Saturday, September 19, 2015

Review: The Transporter Refueled

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Carmille Dellamare
Pelakon | Ed Skrein, Ray Stevenson

Apalah yang ada pada The Transporter kalau takde si mamat Jason Statham. Kalau takde dia, memang Transporter tidak jadi satu filem yang baik. Memang aku rasakan filem ni cuba menarik perhatian dengan adegan aksi yang gempak dan juga kejar mengejar yang power, namun, ianya masih kurang segar jika Statham tidak ada di dalam filem ni. Itulah yang aku rasakan setelah menonton The Transporter Refueled. 

Membandingkan The Transporter Refueled dengan filem yang terdahulu, filem ni ada perkara yang sama dengan yang dulu iaitu kereta, perempuan dan juga warna filem yang cantik. Tapi, apa yang takde dalam filem kali ini yang menghampakan ialah Jason Statham, penjahat yang gila, serta plot ringkas tetapi padat dengan aksi. 

Filem ni gagal untuk membawa misi yang ringkas macam dalam filem-filem dulu. Walaupun ringkas, 1 jam 20 minit yang diberi untuk menghayati rasa macam cepat je sebab kita enjoy! Dalam filem ni, 1 jam 20 minit rasa macam lama bebeno. Sebab terlalu banyak pi mai pi mai yang menghapuskan ikoniknya watak Frank Martin! 

Plot The Transporter Refueled terlalu panjang. Dimana kita mengagak filem ni bakal berakhir seperti trilogy dahulu, ianya tidak terjadi. Permainan Anna terlalu complicated dalam sebuah filem yang mengharap untuk jadi seringkas mungkin. Malah, aku tak sangka yang filem ni dicorakkan jauh dari iga filem terdahulu sekaligus menghilangkan wajah Frank Martin yang kita kenal. 

Frank Martin pula, kali ini tidaklah menjadi hero sangat. Wataknya keluar masuk, terumbang ambik sama ada nak jadi main character atau Anna yang jadi main character. Aku sendiri tidak rasa yang Frank Martin kali ni menonjol dari dulu. Kecewa apabila Frank Martin hanya sasa pada fighting scene tetapi tidak mampu memberi aura machonya macam Frank Martin yang dulu. 

Malah, kalau nak tengok pada aksinya, aku sendiri rasakan ianya tidaklah terlalu kreatif mana. Ya, aku rasa best je babak kat airport tu, tetapi aku rasakan banyak scene aksi direka hanya untuk diletakkan dalam movie suka suka je. Pada aku, gabungan antara dramanya dan aksinya tidak dijalinkan dengan baik. Apa tidaknya, perkara kecik pun boleh bergaduh. Filem ni, kalau Bollywood, ibarat filem yang tak sesuai nak isi lagu-lagu tetapi diorang gagah nak isi jugak! 

Plot yang tidak digarap dengan baik adalah satu kekurangan. Malah, terlalu banyak adegan Frank Martin di luar kereta juga agak kurang menyenangkan. Come on. Ini Frank Martin n his car. Biarlah ceritanya bekisar tentang kereta dan dia seperti dalam filem filem dulu! 

Mengecewakan. Aku rasakan Jason Statham harus kembali. Siri filem Transporter harusnya lebih umph dari ni. Adegan fighting yang sengaja dipanjangkan tanpa kesinambungan yang bagus, ditambah pula dengan pengembangan watak yang tidak sempurna, semuanya melemahkan filem ni. Terlalu banyak kekecewaan sehinggakan aku rasakan macam nak main je handphone masa tonton filem. Hilang fokus! 

2.5/5

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

No comments: