Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Yusry Abd Halim
Pelakon | Dominic Purcell, Natassia Malthe, Conan Stevens (klik untuk senarai penuh pelakon)
Bila selesai menonton Vikingdom, aku sebenarnya serba salah sama ada mahu mengangkat Vikingdom dengan keterujaan mahupun menyatakan sebaliknya. Filem upgrade Hikayat Merong Mahawangsa ini ada sisi bagus dan ada tidak. Itu bukan yang aku harapkan. Vikingdom yang cuba buat pertama kalinya menggunakan dialog inggeris dan asing tetapi menggunakan pengarah melayu untuk membawa filem ni memberikan kejutannya tersendiri. Pertama sekali, tahniah untuk cubaan baru ini KRU Studios!
Pada aku, Vikingdom tidak sampai ke tahan internasional. Ya, cerita Thor, dan berbagai nama yang seakan akan menonton sebuah lagenda Hobbit dan LOTR hanya sekadar di sebutan. The whole story tidak menunjukkan yang ianya standing filem Asia seperti China, Thai mahupun Jepun. Pinjaman hikayat Viking yang dikatakan ‘loosely base’ ini tidak sampai ke tahap ‘roh Viking’ yang mampu menterujakan penonton luar.
Maaf aku cakap, menonton Vikingdom seumpama menonton filem Melayu KRU Studios yang biasa. Cuma bezanya, dialognya berbahasa Inggeris dan CGInya lebih dicabar ke tahap baru. Justeru, tak ada yang baik dari lakonan Dominic Purcell itu sendiri sebab dia hanya cuba menjadi ‘Melayu’ dalam dialognya yang tidak ada jatidiri, semangat dan kejujuran. Aku hanya nampak Dominic Purcell (watak lain pun hampir sama) seperti hanya membaca, menyebut dan melakukan. Emosinya entah di mana.
Cubaan Yusry bagus. Dia nampak tidak syok sendiri dalam menulis cerita. Lantas James Coyne diangkat untuk menulis cerita. Itu bagus. Sekurang kurangnya, apabila orang putih sendiri menulis, aku harapkan ianya ada aura internasional. Malangnya, apabila Yusry menterjemah ke layar, ianya tak ubah macam tengok hikayat hang tuah cakap Inggeris. Kesimpulannya, pengarahan Yusry hampir gagal untuk Vikingdom. Aku mengangkat Hikayat Merong Mahawangsa lagi dari filem ni.
Lihat saja adegan di Hell masa Eirick jumpa ayahnya, too much talking bla bla bla sehingga apa yang nak disampaikan tiada. Ada dialog yang tidak layak langsung menjadi dialog filem Inggeris yang sangat simple macam baca buku teks sastera sekolah. Itu kelemahan ketara. Rasanya, orang luar akan gelak besar dengan dialog yang terlalu skema itu.
Walaupun ceritanya agak meleret, too much babak atas kapal Viking yang berbual bual sambil minum kopi (yang banyak dilihat dalam filem Melayu), Yusry tidak lupa memasukkan unsur seksinya dengan menggunakan watak Brynna lakonan Natassia Malthe. Adegan Eirick dan Brynna (yang aku rasa beberapa syot telah melalui potongan LPF) masih dibenarkan tayangannya. Adegan gadis gadis emas masa Eirick nak ambil horn kat Hell tu bagus. Beautiful n sexy. Tapi, adegan Brynna usap minyak haiwan kat badan Eirick, err… itu geli geleman.
CGI antara benda yang aku puji. Watak Alcuin the witch ada visi. Aku sangat suka dengan idea tumbuhan renek kat belakang badannya. CGI diuji dengan habis tinggi dalam beberapa babak besar contohnya adegan castle yang mana mencantumkan set Kellie Castle dengan CGI. Gabungan CGI dan real image nampak mengagumkan. Itu wow! Itu baru Hollywood. Tahniah untuk geng CGi! Walaupun ada masa CGInya masih lemah, percubaan ini satu kebanggaan dalam industry filem Malaysia.
Aksi pertarungan menakjubkan. Itu adalah satu perkara yang aku rasa bagus dalam filem ni. Ada aksi aksi yang gruesome, percikan darah yang pekat, serta aksi slow motion yang menakjubkan. Malang sekali ceritanya gagal membawakan aksi ini sebagai pengikat yang ketat kepada keseluruhan cerita.
Aku menyukai Yang. Lakonan Jon Foo ini walaupun gagal dalam dialognya yang cuba menyampaikan komedi, dia masih mampu berselindung dengan aksi martial artnya yang awesome. Lakonannya kaku, tapi aksinya menyerlah. Dominuc Purcell, Natassia Malthe, Conan Stevens, Craig Fairbrass seperti terperangkap dalam dialog kemelayuan. Mereka tidak dapat beri full throttle sehinggakan aku sendiri rasakan tiada emosi yang hadir. Gagal!
