Filem KIL dibintangi oleh Redza Minhat, Cristina Suzanne Stockstill, Harun Salim Bachik dan Dira Abu Zahar dan diarahkan oleh Nik Amir Mustapha. Kisahnya luar biasa pada pandangan aku. Kisah bagaimana seseorang yang merasakan dirinya tak berguna lagi di dunia dan percubaannya untuk membunuh diri yang akhirnya membawa kepada satu persimpangan dilema.
Filem ini mengisahkan Akil (KIL), seorang anak muda yang murung dan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Tetapi, dia masih tidak berani untuk membunuh diri. Percubaannya untuk mati sentiasa gagal dengan jayanya sehingga dia terjumpa dengan satu penyelesaian yang sempurna, iaitu satu agensi pembunuhan yang aneh. Dengan mengupah agensi ini untuk membunuhnya, pembunuhan yang bakal dilakukan adalah tidak dijangka oleh individu yang hendak mati itu. Dia tidak akan tahu nama pembunuh upahan dan bila atau di mana dia akan mati. Ini ialah sesuatu yang ideal untuk KIL, sehingga dia jatuh cinta pada seorang gadis yang baru ditemuinya, Zara. Secara tiba-tiba, dia mula ragu-ragu tentang niat asalnya untuk membunuh diri. Ironik, bukan?
KIL akan berada di pawagam Mac 2012. Dengan visual yang memukau, aku rasa aku tertarik untuk menonton filem ini.
3 comments:
pembunuhnya siapa? Zara ya??
waaaa..nice lah... yang penting nak tau lah HSB tuh watak lawak ke serius? ahaha
x sabar nak tengok cete ni
Post a Comment