Akan Datang!

Monday, January 2, 2012

Review: Datin Ghairah

Datin Ghairah, persoalannya di sini semestinya tentang keghairahan apa yang ingin disampaikan. Filem terbitan De Baron ini, yang mana menerbitkan Jalang (2009) berani untuk menerbitkan lagi filem lain walaupun kegagalan sudah berlaku di Jalang. Namun, itu adalah satu perkara positif, sebab penerbit sepatutnya tak perlu putus asa. Berpeluang menonton Datin Ghairah dan rasanya ia boleh lah tahan. Sebuah filem komedi, yang tak lah seghairah mana. Dan, ini bukanlah American Pie versi Malaysia, ataupun Abuya versi komedi. 


Permulaan filem ini rasanya menarik. Aku suka permulaan filem ini dengan V.O (voice over) Datin Ghaireyah. Walaupun aku rasakan ianya taklah seksi mana, tetapi introductionnya menjanjikan satu kelainan. Dengan selang seli dengan si Dato Mahfuz yang kononnya bakal menaiki bot kematiannya, aku rasa permulaannya satu starting yang baik. Namun, aku rasakan permainan twistnya nampak cuba disampaikan dengan baik tetapi entah bagaimana, ianya hanyalah twist biasa dan tidak berjaya menarik perhatian aku. Walaupun kejutan di akhir filem tu tak dapat dijangka, aku rasa ada satu yang tak kena dengan bagaimana twist tersebut dilakar. 

Ada beberapa point yang aku rasakan kurang berjaya untuk disampaikan. Ianya sekaligus membuatkan beberapa adegan dalam filem ini nampak tak kemas, tak tegang dan sempurna. 


Satunya, spoilernya, Zakar Ria (sepertimana si Derus sebut) ataupun seterusnya menggunakan panggilan Zack adalah seorang polis. Dia menjelaskan bahawa dia selalu meletakkan bunga di tempat Datin. Namun, dalam filem ini, bunga itu sendiri tidak dimainkan dengan jayanya. Bunga yang menjadi klu utama, tidak ditekankan dengan baik dan penjelasannya nampak tak kemas. 

Keduanya, komplot dan skandal Suffian nampaknya cuba untuk mengejutkan penonton. Ini adalah point utama yang nampaknya ditenggelamkan oleh karakter Zack. Terlalu banyak adegan Zack sehinggakan plot ini menjadi tenggelam. Padahal, itu yang sebenarnya rahsia besar Zack. Thus, karakter Zack itu sendiri tidak meyakinkan. 


Ketiganya, jujur aku katakan plotnya terlalu ringkas dan cuba untuk dimisterikan. Yalah, perhatikan penyelongkaran bilik Datin yang cuba dimisterikan. Tak menjadi. Watak dua orang pekerja yang bersubahat nampaknya tak kuat. Malah, kononnya geng penyeludup dadah terbesar dunia nampaknya tak lah gah dan mampu untuk membuatkan penonton berkata ‘geng ni memang gerun dan ganas. 

Kelimanya, dari segi audio. Suntingannya amatlah rendah sekali sekala mengganggu pendengaran. Beberapa babak yang senyap jelas sekali kedengaran bunyi hissing yang kuat dan ketara. 


Keenam, kita akan ketahui yang tajuk filem ini dinamakan sebagai Datin Ghairah sebab merujuk kononnya Datin Ghaireyah punya nama panggilan adalah Datin Ghairah (merujuk kepada synopsis di sinemamalaysia.com). Tetapi, sepanjang filem ini, tak ada pula yang menyebut nama datin tersebut dengan panggilan Datin Ghairah. Malah, semasa adegan Datin berbual dengan Zack, Datin sendiri suruh panggilnya Ghaireyah dan bukannya Ghairah. 

Ketujuh, dari segi aksi fighting, aku sedar yang gayanya cuba untuk meniru gaya filem Tamil. Perhatikan adegan Bob lawan penjahat. Idea tersebut nampaknya kreatif. Oklah, komedinya aku terima. Tetapi, fighting di adegan last mana? Senang gila si kartel besar kena tangkap. 


Positifnya, aku rasakan ada improvement pada sesetengah point. Aku senaraikannya satu persatu di bawah.  

Filem ini mengingatkan aku kepada karya 90an. Suntingannya klasik. Walaupun sepatutnya suntingan tu kena lebih baik dan permainan kameranya perlu lebih hebat, aku rasakan visual Datin Ghairah secara tak sengajanya memberikan visual filem 90an dan oklah… I accept it as the beauty of this movie. 

Walaupun sebenarnya tak. Keduanya, aku rasakan filem ini komedinya terletak pada Yang Kasim yang nampaknya memberikan ‘suara kecik’nya yang rasanya kelakar. 


Ketiganya, penggunaan lagu tradisional semasa adegan Bob berlawan nampaknya satu uniqueness filem ini. Aku tak tahu nak gambarkan bagaimana, tetapi visual dan audionya, walaupun jauh panggang dari api, tetapi nampaknya menjadi. Ianya unik. 

Keempat, Aaron Aziz, sudah tak dapat disangkal lagi. Aku rasa, si dia nilah hero pojaan yang menyelamatkan banyak drama tv dan juga filem. Lakonannnya dalam komedi nampaknya terbaik walaupun ceritanya biasa biasa. Maria Farida sebagai Datin biasa saja. Yang Kassim dalam watak yang luar biasa dan cukup menarik. 


Keseluruhannya, Datin Ghairah tak cukup komedi serta elemen kejutan yang tidak berjaya. Rasanya sesetengah komedi menjadi tetapi beberapa elemen nampaknya tak berjaya ditonjolkan. Plotnya nampak menyimpang dan rasional penyimpangan tersebut tak jelas dan nyata. Dengan adegan finale yang cukup pendek dan tidak meyakinkan, aku rasakan Datin Ghairah mungkin hanya sebuah filem yang hanya mampu buat sesetengah penonton diam, menguap dan mungkin pejam mata, lena jika tiada Aaron Aziz. 

 2.5/5

2 comments:

farysa said...

busan sgt2 cerita ni.takde motif.
nasib baik download je,hehe

bachelors diary said...

review menarik..jelas dan nyata...keep it up bro..

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...