Akan Datang!

Monday, September 17, 2012

Panas: Blogger Hina Perlis Dihina Rakyat Perlis!


Kata caci maki, hina menghina sudah mula dilemparkan terhadap blogger bernama Larravenna dek kerana tulisannya yang bertajuk Perlis PERGHLIS , I HATE YOU ! I REALLY MEANT IT dikatakan menghina Perlis . Dalam post tersebut, yang mana sudah dipadamkan dek kerana telah membuatkan orang perlis jadi marah, Larravenna menulis tentang bagaimana dia menggambarakan perlis ini terlalu panas bagi dirinya. Berdasarkan pemerhatian admin, blogpostnya sudah ditulis pada Mei 2012 yang lalu dan hanya selepas 5 bulan berlalu, ianya menjadi isu.


Pastinya pada Larravenna, admin pasti tiada ada niat untuk menghina. Jika, iya pun, hanya dirinya yang tahu.Mungkin ianya lebih kepada pandangan peribadi. Lagipun, benda ini sudah lama, dan mungkin ada sebiji zarah yang mula merebakkan benda ini untuk menimbulkan kemarahan. Namun begitu, Larravenna bukanlah isu yang admin mahu bawakan. Tetapi, beberapa komen orang perlis yang tidak menggambarkan kemesraan dan hemoinya rakyat Perlis di fanpage Anak Perlis dan juga Perlis Permai Lagi Mempersona, itu yang buat admin geleng kepala.





Sebahagian saja komen dari tindakan Larravenna admin paparkan. Geleng kepala jugak admin bila ada dengar perkataan kurang ajar yang memalukan sebagai rakyat Perlis. Namun, di kalangan komen yang agak panas, ada juga yang bertindak menenangkan keadaan. Seharusnya, admin rasa, dalam menegur kena ada adab dan sopan. Lagipun, rasanya perkara ini amatlah kecil dan tidaklah perlu untuk disertakan cari maki dan kata kata kesat.


Akhir sekali, admin nak tekankan menegur tu biarlah beradap, baru orang lain mampu berubah. Apapun, pengajaran buat semua blogger juga, berhati hati dalam berkata. Kalau dia dah hina, janganlah hina balik.  Mungkin menegur dengan lemah lembut adalah lebih baik daripada memaki hamun. Bukan apa, kalau kita hina balik, maka orang Perlis ni sama je tarafnya dengan Larravenna. Sekian.

9 comments:

Aliff Haikal said...

benda ni pandangan peribadi . silapnya gadis ni dia public kan rungutan dia . Sy pernah duduk perlis , sy pernah terasa kepanasannya duduk perlis tapi takde lah sampai nak publish post macam ni . actually takde isu mana pun cuma dia tersilap langkah

Bahasa orang perlis memang camni ke ? oh sedihnya baca komen2 dorg :(

Anonymous said...

Pandangan pun pandangan la. Tapi ni dah kira menghina. Ada orang perlis hina dia tu ke? Ni sampai keluar WTF tu apa hal...

FahmiFaiz said...

WTF tu ditujukan kepada 'situasi dia yg terpaksa balik awal ke perlis'...bukan ditujukan kepada org perlis....
haihh, mcm ni bahasa org perlis, aku ada awek org perlis...kalau bleh taknak la anak2 aku nanti belajar ckp mcm korang... -.-"

Zack said...

agak2 la kutuk negeri orang

Anonymous said...

ikut la nak komen apa pun... kalau orang hina negeri korang apa korang rasa... nak kata apa pun guna la pemikiran waras... jgn ikut sedap mulut... kita orang melayu... adab kena jaga...

wan... said...

benda dah lepas tu dah la... lain kali berhati hati dengan apa yang kita cakap dan apa yang kita tulis...
kadang2 tu boleh membuat hati orang terguris...

wan... said...

mungkin negeri dia lagi bagus dari perlis kot...

Anonymous said...

mmg btol apa yg tuan empunya blog ni kata..bg sya mmg la slh bla menegur cara begitu..
tp bla tuan empunya blog ni pn tegur cara ni,
dgn menunjukkan komen2 yg xsepatutnya 2 pn,
wlupn dgn memadam nama mereka yg masih org bleh nampak 2,masih xelok caranya.
mmg mereka silap dlm menulis cacian begitu,wlupn ada yg hanya menulis kerana mrh tapi xmemaksudkannya btol2
dan anda juga telah menegur dgn menamakan 'rakyat perlis' tidak mesra dan harmoni.
bkn semua rakyat perlis begitu.begitu juga dgn larravenna.org perlis tidak memasukkan 'rakyat perak'.cma kpd Larravenna.
sya tidak membela sesiapa pn,sya pn bkn org perlis.
maaf lah klu cara sya menegur pn kurang sopan.
~peace~

Anonymous said...

Jangan pertikaikan sangat bahasa orang perlis sbb penulis xda kat tpt mreka..knapa nak bela sangat gurl 2.. gyna perkataan WTF ok ke... sdangkan dia sebenarnya menghina pemberian Allah...cuaca tu pemberian Allah...menghina pemberian sama mcm menghina pemberi.. kalau brncana alam blaku oun saya x sanggup nak berkata bukan2..

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...