Sumpahan Kum Kum punya idea yang cukup sempurna. Ideanya tak biasa dan berjaya lari dari idea ucap ucap jampi serapah yang banyak menghiasi filem filem Teo sebelum ini. Memang aku pun dah naik muak dengan jampi serapah yang apa apa entah atau mungkin rekaan yang tak logika dan tak mampu lagi ditelan untuk keseraman berganda. Jampi serapah Teo nampaknya sudah menjadi komedi yang menenggelamkan seramnya filem Metrowealth. Rujuk Keramat dan juga beberapa filem kebelakang terbitan Teo.
Bertitik tolak dari penghuni alam ghaib yang fiksyen atau dekatnya disebut lagenda, Sumpahan Kum Kum memberikan keseraman yang meyakinkan sekaligus membuatkan idea seramnya patut dipuji. Walaupun kutipan di panggung nampaknya gagal mencapai tahap maksima, file mini ada factor x nya yang tersendiri. Garapan Ismail Bob Hashim ini nampaknya berjaya lari dari cliché Zain dan juga Idham yang sebelum ini penuh dengan angkat mengangkat hantu popular Malaya.
Tak ada hantu raya, tak ada hantu peleset, ini adalah hantu Kum Kum. Hantu kum kum jarang didengar kerana ianya lagenda setempat yang tidak menghuni Malaya keseluruhannya. Ianya sebuah kisah setempat dan jarang didengar. Semejak ada siri tv dengan tajuk hampir sama, di situlah hantu kum kum mula dikenali. Dan Metroweath membawakan idea ini ke layar besar kononnya mampu membuktikan salam hantu itu yang punya Kum sebanyak 3 kali mampu menakutkan penonton.
Ya, ketakutan itu wujud di saat akhir. Di saat bagaimana hantu itu muncul di cermin untuk satu ilusi kejutan yang realistik. Bravo! Namun, dari awal sehingga tengah filem ini, kelibat gaya cerita format Metroweath tak mampu di bawa lari jauh. Seramnya yang cuba bermain main dengan penonton kadangkala nampak membosankan walaupun ideanya menarik dan cukup luar biasa.
Kisah Mila yang mana hodoh dan menggunakan susuk untuk mencantikkan wajahnya nampak cukup untuk memberikan kesedaran tentang manusia dan kesanggupan mereka untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sebuah kisah kehidupan yang pada aku berjaya dipaparkan dengan menarik kerana setiap manusia ada kehidupan yang sukar diduga.
Belitan yang dibina, dimana Mila akhirnya melanggar pantang dan Mak Tam memaksanya membunuh 9 nyawa dara itu nampaknya menarik. Tambahan lagi, nyawa pertama itu sendiri nampaknya adalah anak Mak Tam sendiri adik kepada Adi menjadi mangsa, itu memang belitan twist yang memang cukup sifat untuk membina sumpahan kum kum.
Seram Ismail Bob Hashim nampaknya bukan diletakkan pada kejutan kejutan yang selalu hadir setiap kali babak demi babak. Seram pengarah ini dalam arahan Sumpahan Kum Kum aku nampak pada bagaimana kejutan plot itu sendiri yang dibina dengan suspens dan seramnya.
Secara keseluruhannya, lakonan Fezrul boleh dibanggakan kerana adegan rasukan Mila dalam bilik terkunci itu memang terbaik dan hebat. Putri Mardiana kurang menyerlah namun banyak membantu. Dengan watak pembantu yang begitu ramai, aku rasa hanya Fezrul saja yang nampaknya timbul dalam filem ini.
Dengan ending filem ini yang nampaknya sudah mampu diduga saat pak imam membaca yasin di kuburan Mila, Sumpahan Kum Kum secara keseluruhannya punya kehebatan pada penceritaan. Bagaimana ukiran karakter Mila dan juga kisah ibunya si Adi nampaknya ukiran yang menarik. Tidak berkecamuk dan tenang. Mungkin Sumpahan Kum Kum tak mampu untuk menandingi apa yang terjadi dengan filem seram 3 4 tahun dulu yang box office kerana peletakan elemen seram filem Teo sudah nampak clichenya sekali sekala.
3/5
9 comments:
x sempat lagi tgk movie ni. insya Allah akan tonton nanti.. kupasan ia sedikit sebanyak mendorong untuk mama lynn tonton sendiri
belum sempat nak tgk lagi :(
takot lak nk tengok hehe
Tak tgk lagi cete nih.. tunggu panggang pop corn siap.. hik3
ada kata tak best citer nie..tapi rasa macam nak tgk je.. hehe
tak berani nak tgk..penakut...huhuhu
perghh..xkan tengok..sebab menakutkan.. :(
dah tengok cite neh..agak boleh blah laa cite dy..
tak tgok lagi cite ni..tapi boring la asyik cerita dia sama ngn filem seram lain..xbnyk beza
Post a Comment