Akan Datang!

Saturday, September 28, 2013

Review: After Earth

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | M Night Syamalan
Pelakon | Will Smith, Jaden Smith, Sophie Okonedo (klik untuk senarai penuh pelakon)

Bila M Night Syamalan mengarah si fi, maka terbentuklah After Earth seperti mana dia mahukan. Jadi, aku rasa apa yang hendak disampaikan dalam After Earth bukannya si fi yang sebenar. Aku katakana yang M Night Syamalan bukan seorang pengarah yang boleh berfantasi tentang dunia sains. Dia bukan master si fi yang membentuk filem si fi menjadi cantik, mengagumkan dan juga melaksanakan objektif si fi. After Earth pada aku tak ubah seperti filem Syamalan yang lain. 

After Earth sebenarnya tiada daya upaya untuk menarik penonton membaca bumi selepas evakuasi. Tiada imaginasi yang terlalu mendalam untuk menggambarkan dunia fiksyen yang direka. Maka, apa yang terjadi hanyalah sebuah drama kasih sayang anak ayah dan kisah lampau hubungan mereka yang hanya berlatar belakangkan sebuah bumi tanpa manusia yang kurang besar. 

Dari satu sudut, aku rasakan M Night Syamalan sepatutnya membina permainan untuk Playstation dahulu instead of making this idea as a film. Mungkin watak Ketai boleh dijadikan watak yang sangat baik dan meriah jika berada dalam game. Ketai yang mana mengawal keseluruhan cerita nampaknya perlu lebih besar kekuatan lakonannya untuk menarik penonton. Jaden Smith nampaknya hanya memberi persembahan biasa. 

Maka, daripada semua itu, aku rasakan After Earth antara penghalang besar untuk Syamalan menghasilkan si fi. Mungkin dia seharusnya membikin filem filem seperti Sign mahupun habis fantasi pun biarlah sebesar The Last Airbender. Walaupun si fi filem ni kurang benar dan mungkin menyebabkan boring pada sesetengah orang, ada point point filem ni yang aku rasakan tarikannya walaupun ianya hanyalah pada kadar sederhana. 

Pertama, aku lihat filem ni macam I Am Legend. Will Smith kekal mahu berada dalam situasi tanpa apa apa pelakon lain. Cuma kali ni, lebih baik apabila Will Smith ada peneman, yakni anaknya yang banyak mempersembahkan lakonannya. Will Smith duduk memerhati. Mungkin ini saatnya Will Smith cuba untuk naikkan anaknya ke dasar supaya lebih dikenali. Malangnya, Jaden perlu lebih didikan untuk menjadi seperti ayahnya. 

Kisah ayah anak yang agak renggang akibat satu kisah lampau menarik. Walaupun ceritanya tidak meriah, kisah ayah anak ini antara pengikat kuat dalam menghidupkan emosi. Walaupun Syamalan tidak berjaya mencipta emosi semangat anak ayah itu, apa yang dipaparkan boleh dikatakan mampu menonjol daripada segala perkara lain dalam filem ni yang agak tenggelam. 

Pada aku, After Earth mungkin antara filem sederhana Syamalan. Agak kurang menyerlah dari segala fakta rekaan, yang mana perlu lebih imaginasi untuk membentuk dunia yang kita belum tahu wujudnya. Namun begitu, aku lihat drama dalam filem ni antara perkara yang harus dilihat. Plot yang agak simple sebenarnya mengekang kita untuk melihat dunia bumi dengan lebih luas. Namun begitu, ianya membenarkan kita untuk melihat sebuah si fi kekeluargaan yang ada mesejnya tersendiri. 

2/5

3 comments:

Unknown said...

saya x minat sangat cite cam ni hehe tapi nice sharing ...

AyuChannel said...

best gilerrrrrrrrrrrrrr

Gold Beetle said...

kisah anak dan ayah yg ingatkan pada jasa ayah http://youtu.be/nYVL3a4pcJM

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...