Akan Datang!

Saturday, November 3, 2012

Review: Skyfall


Antara trilogi Bond lakonan Daniel Craig, Skyfall mungkin antara yang menarik sekali untuk ditonton.  Kali ini, ceritanya lebih dekat dengan diri Bond sehinggakan penonton dibawa menelusuri sisi sisi Bond yang tidak pernah diceritakan dalam filem filem Bond sebelum ini. Skyfall ada lebih ada kurang, tetapi keseluruhannya, filem arahan Sam Mendes ini tetap menarik untuk ditonton. Bagi penonton yang selalu bertanya, bagaimana Bond tanpa MI6, ini cerita wajib tonton korang! 

Dalam filem ini, jangan haraplah korang nak dapat peluang menonton filem Bond seperti filem filem terdahulu.  Gadis Bond tidak penting dalam filem ini. Malah, M sendiri adalah gadis Bond sebenarnya dalam filem ini. Kenapa? Tontonlah sndri. Buangkan pengalaman menonton Bond versi Pierce Brosnan mahupun versi reboot semula yang bermula dengan Casino Royale dan disusuli Quantum of Solace. Tak ada aksi yang lasak Bond yang diuji dari segi fizikal ditonjolkan dalam filem ini. Filem ini banyak drama. Percayalah bagi yang mahu aksi, mungkin korang akan sedikit bosan! 


But, bosan itu bagi yang mungkin tak faham tentang apa sebenarnya Skyfall cuba tonjolkan. Cerita ini membawa villain baru! Ya, semestinya lumrah ler kalau filem Bond kan? Tetapi, uniknya, filem ini bercerita bukan tentang kisah Bond sahaja. Ianya sebuah filem penghormatan buat watak M juga. Anda akan perasan yang kesetiaan Bond diuji hebat secara mental apabila M mengambil tindakan supaya pembantunya menembak sasaran masa awal scene! 

Cerita M dikembangkan! Bukan lagi misi yang jauh jauh, kali ini masa silam M sendiri yang datang menghantui kotaraya London. Pengkalan MI6 dibom memaksa semua operasi dipindahkan ke sebuah bunker. Dari situlah, sedikit demi sedikit penyiasatan Bond, yang mana kembali untuk menyelamatkan MI6 menemukan dengan seorang yang M kenali. Seorang ejen yang membalas dendam atas misi yang tidak selesai suatu ketika dulu. 

Jangan berharap ada aksi aksi yang terlalu lasak dalam filem ini. Malah, filem ini diakhiri dengan adegan yang amatlah simple dan cukup straightforward. Bukan susah si jahat nak mati dalam filem ini. Malah, si penjahat tu boleh kau tim punya baik lagi. Simple game tetapi twist plotnya yang disulami dengan dendam, pengkhianatan dan juga kepercayaan itulah yang membuatkan Skyfall nampak membawa peribadi Bond dengan lebih dekat. Kita kenal siapa Bond sebenarnya dari sini! 

Dengan Q yang nerd dan muda tak seperti Q  yang muncul dalam filem Bond lakonan Pierce Brosnan sebelumnya yang lebih lewat umur, itu nafas baru dalam era Bond sendiri. Watak Q yang disifatkan bijak computer menarik untuk ditonton. Malangnya bagi yang nak menonton gadget hebat seperti filem Bond sebelum ini, jangan haraplah. Bond tidak ada apa apa dalam filem ini. Hanya dirinya saja yang perlu membantu musuh M yang datang dari masa lampau. 

Jujurnya, permulaan filem ini amat menunjukkan trademark Bond! Aku suka!. Pembukaannya pun kita sudah disajikan dengan aksi kejar mengejar di Istanbul gaya Bond. Walaupun aku rasa itu satu satunya aksi yang panjang dalam filem ini, filem ini kemudian disulami drama drama M yang menghadapi detik hitamnya setelah pengkalan MI6 dibom. Rasanya inilah kali pertama watak M lakonan Judi Dench dibawa ke tengah dan diutamakan. Ada sebab kenapa cerita M dan kisah lampaunya dibawa, korang kena tonton untuk ketahuinya. 


