Akan Datang!

Sunday, October 28, 2012

Review: Hantu Kapcai

Mungkin ramai yang beranggapan Hantu Kapcai adalah filem rempit yang paling mengarut pernah dibikin pembikin filem Malaysia. Aku setuju! Tetapi dalam sebuah karya, benda mengarut kadangkala menunjukkan perlambangan yang filem ini sebenarnya cuba meminjam landasan filem barat untuk diisi dalam filem ini. Bukanlah aku membela adegan adegan tak masuk akal cerita ini , cuma aku rasakan Hantu Kapcai sebuah hiburan yang cuba menyatakan ‘aku tak nak jadi filem rempit biasa, aku nak jadi luar biasa’. 

Syukur tak ada pula isu timbul pasal scene Ajib yang berada di atas awan bersama bapak dia. Walaupun ada penonton yang terus menangkap ianya bayangan alam barzakh, ianya tidak pernah dinyatakan sedikit pun, sekaligus meninggalkan kepada orang dewasa untuk fikir sendri menjelaskan sendiri kepada anak anaknya yang bertanya. Hal ini ingatkan aku kepada Bruce Almighty.

Hilarious. Itu boleh aku katakan dengan komedi filem ini. Dibandingkan dengan filem genre rempit seangkatan, aku rasakan Hantu Kapcai adalah filem rempit yang digarap dengan keunikan dan jugak lawak yang bersahaja. Bukan tabik kepada Zizan, sepatutnya skrip itu sendiri sesuatu yang well done! Garapannya tenang. Satu persatu komedinya dilancarkan perlahan lahan pada kata kata bual yang agak kuat sindiran tetapi masih memberi ruang untuk ketawa. 

Mesej filem ini pun agak lain dari pada yang lain. Jadi rasanya tak hairanlah filem ini nampu menyerlah di panggung. Karakter Ibrahim yang mana dah insaf buat jahat tetiba boleh nampak hantu Ajib nampaknya membawa mesej tersirat. Perasan atau tidak, perkataan Imam Muda disebut beberapa kali dalam filem ini? Adakah tersiratnya skrip ini mahu menyatakan imam yang lahir dari rancangan tv itu hanya sekadar rupa saja? Atau adakah ianya satu rujukan kepada kolaborasi KRU dengan Astro untuk lagu tema program realiti tersebut? 

Sebenarnya, apa yang menjadi fokus cerita ini bukanlah Zizan sebagai Ajib. Sebenarnya yang jelas, Akim itu, walaupun karakternya hanya dipaparkan berlatarkan dendam atas kematian Ajib, watak Akim itu sebenarnya perlambangan tentang kasih sayang, semangat dan usaha yang bolehkan setiap insan berjaya. Ingat tak bagaimana Akim boleh berjaya menang race walaupun Ajib tak bantu dia pada perlawanan akhir? Ianya cerita tentang perubahan. Dari mamat k-pop kepada racer secara tersurat, dan tersiratnya fikir2kanlah sendiri.


Menyukai visual efek yang memang memberikan kepuasan yang tidak pernah dinikmati dalam filem filem rempit lain. Visual efek Ajib jatuh motor yang agak wow, serta wajah harimau kat muka Tiger nampak hebat. Malah visual enjin motor digarap hampir sempurna seperti filem Fast n Furious. Ternyata teknologi visual dalam filem ini sesuatu yang wajar dipuji. Memang kapcai bukan sebarang kapcailah, kapcai datang dari KRU punya studio! 

Aku suka plotnya. Tenang saja dan tidak tergesa gesa. Rujuk filem rempit lain yang banyak menggunakan kata kata kesat dan samseng, filem ini nampaknya tidak mengambil idea yang sama. Dua pihak, masyarakat dan mat rempit diimbangkan dan menjadikan plot ini tidak sepenuhnya menyatakan mat rempit tu jahat sebaliknya merempit dengan cara yang betul boleh menjadi aktiviti riadah yang baik kalau merujuk kepada Karnival Kapcai yang dianjurkan dalam filem ni. 

Racing filem ini agak diatur dengan strategi berbeza. Kalau filem rempit lain aku slalu tgk mat rempit akan menunggang motor atas pelantar khas untuk close-up syot, filem ini menggunakan visual efek untuk menggantikan kaedah tersebut. Walaupun sesetengah babak racing, kita akan sedar yang background tu sebenarnya hanyalah visual efek, tetapi mix up yang agak baik menjadikan ianya satu olahan baru yang nampak klasik gitu. Erti kata lain, unik! 

Yang aku tak berapa nak suka, aku tertanya tanya tak ada ke nama lain selain Tiger untuk diberikan kepada watak Remy Ishak. Bukan apa, nama Tiger ni nampak macam familiar dengan Zizan. Kenapa? Ingat lagi Mael Lambong? Watak jahatnya juga bernama Tiger. Aku macam muak kot bila nama Tiger muncul dalam filem ni. Tetapi, positifnya, mungkin ianya sebagai menumpang tuah filem box office Ahmad Idham tersbut jugak. Mungkin juga, ianya sebagai penghormatan kepada filem Zizan yang box office tersebut.

Rasa agak lega apabila filem ini tidak menerima nasib yang sama seperti Bruce Almighty. Penapisan yang nampaknya sudah longgar dan mula menerima segala idea selagi tidak bersentuhan dengan sensitiviti sudah pun bermula. Hantu Kapcai bukan saja filem pertama menampilkan hantu sebagai manusia, Hantu Gangster pun sama jer konsepnya. Filem filem sebegini nampaknya petanda angin baru dalam industri filem kita. Keep up buat filem kreatif!

Hilarious, bermesej, lain dari yang lain, efek best, plot teratur, cerita tenang.. dalam kategori filem rempit, filem ni sempurna! Hantu Kapcai memang filem rempit yang membuang acuan budaya kita dan meminjam idealism Barat dalam penceritaan. Agak pelik, tetapi menjadi pada aku walaupun tak semua boleh terima adegan akhir filem ni. Walaupun yea, idea roh kembali tu agak karut dan sukar diterima akal, kita kena lihat yang filem ini bukan sekadar tahyul semata mata. Hantu Kapcai memang memecah tradisi filem rempitlah walaupun aku rasa Remy Ishak dan Zizan biasa biasa jer dalam filem ni. Cantik juga yer Neelofa bertudung. 

4/5

2 comments:

Adi Herman said...

just nak tengok neelofa ajer...yang lain agak mengarut hehe

ayam kambing said...

dah tengok. ni cerita lawak ke? tang mana part lawak tu?

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...