Keramat sebenarnya punya promosi yang berjaya. Aku puji trailer yang disiarkan di MIG Online yang cukup gempak dan berjaya membuatkan aku teruja. Melangkah hari ini menyaksikan tayangan filem Keramat pada hari pertama tayangannya, 12 Januari 2012. Aku ingin rasakan apa kehebatan filem ini yang dicanang menggunakan format filem yang berbeza dari filem filemnya yang lain. Aku ingin tahu, adakah kerana kualiti kerja kameranya, ceritanya terabai.
Malang sungguh, aku rasakan Keramat bukan luar biasa. Iya, sebuah lagi cliché metrowealth yang ditulis Panel Skripnya. Keramat tidak menjadi untuk berdiri dengan keseraman bergandanya kerana plotnya sudah kucar kacir dan kejutan yang tak menjadi. Pengalaman menonton Keramat memang berakhir dengan satu kepuasan sederhana atas beberapa sebab, tetapi aku tetap merasakan plotnya amatlah sampah kerana idea Keramat itu adalah surprise yang cuba diberikan, namun penonton sukar untuk merasakan.
Mantra adalah epik seram paling gila pernah aku tonton dari sutradara Azhari Zain. Dengan kebogelan si Zul Handyblack yang menjadi isu, aku rasakan Mantra sekurang kurangnya ada kisah yang oklah jugak. Namun, kegagalan mula timbul dari Keramat kerana ideanya cuba menggabungkan kisah zaman puluhan tahun dulu dengan zaman kini. Iya, aku tak nafikan idea ini. Tetapi, jika tulisannya sudah tidak menjadi seperti diharapkan, kenapa masih filem ini diteruskan?
Keramat dengan teraju utama Zul Handyblack, Rabecca Nur, Mon Ryanti, dan Adey Shafrien mengisahkan bagaimana kuasa fitnah pada awal ceritanya. Habib telah difitnah kerana merosakkan kehormatan Mustika, yang mana ianya tidaklah dijelaskan dengan lanjut. Namun, oklah. Kisah bergerak ke zaman sekarang dimana Syazura (Rabecca Nur) sedang fobia dengan kehilangan anaknya yang dikandung. Kisah kemudiannya membawa kita ke kampung Syazura kerana kononnya Nasti, adik si Nazmir mengaku dia mampu untuk mengubat isteri Nazmir dengan mencari tebu di tengah dua lembah.
Di kampung, kita akan ketahui yang niatnya nampaknya sudah memesong dan cerita beralih arah ke cerita tongkat keramat. Dari sini, kisah kucar kacir sehingga akhirnya, kita ketahui yang ini bukan salah mereka, atas apa yang terjadi. Dan, ketahuilah yang apabila ‘Keramat Itu Dibuka, Nyawa Galang Gantinya’.
Aku jelaskan di sini bahawa jika anda rasakan filem ini terlalu seram, aku rasakan ianya tidaklah terlalu high level sangat. Elemen filem ini lebih kepada misteri dan juga apa yang sebenarnya sedang berlaku kepada mereka. Dan apa yang sebenarnya yang berlaku pada mereka itulah yang menjadikan filem ini serabut dan susunannya, oh maaf, aku tak berapa puas hatilah. Mari aku spoil kan korang dengan point point di bawah:
Aku rasakan permulaan filem ini cukup baik. Aku rasakan suara narrator ini amatlah baik dalam menghuraikan apa yang berlaku antara Habib dan Mustika suatu ketika dahulu. Malah, aku rasakan suara narrator inilah x factor filem ini.
Pengakhiran filem ini tidaklah mengecewakan. Tiba tiba saja sebuah filem seram menjadi sebuah filem slasher yang entah apa apa. Walaupun aku rasakan adegan akhir filem tu macam what the f je, yang mana kononnya nak buat surprise hari jadilah konon, tetapi pada aku ianya masih belum baik sungguh untuk memberi impak kejutan kepada penonton. Walaubagaimanapun, aku rasakan pengakhiran tu cukup baik jugak untuk mengakhiri filem ini. Endingnya, luar biasa dalam ke ‘surprise tak menjadi’annya.
Dengan lakonan si Zulhandyblack yang alamak, sederhana jelah, aku rasakan filem ini sudah rosak pada actingnya. Malah lakonan kecil Diana Amir pada flashback filem ini juga amatlah menggeletek hati walaupun sepatutnya ianya tak jadi macam tu. Apa mungkinkah relevan filem sebegini menggunakan dialog dialog kekanda adinda di zaman tradisional itu? Maaf, adegan Diana Amir minta tengok wajah Habib di air terjun tu amatlah bodoh pada dialognya!
Adegan yang paling bodoh dalam filem ini adalah adegan dimana si Nazmir memarahi Syazura dan menamparnya. Kemudian, masuk si Nasti dan menumbuk Nazmir atas kelakuannya. Kemudian, Nazmir kononnya insaf dan rupanya dia sedar tindakannya di bawah paras sedar dan kemudiannya memeluk Syazura yang dalam ketakutan. Adegan yang nampak kebudakan pada garapan.
