Akan Datang!

Thursday, November 1, 2012

Review: Zaiton 'Ceritaku'

Pengarah baru, Esma Danial ni memang aku tabiklah! Gaya arahannya memang menyerlah. Kreativitinya tidak sedikit pun bagi aku menunjukkan pengarah baru ini (walaupun dah cukup lama dalam lakonan) amatur dalam kerjanya. Zaiton ‘Ceritaku’ memang filem yang punya visual yang cantik. Malah, segala sudutnya hampir sempurna dengan olahan dan kreativiti yang cukup hebat dan cemerlang. Dari sebuah kisah benar yang hampir semua orang tahu, inilah sebuah kisah Zaiton Sameon yang cukup menyerlah! 

Beautiful syot! Aku memang teruja dengan segala kerja kamera filem ini yang tenang dan juga cantik. Buka buka filem je, dah memang buat aku kata ‘wow’!. Malah, dari awal hingga akhir, semua syot nampak cukup cantik dan gah sekaligus memberikan nafsu dan juga untuk menonton. Zaiton ‘Ceritaku’ memang bukan filem yang visual low-class mcm filem kompani dot dot tu ek. Percayalah, korang akan berkata ‘wow!’. Aku suka syot syot awal filem ini. Malah, dengan tiga kali paparkan Zaiton berada ‘di antara dua persimpangan/jalan’, ianya ada sesuatu yang tersirat mahu disampaikan. 

Ikuti soal jawab admin dengan pengarah filem ini di sini.

Zaiton ‘Ceritaku’ cemerlang pada lakonan aktor aktornya. Tahniah pada Nadia Aqila. Sape lagi yang mampu dapat pujian tu melainkan dia kan?. Pelakon ini memang mampu membuatkan anda ketawa, menangis dan juga terdiam dalam menghayati kisah menyayat hati penyanyi popular suatu ketika dulu ini. Walaupun aku rasakan Nadia Aqila sendiri sebenarnya tidak mampu membuatkan penonton menampal wajah Zaiton di wajahnya sepanjang filem berjalan, lakonannya dengan gayanya tersendiri harus dipuji. 

Brilliant performance dari Nadia Aqilah! Aku cukup kagum dengan penyampaian pelakon yang agak baru ini. Roh Zaiton nampaknya cukup gah dalam diri pelakon ni. Gaya lakonannya ada roh tersendiri. Malangnya, aku, tidak dapat merasakan Zaiton dalam diri Nadia. Tetapi, aku still mampu ‘dibimbing’ oleh watak ini dalam menelusuri kisah hidup penyanyi diva ni. Karl Shafek, Norlia Ghani, Wan Maimunah, aku anggap cemerlang dan hebat. 

Skripnya well done and brilliant! Sebagai sebuah filem biografi yang mana bertitik tolak dari kisah benar, aku rasakan ianya agak baik. Jujurnya aku rasakan mesej yang disampaikan, apa yang tersiratnya, dan apa yang mahu dijelaskan tersuratnya sampai. Walaupun plotnya tidak difokus satu satu, sebab ada cerita yang nampak tergantung dan tidak diketahui hujung pangkal, aku rasakan ianya oklah sebab kalau nak filemkan the whole life of her, memang filem ni kena ada sequel lah. 

Di sebalik tabir... Zaiton 'Ceritaku'

Secara peribadinya, aku cukup suka garapan skor muzik filem ni. Lagu lagu Zaiton Sameon yang digubah menjadi instrumental sebagai skor memang memberi nafas kepada filem ini. Skor filem ni memang agak mengkagumkan. Soul seorang diva yang jatuh ini nampak menyerlah ! 

Aku agak suka filem ini. Tak kisahlah apa orang nak kata! Aku memang agak bangga dengan filem bio ini kerana nukilannya bukan hanya sekadar biografi. Kisah Zaiton sendiri sebenarnya bukanlah benda yang ingin digembar gemburkan sangat sebenarnya. Melihat pada keseluruhan filem, Zaiton ‘Ceritaku’ tidak mahu menuduh ataupun membuatkan penonton meletakkan apa apa label pada Zaiton. Filem ini pada aku lebih kepada tersiratnya, cerita jatuh bangun dalam hidup. 

