahulu. Tak ingat title lah!

Keseramannya dimana? Sekali lagi aku bertanya. Aku mencari seram filem ini, dan bukannya jeritan yang begitu histeria tetapi tidak langsung menghisteriakan aku. Namun, bukan aku katakan bahawa filem ini tidak berjaya memberi impak seram. Cuma bagi yang belum menonton, filem ini juga ada moment seram yang berjaya menyeramkan penonton yang mana aku sendiri tak terfikir adegan tersebut boleh terlaksana dengan jayanya.


Babak kelibat penunggu istana yang muncul seketika di depan Sara nampak menyeramkan. Serius, itu satu satunya babak yang berjaya menyentap hati aku. Sesekali aku repeat babak tersebut dan ianya memang menyeramkan. Babak tuala wanita Fira yang terbakar nampak jelas menggunakan cut and combine malah adegan asap yang muncul selepas dedaun pintu tertutup sendiri juga nampak jelas menggunakan teknik yang sama. Penipuan sebenarnya terbongkar, tetapi memang filem ini tetap menghiburkan.

Lakonan yang kadangkala overacting sebenarnya membuktikan filem ini memang sebuah filem. Namun, aturan babak yang menarik memberikan satu kelancaran plot. Aku suka idea ini. Namun, permainan pertukaran babak ke babak yang menggunakan fade in dan fade out nampak menghancurkan mood aku. Aku lebih menyukai kejutan melalui pertukaran babak ke babak yang lebih pantas.

Keseluruhannya, aku lebih menyukai fenomena Seru. Penunggu Istana sebenarnya satu percubaan yang baik. Cuba untuk menghidupkan satu ‘fakta’ yang kononnya ‘hantu di Istana Billah itu wujud’ mungkin tidak berjaya, namun sebagai sebuah ‘Paranormal Activity’ pertama Malaysia, mungkin pembikin filem lain boleh ambil iktibar dan mencari idea baru untuk filem nafas sebegini.

2/5

Wednesday, June 15, 2011

Sneak Peek: Apokalips X


Terbitan : TAYANGAN UNGGUL SDN BHD & NAGA VXS SDN BHD
Arahan : Mamat Khalid
Akan datang 2012
Pelakon : Farid Kamil, Jehan Miskin, Peter Davis, Zoee Tan, Vassan, Adam AF, Iqram Dinzly, Pekin Ibrahim, Miera Leyana, Dazzrin Kamarudin, Nur Hazwani, XY Zakaria, Zappa Khalid, Amen Khalid, Azwan Kaswi, Dayana Anak Wayang & Pyan Habib



Pada aku, filem ini sebuah peniruan filem filem pasca apokalips barat. Namun, mungkin di tangan Mamat Khalid, filem ini mungkin ada identiti Malaysia.

Saturday, June 11, 2011

Makbul: Sebuah Cerita Tentang Doa Karya Hebat RTM


RTM rupanya masih ada nadi nadi baru untuk menggerakkan drama menarik stesen kerajaan itu. Ternyata dengan lambakan drama bersiri yang bertumpukan kepad cinta disulam agama, RTM cuba lari daripada kisah yang sama. Dua minggu aku bercuti ni, sempat menonton drama bersiri di RTM2, bertajuk MAKBUL: SEBUAH CERITA TENTANG DOA. Pada aku, kisah ni mmg terbaik dan berjaya menandingi kisah agama yang lain. Jom aku listkan point2 menarik yang membuatkan korang wajib tonton drama ni:




promo teaser drama bersiri Makbul



1) Sinopsis cerita ni, seperti yang korang semua baca dalam poster mengisahkan tentang watak realiti dunia ini. Kisah bagaimana kejayaan itu sebenarnya takkan datang kalau kita hanya usaha tetapi tidak berserah kepadanya. Sebuah karya untuk kita berhibur dan berfikir, adakah hidup kita sebenarnya lengkap tanpa doa...


2) Garapan drama ini nampak santai. Aku suka dengan dialog dialog yang teratur dan nampak bermesej. Bahkan aku rasa, keseluruhan babak babak dalam filem ini dibina dengan penuh teliti menjadikan aku ada feel menontonnya. Skrip Zabidi Mohamed mantap!

3) Apa yang penting, filem ini membariskan pelakon pelakon yang tidak asing lagi dalam drama drama RTM. Mubarak Majid, Kartina Aziz dan lain lain serta pelakon utamanya Jalaluddin Hassan ternyata memberikan sebuah persembahan yang berkesan sekaligus menghidupkan realiti drama bersiri ini.


4) Temanya cukup mudah. Namun, bagaimana pembentukan pemikiran watak watak dalam drama ini, itu yang menjadikan Makbul satu drama bersiri yang membuatkan kita berfikir dan dalam masa yang sama berhibur.

5) Makbul juga ada lagu tema yang cukup sedap. Nyanyian Boy b4 yang bertajuk Ku Berserah Padamu amat sedap didengar. Lagu ilham Rosli Selasih dan lirik oleh Danish Muhammad Iman ini begitu umph! dan penuh pengajaran. (lirik di sini k)


Boy B4 - Ku Bermohon Padamu

6) Kalau nak bandingkan drama ini dengan Nur Kasih, aku rasa idea Makbul lebih simple dan tak berleret leret dan terus tuju kepada segenap lapisan umat Islam. Makbul mempunyai tema cinta yang lebih berat dari cinta manusia iaitu tema cinta kepada tuhan. Apa yang menghalang cinta itu bukanlah manusia, tetapi kepercayaan terhadap makbulnya doa dalam masyarakat masa kini. Makbul juga bukan kisah cinta bersulam agama, tetapi ianya adalah kisah cinta agama.


7) Aku suka jalinan plot filem ini. Tak pernah aku tengok bagaimana sebuah kisah tentang doa dijadikan drama bersiri yang cukup panjang. Tahniah kepada penulis skrip, pembekal idea dan jugak krew2. Oh, ya.. RTM juga, sebuah kisah yang fresh dari stesen ini.

8) Makbul tidak dihasilkan dalam format widescreen (ala, yang ada garis hitam kat atas dan bawah tu). Jadi, di zaman kini yang menganggap format itu nampak tidak relevan lagi sebab orang banyak pakai tv skrin lebar, aku tak menyangkakan Makbul boleh survive dengan format sebegini.


9) Apa yang buat aku rasa best dan hebat sangat, drama bersiri ni ada blog. Layari http://www.makbul-theseries.blogspot.com/

10) Dan perkara yang buat aku nak nonton drama bersiri ni dibuat di utara semenanjung. Aku, kalau drama bersiri ada elemen2 utara ni memang suka tengok. Teringat kampung halaman.


trailer 5 minit drama bersiri Makbul

Insyallah nanti akan terus menonton drama ini. Apapun, harap RTM kekalkan momentum sebegini untuk drama drama akan datang. Makbul kini disiarkan di TV2, Khamis jam 9.oo malam.

poster dan gambar: hak milik http://www.makbul-theseries.blogspot.com/

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...