Akan Datang!

Sunday, November 11, 2012

Review: Aku Terima Nikahnya

Lain dari filem kelompok MIG yang sebelumnya. Berbeza dari segala galanya. Dari editingnya, dari gaya lakonannya dan kerja kerja produksi. Aku amat tertarik dengan segala perubahan drastik yang terjadi dalam filem ini yang mana menjadikan Aku Terima Nikahnya sebagai sebuah filem yang agak ada kelasnya tersendiri. Aku Terima Nikahnya sebuah filem romantik drama yang ada tragiknya, ada mesejnya dan juga romantiknya yang sempurna. 

The Vow, sebuah filem Hollywood dah paparkan benda yang sama. Cerita tentang memory loss. Ketabahan dalam menghadapi ujian. All the same things ada dalam filem ni. Tak kisahlah kalau dikatakan filem ini disalin dari filem tersebut, asalkan the presentation is great semuanya tak ada masalah. Lagipun, hal salin menyalin idea ni Hollywood dah lama buat. Bollywood pun dah lama dah buat jugak! 

Walaupun sisa sisa filem MIG biasa masih kadangkala tertampal pada sesetengah bahagian, karya arahan Eyra Rahman ini memang jauh bezanya. Sekaligus, ianya membuktikan pengarah ini sudah menukar hala tuju cerita cerita MIG sendiri yang sudah lemah dalam segala galanya kerana ceritanya yang lebih menyasarkan duit penonton berbanding kepuasan hati. Aku tak nafikan filem ini pun sebenarnya hanyalah filem biasa. Tak ada yang lebih luar biasa pun dalam filem ini. Cuma kesedaran pengarah cuba untuk lari dari kebiasaan pengarahan pengarah MIG dari aspek pengarahannya, itu yang luar biasa. 

Gandingan Adiputra dan Nora Danish pada pandangan mata memang sama padan dan sama cantik. Namun, aku lihat Adiputra lebih ada kekuatan ego yang mana lebih kuat pada tengah cerita berbanding awal dan akhir filem. Hal ini menjadikan babak babak romantik dalam filem ini nampak tak berapa nak sampai walaupun skripnya nampak agak baik dan juga dialognya yang sempurna. Entah aku lebih melihat Adiputra itu sendiri seperti tidak beromantik sebagusnya dalam dialog yang sempurna. 

Apapun, Nora Danish nampaknya membawakan persembahan yang terbaik sekaligus menyokong untuk menguatkan Adiputra sebagai suami isteri. Terlalu banyak babak romantik yang diisi dalam filem ini. Mungkin gadis gadis yang sedang hangat bercinta pastinya tersenyum senyum teringat boyfriend dan merindui yang tersayang lepas tonton cerita ini. Bagi aku, ehem, x adalah sampai macam tu. But it stil touches my heart! 

Permulaan filem ini tidak dilengah lengahkan. Pantas mereka dinikahkan sebelum apa yang mahu diceritakan dibawa ke tengah. Walaupun aku pada mulanya tidak dapat merasakan kekuatan cerita ini dan ketabahan Arlisa dalam menghadpi dugaan hidupnya, lama kelamaan rasa itu datang. Dan yea, I must agree yang filem ini filem yang lain dari filem keluaran MIG yang lain. 


Walaupun aku rasakan skripnya well done dengan niat mungkin untuk membina fantasia alam rumah tangga dalam penonton yang sedang hangat bercinta serta memaparkan ketabahan seorang isteri, Aku Terima Nikahnya masih ada saki baki filem MIG terdahulu yang melemahkan. Pertama sekali, jelas selepas segala masalah yang dihadapi, cerita nampaknya diakhiri dengan mudah! Terlalu mudah! Terlalu simple! Malah, ucapan ‘siapa kau’ oleh Adiputra masa dia tak ingat isterinya nampak kelakar. Terlalu straight forward lah. 

Dengan skor muzik yang agak baik dan ditangani dengan sempurna, visual filem ini juga aku suka. Kerja sinematografinya nampak cantik dan sekali lagi aku cakap, lain dari yang lain. Sekaligus, romantiknya, dramanya dan juga segala apa yang mahu diceritakan sampai dengan segala bantuan yang ada. Nampaknya pengarah baru ini bukan buat filem main main saja! Segaja mesej, semua paparan monolog Arlisa juga konfik dibawa dekat melalui segala aspek kepada penonton. 

Mungkin aku rasa pujian harus diberi kepada Aku Terima Nikahnya. Walaupun suara Nora Danish tu dah macam suara Teletubbies jer, but still she performs well. Dengan nasihat dalam setiap dialog setiap karakter, dan garapan yang agak baik, ianya mengingatkan aku kepada bagaimana dialog filem agama Indonesia dibikin. Dengan twist dan elemen yang digarap baik, Aku Terima Nikahnya mungkin menjanjikan pengalaman yang menonton filem MIG yang lain dari yang lain.

4/5

1 comment:

Mr Daha said...

Lakonan Adiputra macam xkena sangat. Kalau Adiputra ganti dengan aaron aziz mesti lagi mantap.. =D

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...