Akan Datang!

Monday, February 24, 2014

Review: Jangan Pandang Belakang, Boleh?

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Ismal 'Bob' Hashim
Pelakon | Zalif Sidek, Adiba Yunus, Shima Anuar

Jangan Pandang Belakang, Boleh? ialah sebuah lagi karya yang sangat biasa dalam peringkat MIG yang sedang berani mencuba pelbagai benda baru. Filem ni nampak seperti satu usaha syarikat ni untuk back to the past melihat kembali kepada kegemilangan filem seram pada zaman awal mereka muncul. Dan filem ni, walaupun meminjam nama tajuk filem box office suatu ketika dulu, auranya sangat berbeza. Ada sesuatu yang mengingatkan aku saat menonton filem ni, MIG masih lagi masih mahu bersenang lenang buat duit. 

Buktinya, filem ni tak ada apa. Ianya seperti melihat sebuah kotak kosong yang kita sangkakan berisi. Hanya ada setitis dua gula dan apa saja yang berbaki, ditambah beberapa ekor semut sedang merangkak ke sana sini takut melihat manusia yang memandang. Erti kata lain, filem ni such a waste. Sebuah filem yang tidak meriah, tidak seram, tidak lawak, dan tidak ada apa apa dari hanya sekadar sampah busuk! 

Pemilihan pelakon yang tangkap muat dan tidak sedikit pun memberikan isi, jiwa dan rasa untuk filem komedi seram. Gagal! Zalif Sidek mungkin ada sisi komedi yang menjadi. Begitu juga dengan Epy Kodiang yang terkenal dengan lawaknya yang tidaklah lawak mana dalam filem lain. Dua mamat ini bergabung, dalam filem ni kononnya mahu tunjukkan yang mereka boleh berlakon watak serius. 

Dan in the end, Epy Kodiang menjadi sebuah karakter yang sangat kayu, menjengkelkan dan bullshit. Wataknya tidak ada rasa, nampak berpura pura dan sekadar memehuni tuntutan skrip yang mana ditulis hanya sekadar memenuhi tuntutan membuat duit. Zalif Sidek pula hanya sekadar berada di sebuah trek yang diukir untuknya. Dia ikut segala liku dan tidak menyerlahkan kekuatan dirinya. Adegan rasuk hantu pelakon ini nampak bapuk sangat! 

Apapun, kalau korang tidak menyangkakan keterukan kepada pelakonnya, lihat pada plotnya. Mungkin premis dan jiwanya meminjam komedi filem Jangan Pandang yang dulu dulu tu! Tapi, apa yang korang akan nampak ialah sebuah siri menakut nakutkan penonton yang dihiaskan komedi yang hanya kanak kanak mampu ketawa. Berjenaka dengan hantu mungkin boleh jadi hebat kalau kena cara. Tapi, filem ni menjengkelkanlah jenaka tu! 

Lain dari tu, plotnya juga seperti sebuah kotak yang berisi kad kad yang disusun. Ceritanya nampak tidak terurus dengan baik. Ada adegan yang nampak sengaja dibina tanpa ada unsur sebab musabab yang sah dan hanya memenuhi tuntutan ruang masa filem. Adegan adegan sebegini membentuk ruang bosan dan menjadikan sebuah cerita yang pendek dan ringkas dipanjang panjangkan tanpa ada arah dan tujuan yang wajar. 

Mungkin dalam siri Jangan Pandang Belakang, filem ni adalah filem yang paling teruk dan busuk aku pernah tonton. Lakonan dari pelakon yang menunjukkan tebalnya plastik di muka, ditambah pula dengan plot yang sengaja memenuhi tuntutan masa filem menyebabkan Jangan Pandang Belakang, Boleh? adalah sebuah filem ‘boleh, blah!’. Disarankan untuk penonton yang mahu membuang masa sambil menunggu masa tidur. 

2/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...