Akan Datang!

Sunday, July 29, 2012

Review: Aku, Kau & Dia

Mungkin sebab terlalu nak kejar keagungan untuk dimasukkan dalam jiwa filem ini, Pierre terlupa untuk meletakkan beberapa ciri lain yang mungkin membantu menaikkan perasaan dan juga kemantapan cerita ini. Aku, Kau dan Dia bukanlah sebuah filem yang teruk, tetapi sekadar member pandangan, keseluruhan cerita ini yang mana berada sebelum twist yang mengejutkan hampir di akhir cerita amatlah membosankan. 

Jiwa Izlan memang ada romantika. Namun, kenapa aku tengok layer layer keromantikan Izlan dan juga Mia seperti diselaputi plastic kepalsuan yang amat amat membosankan. Iya, walaupun au rasakan babak babak percubaan Izlan memujuk untuk menambat hati Mia agak cute dan comel, malangnya ia masih membuatkan aku rasa ianya membosankan. Ada benda yang tertinggal rasanya dalam babak babak yang menarik tetapi membosankan itu. Aku tak tahu apa, tetapi aku tahu, ada sesuatu yang hilang 


Dalam banyak banyak filem Pierre Andre, tak layak untuk Aku, Kau dan Dia berada sebaris filem filemnya yang dahulu. Aku, Kau dan Dia nampak cute pada cerita yang ingin disampaikan. Tetapi, keputusan keseluruhan, selepas menjalani segala lakonan dan editing segala bagai, ianya adalah filem yang paling membosankan Pierre Andre pernah berikan. Ianya memang ada keagungan cinta yang ingin disampaikan, tetapi amatlah simple dan mendatar. 

Ya, mendatar mungkin perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kebosanan itu. Perhatikan saja permulaan filem ini yang bermula dengan imbasan kematian Ilhan. Dari situ, aku boleh menerima lagi persembahannya. Nampak seperti melodrama filem Indonesia seperti Love Is Cinta, ataupun layak juga aku samakan dengan Heart. Namun, lama kelamaan, melodrama itu masih di tahap yang sama, tidak naik naik, menjadikan ceritanya tidak ke mana. 


Mungkin aku rasakan idea Pierre untuk menipu penonton menjadikan kejutan siapa sebenarnya Izlan sesuatu yang agak menarik untuk disaksikan. Penipuan yang diberikan berjaya menyuntik semangat ingin tahu. Tetapi, kalau kejutan itu saja yang menarik, dan hampir sejam dimomokkan dengan adegan yang mendatar dan membosankan, apa gunanya kan? 

Sharifah Zarinatasha agak membosankan. Lakonannya tidak meyakinkan. Tetapi, dengan gandingan Remy Ishak yang agak romantik walaupun menggelikan, watak Mia bolehlah dibantu. Aku faham, mungkin watak Mia digambarkan sebagai seorang yang ‘jiwa kacau’ sehinggakan membina rakan imaginasinya untuk cuba gembira. Apapun, tetap aku rasakan kebosanan itu ada. 


Hampir satu jam lebih dimomokkan dengan kebosanan, filem ini juga menambah keterukan dengan watak ratak yang terlalu skematik giler. Bayangkan saja dialog dialog Nash yang skema nak mampos. Malah, Harun Salim Bachik yang kelakar itu pun terperangkap dalam dialog dialog yang terlalu skema. Gambaran keluarga mewah melalui dialog inggeris lagilah errrkkk…. Memusnahkan jiwa filem. Kononnya, mahu membuktikan level keluarga ini adalah high class, dan penerimaan di mata penonton, ianya memosankan. 

Namun begitu, aku rasakan skripnya agak bagus. Watak Izlan yang diimaginasikan Mia digarap dengan logika yang teliti dan sempurna. Tidak ada cacat cela untuk mempersoalkan siapa sebenarnya Izlan dalam hidup Mia dan kenapa watak itu terwujud dalam kehidupan Mia. Memang sebuah skrip yang agak baik dar seorang penulis kisah romantik yang 'tersohor'. 

Dengan lakonan yang sederhana akibat dialog dan babak yang mendatar dan tak ada umph, keromantikan Aku, Kau dan Dia tidak dapat dilihat dengan jelas. Walaupun ada adegan yang aku anggap romantic, ianya sekadar adegan saja. Untuk menjiwai sebuah jiwa Mia yang cuba untuk gembira sukar untuk dicuba sehinggalah kejutan yang muncul di akhir filem menyelak kain kebosanan yang menutup hampir separuh filem ini. Tontonlah sendiri dan nilaikan. 

3/5

1 comment:

Raz said...

hmmmm x best la ni kan??

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...