Dengan kredit title yang tak ubah macam kredit title Hikayat Merong Mahawangsa, aku rasakan KRU Studios perlu lebih serius dalam memberikan factor x cerita. Banyak adegan yang copycat filem itu dilihat penampakannya dalam filem ni. Contohnya, adegan ceramah perdana Eirick yang menjengkelkan mengingatkan kepada ceramah Merong dalam filem sebelum ni. Kelakar. I think kelakar tak patut wujud saat adegan ceramah Eirick tu kan?
Kostum nampak terlalu menggila. Rekaannya aku rasakan ok,tetapi malang sungguh apabila pakaian / kostum terlalu banyak menampakkan kesan jahitan mesin jahit yang kemas yang aku tahu tidak lagi dicipta pada zaman itu. Pakain raja masa Eirick nak recruit askar, corak belahannya nampak terlalu terperinci. Tak ubah macam pakaian moden. Jubah Brynna juga nampak terlalu moden teksturnya. Itu satu perkara yang perlu dititikberatkan.
Begini, pada aku aku rasa Vikingdom bukan sesuatu yang layak mahu dibandingkan dengan LOTR mahupun apa saja epic Hollywood. Jadi, apa yang dilihat adalah suatu buka pintu yang pertamakalinya melihat apa akan jadi apabila orang Malaysia arah filem luar. Hasilnya, kurang menjadi. Namun, cubaan ini harus dipuji. Di masa akan datang, aku rasa lebih baik KRU Studios ambil lagenda kita sebagai adaptasinya. Cerita lagenda kita pun boleh taruk CGI banyak banyak kan?
Vikingdom sebagai filem internasional, gagal! Vikingdom sebagai filem Malaysia, itu sempurna!Dalam industry kita, ianya menandakan aras baru filem Melaysia. Kita sudah mampu lihat bagaimana orang kita mahu bangga menterjemah epik luar. Kita juga mampu lihat bagaimana kebolehan pakar CGI kita dalam mewarna filem. Vikingdom, macam aku kata tadi, terperangkap dalam gaya Melayu pengarahnya. Percampuran budaya ini bukan perkara yang baik. Ini bikin malu sama orang luar!
Aku hanya cadangkan lepas ni, buatlah filem epic lagenda kita saja kerana kita sendiri mengerti lagenda kita. Sudah tiba masanya watak lagenda Melayu untuk bangun dari kubur dan disajikan kepada dunia dengan kualiti CGI dan visual yang disajikan Vikingdom. Tidak salah mengambil myth luar, cuma ianya perlukan kualiti kajian, kostum, penceritaan yang lebih internasional jika kita mahu berada sebaris dengan Hollywood.
Vikingdom sudah disamakan dengan Innocent of Muslim kerana menghina Viking dan sejarahnya. Sudah aku kata, kajian seharusnya lebih dalam.. baca sini: KRU Studios shoots itself in the foot.
Vikingdom sudah disamakan dengan Innocent of Muslim kerana menghina Viking dan sejarahnya. Sudah aku kata, kajian seharusnya lebih dalam.. baca sini: KRU Studios shoots itself in the foot.
3/5
27 comments:
saya rasa dalam kita mengkritik sesuatu filem tu xperlulah terlalu merendahkan kemampuan pengarah.....at least orang kita dah berjaya menghasilkan filem yg boleh dikira membanggakan negara.....dlm Malaysai sendiri blm prnh ada pengarah yg berani mengambil risiko seperti ini.....KRU studio telah membuat sejarah wlupn pertama kali...Tahniah Yusry.
Tapi memang dah tak bagus. Kau nak angkat pengarah kau buat ulasan sendirik la. Ini bloh dia sukahati dia lah
kira oklah. ada keinginan untuk mencuba. bukan semua orang berjaya pada langkah pertama. langkah pertama sumbang, sudah pasti langkah seterusnya lebih berjaya.
syabas kepada Yusri dan juga KRU Studio
buatla sendiri kalu rasa x bagus.haha:-p
aku rase da kira bagus yusri try buat.kaut 10 juta kot b4 tayang kt malaysia
kang jgn tkjot filem ni msok/ menang award filem trbagos plak
Agree with u...but congratulation to kru for their hardworking and never-ending-try...being at the same level with the international need more improvement..anyway kru did a good job
ulasan yang agak baik tapi menggunakan bahasa hancur!
ulasan yang details. sampaikan ke design baju jahitan bagai.
memang betul2 review yang bagus
apapun pada KRU tahniah atas langkah pertama
kira boleh tahan jugak la..mana ada pengarah dalam Malaysia ambik risiko buat filem macam ni..
Tapi apa pun, memang percubaan yang bagus dr pengarah kite. Berani ambil risiko
nk tengok...
aku setuju tang buat filem epik melayu tu sndr..agk kurg bijak buat epik seakan-akan THOR..then takleh salahkan penonton pon kalo nak bandingkn dgn THOR sbb basic jala citer mmg sama..kihkih
kru akan terima syabas dan kagum kerana percubaan berani mereka ke arah menjadi yang pertama untuk meningkatkan taraf filem malaysia (ke hollywood?). kita sudah tahu itu, kru. matlama dan hala mereka. tapi menonton kebanyakan filem mereka. terus terang, saya rasa kekurangan soul. memang berjaya dari segi teknikal. entahlah...rasanya yusry bagus sebagai pengarah cgi.
tak jadi ah nk tgk hahahahhahaha
aritu pgi tgk gak vikingdom.. rse malu plak kalo org luar tgk cite nie.. cgi nmpk amatur sgt...