Satu lagi adegan yang kononnya mahu menyentuh jiwa adalah adegan apabila si adik meminta abangnya, Nazmir supaya tidak menuruti perintah ustaz yang menyuruhnya mengembalikan tongkat keramat. Di akhir babak, apabila tongkat sudah dipacak (walaupun itu rasanya bukan tempat asal tongkat tu sebab jika anda perhatikan, tongkat tu diambil Nazmir di tengah ladang tebu dan bukannya di tepi semasa Nazmir pacakkan kembali tongkat tu), Nazmir berpelukan. Kononnya mahu tonjolkan keakraban dan keinsafan, tetapi for wat?? Mereka tak ada pun bergaduh sampai berdendam? Perlu ke mereka berpeluk seperti mereka berdua tak bertemu puluhan tahun? Erk!
Owh, hantunya amatlah cliché dan no idea ataupun mungkinkah juga jenis jenis hantu sudah ketandusan untuk diukir. Perhatikan satu babak filem ini yang mana menampilkan hantu yang merangkak dalam keadaan terbalik. Kalau orang tak tahu nak jelaskan jenis hantu tu, senang je, compare dengan makhluk dalam filem The Thing. Dah agak dah, hantu copy paste! Apapun, efek hantu dan kangkangan si Rabecca semasa rasukan memang seram dan giler hebat!
Efek CGI dalam filem ini nampak tidak begitu mengecewakan walaupun adegan muka Habib keluar cahaya itu amatlah lemah dan mengecewakan.
Dengan visual yang baik jugaklah, menyukai gabungan pokok di tengah bukit (yang mana dilihat sekali saja dalam filem ini) dengan kawasan ladang tebu yang memang tak pernah wujud pun di kawasan sekitar pokok (sebab tempat ini adalah bukan reality, jadi diterima). Kerja gabungan tempat yang cukup unik, walaupun adegan Munirah masuk ke ladang tebu tu nampak jelas menunjukkan tebu tersebut sengaja ditanam. Ehe.
Bercerita tentang adegan dalam filem ini, aku rasa kekucar kaciran banyak terjadi. Satunya, korang akan rasakan filem ini seperti sebuah filem ‘BERSAMA USTAZ’ apabila ada adegan sembang sembang dengan ustaz (yang mana wujud tanpa apa apa tujuan). Aku rasakan dialog di tepi sungai tu amatlah tak sesuai dan telah melengahkan cerita ini. Malah, selepas Asar, dua adik beradik ini pulang ke tempat asal tongkat dan tanam kembali tongkat tersebut, mereka berpelukan. Oooo mai goodness, ini bukan drama Akasia beb. Tak touching langsung.
Adegan 'ranjang' Zul Handyblack bersama Mon Ryanti yang mana digunakan untuk menjadi jambatan untuk penonton kembali ke zaman silam nampaknya ok. Tetapi, korang bayangkan satu soalan, kenapa si Syazura nak balik kampung ke sebuah rumah tinggal. Apa kaitan Syazura dengan Mustika? Kenapa di akhir filem roh Mustika masuk ke dalam Munirah dan bukannya Syazura? Jika semua ini berkisar tentang keramat, apa kaitan hantu di bilik Doktor Najwa? Apa ke jadah si hantu ni nak ekori Dr. Najwa sedangkan dia tak ada kaitan pun dengan apa yang Nazmir dan Nasri buat?
Soalan soalan inilah yang sebenarnya menyebabkan filem ini kelihatan amatlah teruk pada plotnya. Aku suka garapan visual filem ini yang hebat. Namun, kalau cliché pada keseramannya, ceritanya seolah olah tokok tambah si Panel yang macam terdesak nak buat keseraman lagi, aku rasa kehancuran Keramat bermula di situ.
Salahnya si Panel MIG yang menulis. Aku faham idea filem ini yang meletakkan watak jahat itu pada sesuatu yang tak terlihat, dan aku akui ianya unik. Namun, persembahannya gagal memikat walaupun kreativiti keseramannya nampak cuba untuk diberikan gerakan baru. Dengan format basi MIG yang meletakkan mantera mantera yang mual aku dengar (eh, perlu ke letak mantera mantera ni semua kalau nak seram?), ianya satu lagi filem seram yang cuba merangkak naik, tetapi jatuh (pada pandangan aku) pada ciri utamanya; plot.
2/5
3 comments:
setuju... semalam pergi tengok. apa yang saudara tulis, benda ini jugalah yang kami persoalkan dalam kereta. eeee geramnya tak faham okay kaitannya.
kangkangan rabecca mmg wohhh!! err tapi ada satu part nampak dia punya tutttt.. dahla pakai tube. buduh betul. pengarah takkan tak nampak kot...
Tak best ke ceritanya...tengok review cam best hihihi
tak best ya..tak perlah saya memang dah lama tak tengok wayang..huhuhu.
Post a Comment