I believe that Songlap ada kesempurnaan dari visualnya. Pada aku, Songlap bermain dengan kemodenan visualnya yang teratur, cermat dan ada jiwa. Songlap bukan sebuah filem hiburan sahaja. Ianya adalah perubahan untuk memberikan sebuah mesej yang besar. Aku menyukai garapan filem ini juga tambahan lakonan si Shaheizy Sam yang luar biasa dan memukau. Apapun, Songlap sebuah kisah yang luar biasa (sekali lagi) dan menarik dalam alur ceritanya.
Songlap bercerita tentang isu kegelapan yang gelap. Semua karakternya berada di sisi jahat. Cuma kejahatannya setinggi mana, itu yang menjadi kayu ukur antagonis dan prontagonis filem ini. Watak dalam filem ini, dari Ad, Am, Hawa dan watak sekitarnya semuanya pendosa.
Kreatifnya filem ini, semua pendosa pendosa ini ada satu kefahaman, dosa itu terjadi sebab takdir mereka sebelum itu. Hawa mengandung anak luar nikah bapanya sendiri, kerana takdir dosa si ayah. Ad dan Am menjual bayi haram disebabkan dosa ibunya, si pelacur. Susunan kehidupan yang nampak gelap tetapi disebalik setiap watak, ianya satu paparan kehidupan yang penuh moral.
Sinematografinya tahap luar biasa. Aku menyukai seni aspek ini kerana ianya sesuai dengan paparan. Visual yang tidak terlalu cerah, menjadikan emosi itu ada dalam setiap babak yang dipersembahkan.
Tak mahu bercakap banyak tentang filem ini. Kisah yang cukup menarik, penuh pengajaran walaupun sesetengah penonton yang kurang biasa dengan gaya penceritaannya mungkin akan bosan. But, for those yang melihat inti filem ini, ianya memang sesuatu yang sedap untuk dijamah, berakhir dengan kekenyangan juga hiburan yang bukan cliché.
Lakonan yang baik dari Shaheizy Sam, Sara Ali, Syafie Naswip. Penampilan Omar Abdullah juga tidak mengecewakan. Kolaborasi yang cukup rencah, ada chemistry dan mantap.
4.5/5
1 comment:
citer nie mesti best sbb ade sam.. sam kan pandai bawak watak :D
Post a Comment