Pengarah | James DeMonaco
Pelakon | Frank Grillo, Zach Glifford, Kiele Sanchez
Pada filem yang pertama dulu, aku letakkan harapan supaya filem ni bercerita dengan lebih luas dan juga tidak tertumpu pada satu keluarga saja. Filem ni bukan saja pada aku ada unsur twist yang boleh menggila suka hati, tapi ianya menjadi satu kritikan sinis kepada negara pengeluarnya juga. Iyalah, mana tidaknya, orang baik pun boleh jadi jahat dalam satu malam dan kemudiannya baik semula esoknya. Semuanya akibat purging!
Dalam Anarchy, filem kali ni yang dibintangi pelakon yang lebih banyak dari yang pertama ini bermula dengan penunaian hajat aku. Yup, seperti yang aku mahukan filem ni dipaparkan dengan perluasan karakter karakternya dan sesi purging yang lebih besar dari filem yang terdahulu. Di dalam filem ni, korang akan menyaksikan tiga kumpulan yang cuba untuk survive malam purging dengan matlamat masing masing.
Filem ni bermula seperti filem yang pertama. Namun, dengan tiga kisah yang dipaparkan, kisah ni dimampatkan dengan kisah kisahnya yang kompak. Namun, semakin kita bergerak ke tengah filem, filem ni mula mencantumkan kesemua karakternya dan menjadi satu group yang cuba survive the night. Di sini, apa aku lihat ialah bagaimana filem ni mula merudum dari segi ceritanya, dan juga penceritaannya.
The Purge Anarchy mula mempunyai plot yang tidak berapa mencengkam apabila apa yang ada hanyalah cerita mereka berjalan kaki dan twist twist purging yang sudah boleh dijangka. Motif Leo mungkin satu misteri yang disimpan tetapi, semakin lama ianya menghampiri hujung cerita, misteri itu sudah mula layu.
Mungkin aku rasakan yang plotnya tidak berapa nak best kerana paparan purging yang masih lagi aku rasa kurang memuaskan secara peribadi. Tetapi, aku akui kalau nak bandingkan dengan The Purge yang pertama, filem kali ni lebih gila pada keganasannya dan juga isu yang ingin dipaparkan. Paparan geng yang anti purge yang cuba untuk menjatuhkan orang disebalik the Purge, filem ni mula menjadi filem yang isinya lebih kuat berkata kata.
The Purge kali ni menekankan tentang persoalan buruk baik purging dan kesan daripada purging itu sendiri. Tidak hanya memaparkan kegembiraan purging, The Purge Anarchy memaparkan satu persoalan tentang keganasan yang dibenarkan atas alasan untuk membawa kebaikan. Walaupun The Purge bukanlah sebuah kisah yang benar, ianya memang satu kritikan yang sempurna.
Mungkin secara peribadi, aku kurang suka kalau filem yang ala ala adventure yang bergerak macam ni dan jalan cerita yang hanyalah ditentukan oleh kejadian malam. Tetapi, aku rasakan plotnya mungkin lebih baik dari yang pertama. Cuma, apa yang diberikan tidak memuaskan aku secara keseluruhannya. The Purge Anarchy pada aku ganas, tetapi plotnya hanya satu kebiasaan.
3/5
No comments:
Post a Comment