Sebenarnya, filem ini ingin menceritakan tentang hidup. Bukan hanya hidup Zaiton sahaja. Ianya tentang kita. Cerita kejatuhan dan kebangkitan. Cerita keazaman dan juga usaha. Cerita tentang semangat dan juga liku liku dan cabaran. Semua moral moral ini memang sebuah benda benda mahal yang ada dalam filem ni. Filem ini mungkin agak slow bagi yang suka menonton cerita ‘murahan’, tapi tidak bagi aku. Aku suka garapannya yang tenang. Adegan yang dibikin ditambah dengan dialog yang kemas memang tidak membosankan. 


Dari apa yang aku lihat, pasti sukar sebenarnya nak buat sebuah filem bio. Pertama sekali, pastinya prop dan juga kostum yang memang agak memerlukan bajet. Itu mungkin kelemahan filem ni. Tapi, xpe kot. Itu semua sampingan. Yang penting ceritanya bukan? Malah, dengan konsep penceritaan semula sebegini yang sekejap ke depan, sekejap ke belakang, aku rasa tak ramai yang boleh menonton tanpa bertanya soalan kepada orang sebelah. 

Tak banyak aku nak cakap pasal filem ini. Apa aku boleh cakap, selepas menonton filem ini, aku dapat rasakan betapa susahnya Zaiton struggle dalam kehidupannya selepas insiden tersebut. Dengan garapan Esma Daniel yang cukup cemerlang, aku rasakan filem ini ada rohnya yang tersendiri. Percayalah, sinematografi, skrip, hingga kepada skor dan lakonan, semuanya ada penelitian yang baik. Mungkin prop dan kostum ada sedikit kekurangan. Apapun, aku mampu tersenyum, ketawa dan juga menangis (dalam hati) sambil mengimbau kisah tragis ini sambil menonton filem ini .

Kenapa filem ini gagal menyerlah di pawagam? Ini jawapannya.

Pengarah ini nampaknya tahu apa penonton mahu, dan apa yang aku mahu. Menonton Zaiton ‘Ceritaku’ ibarat menonton filem filem bio setaraf Hollywood. Walaupun masih ada jarak yang jauh antara duanya, filem ini yang rasanya buat pertama kalinya memaparkan kisah reality memang cukup sempurna dalam kotak industry kita. Filem sebegini mungkin pada aku perlukan kita berfikir. Mentaliti orang kita pula yang bukan datang ke panggung untuk bukan untuk berfikir tetapi untuk berhibur. Tetapi pada aku, gagal atau tidak filem ini, sebenarnya aku bangga sebab Zaiton ‘Ceritaku’ adalah bukan hiburan murahan.

4/5

4 comments:

Jeff Lee said...

I rasa filem ini lebih bercakap mengenai kesusahan Zaiton mencari kerja selepes kemalangannya. Dia sebenarnya patut menyanyi 'She Works Hard For The Money'.

gersang24jam said...

Aku hampir2 menangis tengok crita ni,(nasib bawak awek, so tahan jap, cover) kesian Zaiton ! X boleh salahkan dia 100% . Ujian tuhan pada yg Dia sayang. Tahniah Esma Daniel ! mula2 aq look down crita Melayu tapi bila tengok movie ni not badlah ! Bagus & kemas

sibubub said...

Saya pun sangat suka cerita ni...mase tengok 1st termiss kat depan...tengok2 dah scene die accident...memang sangat best...saya memang nangis tgk cite ni...tp paling sedih sbb saye and 2 orang yg lain je tengok masa tu...next ajak kawan tgk skali lagi...skali org MBO ckp policy dia kalau xlebih 5orang yg tengok diorang xbukak wayang...n masa tu saya n kawan tu berdua je yg nk tgk... kitorang pun berundurlah...wuuuu sdeyyy...nk tgk cite ni lagii!!! rakyat malaysia sangat rugi tak tgk kisah penuh pengajaran hidup

Anonymous said...

menarik! saya dah tengok cerita ni. tak dinafikan cerita ini boleh menimbulkan perasaan sayu dan insaf dalam diri. sedih. tahniah.

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...