Pengarah | Trish Sie
Pelakon | Ryan Guzman, Briana Evigan, Adam G. Sevani, Izabella Miko
Step Up punya ceritanya ni sebenarnya pada aku sudah mula pudar. Secara peribadi aku sebenarnya dah mula rasa kurang seronok dengan filem Step Up semejak siri ini masuk ke filem yang ketiga. Jiwanya yang seperti sudah mula dipenuhi dengan tarian yang agak tipikal dan mungkin hanya dijiwai oleh orang yang pandai menari dan betul betul suka filem filem berbentuk tarian.
Menonton Step Up: All In ini ialah seperti sebuah renunion. Dari filem pertama sehinggalah yang terakhir, filem All In ini menggabungkan barisan pelakon filem Step Up kecuali pelakon besar, Channing Tatum. Menonton Step Up All in ialah seperti meraikan tarian tarian filem ni yang dikenali sebagai pemula kepada filem tarian yang betul betul hebat.
Seperti yang kita tahu, filem Step Up ini menggabungkan penari penari berbakat yang setiap satunya ada tarian unik yang tersendiri. Itu memang kekuatan besar Step Up. Filem ni bukan je ada tarian yang unik, tetapi karakternya yang unik! Namun, apabila semakin lama keghairahan untuk menari itu lebih dari segala galanya, disitulah Step Up mula merudum.
Filem ni punya plot yang sangat sangat tipikal, biasa, lesu dan juga tidak menarik. Meraikan tarian mungkin motif utama, tetapi plotnya yang agak ringan dan ala ala Disney, filem ni tidak mampu untuk menjadi hebat. Konflik cinta, persahabatan dan juga komplot sangat sangat tidak boleh diterima akal untuk sebuah filem yang agak cantik dengan tariannya.
Filem dengan berbekalkan tarian pada aku tidak mampu untuk berdiri. Perlu menari dan bercerita dengan sempurna, barulah semuanya kuat. Step UP: All In kurang itu. Hanya selalu memaparkan tarian yang superpower tetapi ceritanya hanyalah dibina sekadar untuk mencantumkan tarian tarian yang ada. Dan itulah ketidak sempurnaan filem ni.
Kisah geng tarian yang masuk rancangan realiti tv sangat sangat selalu kita tonton. Oleh itu, memang ianya boleh dijangka pengakhriannya. Takkanlah filem ni tak ada cerita yang lebih power dan gempak dari ini untuk dipaparkan. Come on lah! Ini yang kelima kot.
Tulisan John Swetham nampak hambar dan tidak bisa untuk naikkan mood drama. Arahan pengarah Trish Sie, yang juga seorang koreografer tidak menghidupkan suasana. Arahannya nampak simple dan sangat sangat amatur untuk sebuah filem yang besar sebegini. Hanya tarian yang sempurna dalam arahannya. Dramanya out! Sucks!
Sebagai orang yang menonton dengan mengharapkan muzik muzik yang best dan gempak, filem ni tidak mampu memuaskan aku. Muziknya hanyalah berbekalkan remix yang pada aku tidaklah sesuai dengan telinga aku. Tak tahulah orang lain macam mana.
Dengan kekuatan filem ni yang hanya mengulang apa yang ada pada filem sebelumnya, Step Up All In hambar. Ceritanya sangat biasa, lesu dan boleh dijangka. Namun, tariannya sudah pasti antara benda cantik yang ada dalam filem ni. Berdirinya sebagai sebuah filem, aku rasakan filem ni hanyalah sebuah filem yang hidup berbekalkan tarian, tetapi mati kerana dramanya yang tidak menyerlah.
3/5
No comments:
Post a Comment