Rock Oo memang satu imbauan memori rock yang boleh tahanlah hebatnya. Walaupun aku taklah sempat menonton filem pertamanya tahun 2005, aku rasakan memang wajar Rock itu disekuelkan. Dan pada aku, hasil Mamat Khalid ini tidak mengecewakan. Dia, si pengarah yang tahu memberikan kesegaran dalam industry dan tahu untuk berubah dari semasa ke semasa. Rock Oo ada level baru dalam perfileman.
Dalam tahun 2013, memang filem Mamat Khalid dari Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit antara yang menyerlah dalam separuh awal tahun ini. Rock Oo memang sebuah lagi filem yang aku rasakan memang hebat dari segi visualnya dan juga persembahannya. Walaupun aku nampak kat tv tu ada kata yang Rock Oo ni kelakar sampai habis, aku taklah rasa filem ni kelakar sampai tak ingat dunia. Mungkin ada yang akan ketawa sampai pecah perut sebab babak babak yang unpredictable dalam filem ni.
Bagi aku, babak babak yang pelik dan unpredictable macam adegan adegan berdiri tengah jalan, kolek bas dok menyanyi lagu Malik Ridzuan sampai tak hingat dunia, tu tak menimbulkan rasa nak tergelak. Pada aku, aku macam ada sedikit perasaan wow sebab babak babak pelik macam tu memang bukan sesuatu yang selalu kita nampak. Bagaimana tulisan Mamat Khalid ini menyampaikan mesej mesejnya itu aku respek.
Amy Mat Piah lakonan Que Haidar memang cun lah. Memang Que Haidar memang watak yang pelik, kadang geli geleman aku tengok. Tapi tulah dia. Dan dia antara watak yang memang kelakar habis. Amy Mat Piah bukan sekadar watak kelakar kosong tapi ada isinya. Macam feeling habis jugak kadang kadang sebab kesian tengok Amy Mat Piah ni dok usaha nak jadi vokalis Rimba Bara walaupun suara tak sedap mana.
Paparan reality kumpulan kumpulan rok zaman tu dengan masalah dan dilemma mereka menjadikan Rock Oo memang satu tribute yang sempurna. Dengan penggunaan muzik lagu lagu 90an sebagai muzik latar, memang tambah serilah filem ni dengan jiwa 90annya. Oh ya, visual memang super awesome. Syot syotnya cun. Cun dan sangat cantik dan bukan kerja main main.
Cuma satu saja aku rasa kekurangan dalam filem ni. Aku rasa macam ada masalah je dari segi prop sebab walaupun Mamat Khalid cuba untuk kurangkan tempat tempat yang memungkinkan latar masa itu menjadi tunggang langgang, masalah tu tetap ada. Beberapa tempat dan latar macam nampak tak sesuai untuk latar tersebut dan kadangkala rasa macam ‘eh, ni zaman tu ke?’. Tapi aku faham, memang bukan senang kerja ni so abaikan sajalah.
Slash lakonan Pekin memag fresh. Selepas Bunohan, nampaknya orang mula dah nampak dia ni walaupun aku tahu dia ni dah berlakon sejak dari zaman filem VCD lagi dulu ni. Lakonannya best. Jiwanya luar biasa. Malangnya, entah kenapa aku sudah rasa sudah tiba masanya Shoffi Jikan untuk berubah dari lakonannya yang dah terlalu biasa tu.
Overall, peminat irama rock 90an conform lentoklah tonton filem ni. Segala adventure Rimba Bara ditata rias dengan komedi, kenangan dan juga emosi yang baik. Aku suka Rock Oo walaupun tak tonton yang first lagi. Mamat Khalid nampaknya makin memberikan kelainan dan inilah yang aku suka. Dari gaya noirnya dalam Kala Malam Bulan Mengambang sehinggalah filem filemnya yang terkini, kritikan dalam filemnya, disalut drama dan komedi dalam persembahan yang menarik membuatkan filemnya berisi.
3.5/5
No comments:
Post a Comment