Akan Datang!

Monday, February 24, 2014

Review: Mukasurat Cinta

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Pierre Andre
Pelakon | Mikael Andre, Atikah Suhaimi, Nina Iskandar

Bila kita expect yang naskah tu ialah dari Pierre Andre, aku pasti romantik ialah sesuatu yang dia sangat master.Dan semenjak dua menjak ni, bila Highland Tower berbuah masak ranum sedap dimakan, dia juga cuba memahami kehendak dakwah dengan Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang. Kini, dia kembali balik ke treknya semula. Bercerita dalam gaya baru, dan lebih segar Mukasurat Cinta mungkin aku boleh ibaratkan cantik luar, buruk dalam. 

Maksudnya begini, aku nampak filem ni cantik. Pada aku visualnya mungkin menyegarkan walaupun aku rasa macam konsistensi visualnya macam berterabur. Sekejap mahu jadi indie dan sekejap mahu jadi drama. Tapi tak apalah, aku mungkin tak pandai bab bab ni, tapi bila aku tonton, semangat visualnya sekejap naik sekejap turun. Macam main tarik tali. Dan mungkin untuk percubaan sebegini, rujukan yang paling aku suka ialah Cerita Kita. 

Dalam kecantikan visual yang aku masih rasa terumbang ambing, aku juga mengharapkan ceritanya sebagus visualnya. Aku nampak permulaan yang agak indie seperti mana yang dikehendaki, namun ianya agak kaku, keras dan terlalu suram. Sehinggakan kelesuan bermula seawall minit pertama tanpa ada sesuatu yang menggerakkan manusia untuk buka mata luas luas lagi. 

Benar, apa yang akan korang jumpa selepas itu hanyalah situasi yang mempunyai dramanya yang sangat memerlukan kekuatan otot mata dan juga telinga untuk menonton. Pierre memfokuskan kisah pencarian Putra yang mencari penulis kata kata di novel itu sehinggakan ke dalam. Malangnya, misi itu dilihat seperti sebuah idea cerita yang sia sia dan tidak bersemangat. Dan disitulah kelemahan paling ketara. 

Semangat Putra, lakonan Pierre Andre lebih teruk dari misi mencari ustaz dalam Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang. Putra nampak lesu, kacau dan serabut dalam mencari sesuatu yang kecil itu sekaligus mengacau serabutkan aku jugak sebagai penonton. Aku sendiri kurang pasti adakah pasti Putra harus buat misi itu dan kemudiannya tertemu ‘hidayah’ sebenar dalam perjalanan yang sangat tidak ada hala tuju dan hanya berpaksikan kebetulan semata tu. 

Namun, aku akui Mikael Andre mungkin antara fokus yang paling menyerlah. Walaupun ceritanya tidaklah hebat mana, aku rasakan lakonan mamat ni antara yang tertonjol. Antara watak yang tepat dan jiwa yang sebenar bagi dirinya. Itu aku pasti. 

Tapi, kalau korang nak tonton, aku rasakan jiwa yang betul betul penuh dengan cinta dan jiwang boleh tonton. Filem ni penuh dengan pemikiran tentang hidup, cinta dan semangat yang sangatlah tidak dapat difahami dengan jelas walaupun ceritanya nampak mudah. Pierre mungkin berjaya dalam filem filemnya yang dulu. Namun, Mukasurat Cinta adalah serpihan buruk pengarah ini yang menunjukkan kelemahannya dalam bercerita tentang cinta. 

Macam aku kata tadi, filem ni cantik luar, lesu dalam, dan tidak menjanjikan apa apa yang betul besar. Er.. beginilah aku gambarkan feeling filem ni. Korang pernah tengok filem pendek dalam filem Mr Bean Holiday yang diarah, dilakon, ditulis oleh karakter Willem Dafoe tu? Hah, itulah perasaan korang menonton filem ni. Kalau korang fahamlah. 

2/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...