Kita sentiasa MALU bila org kita cuba buat sesuatu yg kita bangga orang luar buat,
tidak ADIL bila kita asyik kritik produksi tempatan yg mencuba utk buat apa yg selama ni org kita sanjung - produk luar - walaupun belum mampu ke tahap mereka.
KRU berjaya buat perubahan tp kesempurnaan itu belum ada
kelemahan sebenar memang dr segi JALAN CERITA yg terlalu biasa n longgar. CGI? Kesan khas? Memang ada potensi! ;)
aku klik anon sebb aku takde google akaun.. ok, komen ku.. filem "Vikingdom" ni kiranya macam filem bajet murah la walau dalam matawang kita ianya filem termahal.. kosnya sama macam filem "Puteri Gunung Ledang" iaitu 20juta.
Dekat luar sana, selain dri Hollywood yg menerbitkan A grade movie (kos 100juta ke atas macam filem Lord of the ring)ada jugak filem2 bajet murah B grade movie yang bikin filem bergenre "Viking" ni.Tapi best2 tu walau bajet rendah.Siri TV sana pun ada bikin siri Viking, pun hebat walau ianya siri untuk TV.
Kalau kita nak bandingkan filem Vikingdom sama dengan terbitan Hollywood, jangann! Vikingdom hanya layak di samakan dgn terbitan filem2 dari negara Canada, Australia.Google sahaja filem2 bergenre Viking, fiksyen fantasi keluaran negara canada dan australia.Berlambak2 nanti judul dan tajuk, samada filem B gred mahupun direct to DVD, kualitinya sama seperti filem Vikingdom. :)
filem ni boring... kesan khas pulak nampak xreal ada ala2 3D n kartun... jln cerita pn boring.. lawan pn byk sgt..ada scene2 yg xpenting pn dimasukkan jugak.. menunukkan kematangan pengarah filem kita xckp lg.. siyes nyesal tgk..
Saya pun tidak faham dengan sikap tidak boleh mengkritik. Setelah saya membaca ulasan ini, tiada kritikan secara peribadi ke atas pengarah. Kalau hasil kerja tidak bagus harus dikritik. Orang filem mesti menerima perkara ini. Adakah filem dibuat untuk tontonan ramai bukan tontonan sendiri.
mungkin perlu mitos melayu perlu dibangkitkan..tapi cara awak komen macam filem vikingdom ni teruk sangat...sorry ...filem ni dah ditayangkan di luar negara...kira okay lah tu filem tempatan masuk pasaran luar negara..
yea, untuk taraf antarabangsa, belum cukup bagus tapi untuk anak Malaysia, ia bagus. btw, permulaan yg baik untuk buat lebih baik.
sy dah tonton, considered slow in motion utk international movie but acceptable.
Setelah saya menyaksikan tayangan vikingdom di pawagam berdekatan dengan rumah saya, saya mendapati vikingdom amat menyentuh perasaan saya sebagai seorang lelaki maskulin. Tidak kusangka filem ini dapat membuatkan saya menangis teresak esak . Ia bukan disebabkan oleh kecanggihan atau kehebatan filem ini. Ia adalah kerana masa dan wang tayangan 3D telah membazir begitu sahaja. Alangkah baiknya jika saya sedekahkan duit tersebut kepada sekolah tahfiz.
Mmg la malu,sbb org luar buat nampak hebat dan bijak.tp bila malaysia buat mcm takat lepas batuk tepi tangga,janji ada.
ok tu...standard crite Inggeris low budget jer..hahaha..
Belum lihat lagi filem ini, pasti menarik jika dilihat pada komen anda ni.
Org malaysia hya tau kritik. Bangsa sendiri cam KRU tu br maju kehadapan trs kutuk kata konon xde unsur2 budaya melayu. Dr filem local yg ntah apa2 tu...filem ni ada lagi kualitinya. Kutuk je kamu xkan maju kehadapan sbb berfikiran sempit ibarat katak dibawa tempurung
@Sumandak Sabah.
And yet, there's nothing that could had been done if the film itself is stupid as hell even though they had tried something different. Effort needed to be focused onto the film itself as well. This film, Vikingdom has make unnecessary assault against Thor whom is supposed to be a nice guy but he turned corrupted here. People that lived and learned from such myth and taken respect toward Thor didn't like that, as many has claimed so on Imdb. In conjecture with the previous sentences, this film was received extremely poor outside of Malaysia and were criticized toward eternity. I meant, just look at the damn rating on Imdb. It's true enough that most Malaysian like to gave off baseless critics without thinking but in this film's cases, the faults are so obvious that it needed enlightening. Don't be so set up with yourselves and accepted the fact that Malaysia at the moment just cannot hope to make better films unless they deleted all those stupid and shitty love drama that frequently aired on local television.
Post a Comment