Akan Datang!

Sunday, June 22, 2014

Esklusif: Perlukah Babak Bogel Dalam Filem 'The Raid 2'?

Kehadiran The Raid 2 dalam bentuk DVD/ Bluray dan juga download percuma secara haram yang berleluasa mengembalikan kembali semangat filem ni yang terhalang dek pengharamannya di Malaysia suatu masa dahulu. Menonton filem ni, aku rasakan pengharamannya wajar disebabkan keganasannya yang melampau dan juga keberaniannya untuk aksi yang sangat dewasa. Nampaknya filem Indonesia sudah berhubung dengan dunia. Dan kita masih di sini.

Cuma dalam kebanggaan rakyat Indonesia menerima filem yang sangat internasional ini di mata dunia, aku sebenarnya kurang selesa kerana penampilan filem ni sangat internasional hingga menghilangkan asal usul filem Nusantara yang seharusnya licin dari sebarang kelucahan melampau. Dalam filem The Raid 2, babak bogel kelihatan pada satu saat. Seorang perempuan bogel yang keluar dari sebuah kawasan rakaman filem lucah dengan mengenakan sex toy dan mendedahkan dada antara sajian filem ni yang aku rasakan agak keterlaluan

sebuah scene bogel dari The Raid 2 yang agak keterlaluan (klik utk gambar tanpa sensor)


Justeru, aku merasakan jika ini yang ada pada identiti filem Indonesia untuk dibawa kepada dunia, aku rasakan filem ini sudah jauh melebihi batasan yang seharusnya ada. Aku kagum dengan kualiti aksinya. Aku kagum dengan garapan ganasnya, yang aku terima sebagai satu identiti Asia yang sangat berani. Namun, bogel yang secara langsung, tidak akan dapat aku terima dalam sebuah filem Asia (kecuali Jepun dan Korea kerana kebiasaan mereka sudah lama) terutama sekali filem Indonesia.

Malaysia, jangan jadi macam ni jika mahu keluar dari kepompong. Macam kata Tun Dr. Mahathir, Malaysia akan dibentuk dengan acuan kita tersendiri. Jadi, cara kita tidak semestinya seperti mereka. 

Apapun, jangan lupa baca review filem ini di bawah:

Sekian! Komen anda? 

4 comments:

RozectLyantie said...

Wanita dan nafsu selalu menjadi agen taruhan dan tarikan. Aptb

YatieOwner said...

Raid 1 pergh ganas! Nak tengok pun memang ngeri!

mila said...

sy bru je tgk sabtu lps..hehe.. mmg gns pn.adoi..ngeri..

Anonymous said...

kebanyakan kami dari indonesia jg sedikit kecewa adanya adegan bugil

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...