Akan Datang!

Thursday, September 19, 2013

Review: Lemak Kampung Santan

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Hans Isaac
Pelakon | Hans Isaac, Neelofa, Harun Salim Bachik (klik untuk senarai penuh pelakon)

Menyalahkan Adnan Sempit 3 atas kegagalan Lemak Kampung Santan bukanlah sesuatu yang wajar. In fact, Hans Isaac tak perlu untuk melatah sampai nak berhenti mengarah filem atas kegagalan filem ni. Sebenarnya, apa yang dia katakan sebagai usaha bertungkus lumusnya itu bukanlah satu hasil kerjanya yang baik segala galanya. Serahan sepenuhnya filem ni kepada penonton memberikan ruang untuk karya ini dinilai. Dan penilaian penonton sepatutnya pengarah akur. 

Lemak Kampung Santan punya premis Hindustani. Itu pada saduran layer pertama. Cerita nak pertahan hak dan cinta romantis yang disulam Tiqa dan Ridzuan memang tipikal. Biasa saja. Tapi apa kononnya dijaja sebagai spesel dan sedap ialah premis ‘misteri’ Kampung Santan yang terselindung. Hans Isaac selaku penulis lakon layar menanam mitos dan fantasi bercampur dengan agenda sosial. Justeru, filem ni bukan kosong. Ianya cuba menyampaikan sesuatu. 

Malang semalang malangnya, apa yang cuba disampaikan, segala bentuk identitinya tersekat di kerongkong. Lemak Kampung Santan membawakan kebosanan pada premis romantik Tiqa dan Ridzuan. Ianya tak nampak romantik karakter yang diceritakan. Ianya nampak seperti romantik Neelofa – Hans Isaac yang mana tak sepatutnya terjadi. Dan bahagian kebosanan itu adalah kelemahan pada penonton yang mahukan gerak cerita yang lebih kuat grippingnya. 

Mungkin pada yang mahukan cerita yang luar kotak, Lemak Kampung Santan memang sesuatu yang harus dipuji. Idea Hans sebenarnya bagus. Misteri dan juga isu sosial yang diketengahkan sangat bukan tipikal. Malangnya, Hans seperti bercerita pada dirinya sendiri dan bukannya pada penonton yang duduk di kerusi panggung. Maka, apa akan jadi jika sesebuah filem syok sendiri? Penonton terabai. Sebab itulah mereka lebih percaya David Teo kerana hidangan ‘lawak bodohnya’ mengutamakan penonton. 

Visualnya bagus. Hans Isaac nampaknya mengambil masa yang lama dalam memberikan visual yang hebat dan baik. Ternyata, Lemak Kampung Santa nada kekuatan yang baik pada visualnya. Semua itu adalah faktor x yang ada pada Lemak Kampung Santan. Melayan seni visual filem ni memang terbaik. Aku suka visualnya. Malang sungguh ceritanya tidak selari dengan visual yang sangat bagus penataannya. 

Lakonan Neelofa kurang teruji. Malah, emosinya tidak ada. Hanya sekadar berbekalkan wajah cantik dan juga sifat ‘gadis kampung’ yang dia cuba bawakan. Hans Isaac pula hanya sekadar menyampaikan. Tidak ada apa yang mampu untuk menginjakkan dirinya sebagai watak yang sepatutnya tertonjol dengan permainan jalan cerita. Harun Salim Bachik antara performance yang bagus. Memeriahkan suasana. Dan yang paling spesel, apabila Khir Rahman jadi lembut. Itu sangat luar biasa! 

Sebenarnya, kualiti Lemak Kampung Santan ada. Idea yang disampaikan Hans bagus. Mungkin penyampaiannya agak kurang diterima oleh penonton Malaysia. Jalan ceritanya yang agak luar dari kotak nampak tidak mampu menarik penonton. Mungkin sebaiknya Hans Isaac bertukar dari menjadi too ambitious dalam membikin filem ‘besar’ kepada pembikin filem ‘kecil’. Lihat bagaimana hasil filem kecil tersebut dan jika kutipannya sama, itu baru masa yang sesuai untuk keluar dari dunia filem. 

Jalan cerita yang sedikit perlahan dan dengan sikap Hans yang memikirkan ideanya mampu diterima penonton (dengan niat mahu kutipan besar) nampaknya gagal meramal penonton. Sepatutnya, kejadian tragedy Lemak Kampung Santan adalah satu masa untuk menukar haluan genre. Dengan kebolehan Hans menampilkan visual yang baik, aku percaya jika pengarah ini mahu tukar angin, mungkin penerimaan ideanya akan menarik penonton. Oh, satu lagi, promosinya harus menjadi titik permulaan penting. 

Akhir sekali, aku sekali lagi katakan yang tindakan Hans menyalahkan David Teo atas kegagalan filemnya mmg tak wajar. Filem ni terlalu berharap dengan idea Hans yang tinggi menggunung untuk terapkan cinta, mitos dan isu sosial. Dia terlupa yang filem ni untuk orang Malaysia. Malaysian people dont read movie, they watch movie. Jadi, kalau dia fikir bab untung, haruslah dia berikan apa yang sepatutnya untuk memudahkan penonton menerima. Jadi macam MIG. Tak perlu berubah lebih2. Lainlah kalau tujuannya mahu menjadi seperti Bunohan dan Kil.

2.5/5

1 comment:

licha said...

kurang minat sikit cerita macam ni

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...