Skyfall adalah peribadi Bond yang cuba dibawa ke satu sisi yang satu lagi. Tak ada gadis Bond yang ditonjolkan sangat dalam filem ni. Malah, apa yang banyak ditonjolkan adalah kesetiaan Bond terhadap M. Sam Mendes nampaknya melayan cerita ini dengan melebihkan dunia M dan juga Bond lebih dari kisah M dengan gadis Bondnya sendiri. Maka, siri ketiga Bond versi reboot yang bermula dengan Casino Royale ini telah memberikan perspektif baru dalam dunia Bond moden. 

Apa yang aku boleh beritahu, Skyfall memperkenalkan Q yang lebih kreatif! Dan juga Moneypenny, karakter yang tidak muncul dalam dua filem Bond yang lalu, bakal muncul. Jangan kaitkan dengan Casino Royale dan Quantum of Solace. Ya, dua itu adalah berkaitan, tetapi yang ini, berdiri dengan sendiri. Dengan menyelusuri peribadi M dan juga Bond sendiri, Skyfall mmg kisah yang penuh drama dan kurang aksi. Kurang aksi? Mesti tak best kan? Tengoklah dulu kejutannya. Walaupun begitu, Skyfall tetap berdiri sebagai sebuah filem pembuka tirai kepada dunia Bond yang baru dan meriah pada filemnya yang ke 24 akan datang! 

4/5

4 comments:

Joni Dep said...

Walaupon menjanjikan sesuatu yang kononnya baru – tiada lagi kete sukan, tiada lagi gadget canggih, tiada lagi weapon of mass destruction, tiada lagi penjahat dengan world domination plan tapi penjahat yang lembut-lembut gitu, namun Skyfall still nampak biase je bagi aku.

-Baca review penuh filem Skyfall di www.sinema.my

Mohd Hafizfuddin Bin Derani said...

Wajib tonton... :D

Jeff Lee said...

Pengarah Sam Mendes beri lebih fokus kepada sama ada Bond, 50, masih boleh menyerlah dalam dunia tanpa sempadan (globalised world). Bahagain pertama membang boring tapi aski lebih menarik bila penjahat (Silva) datang.

www.jeffleemovies.com

Adli Ayob said...

Saya menonton filem ini dengan biras saya pada minggu lepas. Jika anda belatarbelakang macam biras saya ini, maka dinasihatkan anda tak payahlah tengok dan tunggu sahajalah 'upacara sedut filem MKV' yang akan muncul dalam sebulan-dua lagi.

Anda perlu ada pengetahuan dalam cerita Bond untuk menyaksikan Skyfall. Mesti tahu siapa itu M, Q, Moneypenny, MI6 dan Aston Martin. Kegagalan anda memahami semua ini akan mengakibatkan anda rugi setiap sen membeli tiket untuk masuk wayang.

Pada saya, Skyfall adalah filem bijak dan segar. Ia menjanjikan bermulanya generasi baru filem Bond yang akan datang. Filem yg akan datang semestinya hadir dgn M yang baru, Moneypenny yang baru dan Q yang baru. Saya harap filem yg akan datang dapat mengekalkan villain yang hebat seperti dalam cerita ini.

Skyfall menceritakan tentang M. Ia memaksa Bond menjaga nyawa M sampai akhir cerita. Yang paling menarik ialah Bond sudah mati! Dan perkara yang tidak diceritakan pula ialah bagaimana (secara detail) Bond boleh selamat bila ditembak dan jatuh dalam gaung. Ini yang mengecewakan saya. Ia bagaikan teka-teki yang tidak ada jawapan.

Villain dalam cerita ini hadir setelah 1 jam anda menontonnya. Kehadirannya sentiasa 'grand' dan mampu memperbodohkan seluruh operasi MI6. Ini tidak mengecewakan saya. Kalaulah watak 'Silva' ini jahat macam 'The Joker' dlm cerita Dark Knight tentu lg best! Tapi jangan sentuh Joker - ia lagend!

Filem ini 'reboot' untuk keseluruhan francais Bond. Saya berpuas hati cuma, menyampah bila terpaksa explain dgn biras setelah keluar dari wayang. Sekali lagi, elakkan menonton filem ini dengan orang yang tidak ada penghayatan dalam cerita Bond.

:: Adliayob :: SymbianKu.my ::

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...