Friday, September 18, 2015

Review: Polis Evo

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Ghaz Abu Bakar
Pelakon | Zizan razak, Shaheizy Sam, Harun Salim Bachik

Ghaz ni memang serba boleh. Bab nak upkan Zizan punya lakonan memang pengarah ni terbaik. Di tangan pengarah ni, Zizan memang luar dari kotak. Super lawak dan super serius dalam lakonan. Senang cakap, tak ada pengarah lain yang mampu ‘tambat’ Zizan melainkan Ghaz. Kalau aku katakan ini ialah filem kedua selepas Tokan yang membuatkan Zizan timbul, sila percaya. Tak nak percaya pun, sudah! G main jauh-jauh! 

Oh, lupa nak habaq. Misi menonton Polis Evo ni memang aku buat gila sikit. Aku sengaja suka-suka travel 200km dari Besut ke Kerteh hanya untuk enjoy the movie. Dan ternyata, ianya tidak mengecewakan. Ghaz Abu Bakar yang telah mengecewakan aku dengan sekuel Cicakman 3 sudah kembali menebus maruahnya dalam pembikinan filem aksi ini. 

Filem ni memang cool, wa cakap lu! Kalau korang suka tonton cite omputeh, memang korang akan rasa meremang tonton filem Polis Evo. Mana tidaknya, semua elemen filem aksi Hollywood ada dalam filem ni. Ghaz seperti sudah membaca kitab-kitab suci filem Hollywood dan kemudiannya menumpahkannya ke dalam filem ni. Elemen sama cuba ditampilkan dalam Cicakman 3, tapi gagal. 

Apa ada dalam Polis Evo? Kalaulah Polis Evo ialah resipi Burger King (taip sambil makan Burger King sekarang), ianya ialah kombinasi roti burger Bad Boys yang digoreng oleh peminat Michael Bay. Intinya pula ialah tiga perkara yang membuatkan Fast & Furious berjaya iaitu kekeluargaan, persahabatan dan juga penjahat yang sanggup lakukan apa saja untuk tak nak kalah. Oh, sosnya pula ialah komedi cara Malaysia yang cukup rasa.

24 movie mistakes filem POLIS EVO


Filem ni ada penjahat paling ganas dalam sejarah filem Malaysia (tak tau la kalau ada yang lagi padiyappa dari ni). Even gangster-gangster KL Gangster pun boleh kalah. Watak jahat yang dibawa Ayie Husairi memang nampak cool, macam dalam filem Tamil tu, tapi dia punya kejahatan memang mega. Korang akan rasa macam tonton penjahat Tamil kecek Terengganu / Besut boh! 

Gabungan Shaheizy Sam dan Zizan pula blend well. Memang Zizan ada had lawaknya, dan Shaheizy Sam pula dengan gaya selambanya yang banyak menangkis ‘lawak-lawak’ yang dibawa Zizan. Memang diorang nampak sesuai di layar. Belum pernah lagi aku tonton filem polis Malaysia yang memaparkan duo sebegini. 

Jelas dan nyata, filem ni memang Bad Boys versi Malaysia. Memang olahan ceritanya, mahupun dari segi visualnya pun korang akan rasa yang Ghaz banyak meminjam teknik kamera yang digunakan oleh Michael Bay dalam filem Bad Boys. Malah, adegan kejar mengejar paling gempak tu pun mengingatkan aku kepada Bad Boys 2 (sama tapi tak serupa, hehe). Malah, adegan tembak sambil ‘pose hebat macam tak sedar diri ketika menembak’ ketika Insp. Khai dan Sani ditangkap penjahat tu tak bleh blah! Tapi, memang cool. 

Memang filem ni menggunakan logik filem yang banyak. Kalau korang fikir logik, memang berlindung di sebalik sampan bila kena tembak memang perkara yang bodoh. Hollywood pun berlindung di sebalik benda-benda metal kalau kena tembak. Kelakar, tapi convincinglah, kalau ikut logik filem. Malah, aku juga fikir bakpelah Sani gunakan forklift yang slow untuk letupkan kapal penjahat, padahal gunala kereta hok laju sket. Penjahat tu pon bodoh. Tercongok je dok nembok. Larilah. Haha.. 

Apapun, aksi-aksi filem ni memukau. Korang takkan jumpa aksi-aksi macam ni dalam filem aksi lain, kecuali Ghaz yang arah! 

Korang wajib tonton filem ni! Kalau korang nak cakap filem Melayu sampah, tarik balik, cepat! Kalau Polis Evo ni ditayangkan di Thailand, aku rasa mereka pun kagum. Polis Evo memang sebuah filem yang tangkas dan hebat! Filem yang berjaya mengangkat betapa susahnya menjadi polis apabila berhadapan dengan penjahat yang gila babi bijak dan ganas! Dengan Zizan yang all out dalam lakonannya, Polis Evo aku kira antara filem aksi Melayu terbaik pernah dihasilkan setakat ini! 

4.5/5 

p/s: sedih! Terperasan mike kecil yang dipakai Zizan sekejap lekat kat telinga, sekejap terjatuh atas pasir between syot masa diorang berbaring lepas pertarungan akhir. Kantoi!! LOL

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

5 comments:

POLARIS said...

Setuju sgt. Mlm tadi dh tgk. Saya peminat filem aksi hollywood. Kagum dgn Polis Evo. Tiba2 terminat dgn shaheizy sam...😀. Baru ternampak Malaysia juga ada hero filem aksi yg hebat...Zizan pun hebat terutama masa kat hospital yg dia tumbuk dinding hospital tu. Satu kelainan dr biasa. Rasa mcm nk tonton sekali lagi...sbb dh lm sgt hlg mood dgn filem Melayu selain citer P.Ramlee...

VampHydra said...

Greatest Malaysian movie since 2010!! Mula2 mcm mlas nak tgok sbb x minat Zizan, tpi pegi jga sbb tgok trailer mcm best je. Saya stuju dgan tuan, lakonan Zizan kali ni ada improvement. Cuma yg kurang dlam movie ni aksi lawan2 tu je. Kan best klau ltak elemen martial art skit, bgi Insp Khai tu pndai silat ke, cun jga. Btw, movie ni aku brani ltak 10/10!!

Unknown said...

Movie malaysia terbaikkkkk

budi said...

wah...look goods, apa bisa muncul dipawangan jakarta?

Anonymous said...

Memang cooool....Hukaloh, atas pulau mana ada kereta, pasal tu pakai poklih. Buat siri boleh saje macam rush hour.