Akan Datang!

Tuesday, March 17, 2015

Review: Cicakman 3

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Yusry Abd Halim, Ghaz Abu Bakar
Pelakon | Zizan Razak, Lisa Surihani, Fizz Fairuz

Cicakman kali ni sebenarnya is the worst Cicakman film so far! Apa yang ada dalam filem ni sebenarnya tidak lebih dari sekadar reboot yang sebenarnya gagal untuk memberi nafas baru kepada francais ini. Apa yang KRU buat sebenarnya bukanlah menaikkan nama Cicakman tetapi sebaliknya menjatuhkan superhero Malaysia ini ke satu tahap yang lebih jauh dari dua filem yang dulu.Walaupun gabungan dua pengarah, filem ni tidak bersatu dengan baik! 

Secara peribadi, mengadunkan filem hero ni seperti Kick-ass dengan lawak yang agak kurang sesuai untuk kanak kanak bukanlah sesuatu yang wajar. Cicakman 3 ni dah jadi macam Kick-ass dah! Ada lawaknya yang ok, tapi lawak mak nyah pada awal filem, itu sangat sangatlah tidak menarik langsung. Come on! Tak rock langsung pertarungan awal tu! 

Filem ketiga yang juga bertindak sebagai reboot kepada dua filem Cicakman terdahulu ini sebenarnya tidak disajikan dengan jayanya. Lakonlayarnya sebenarnya tidak tahu kenapa rasa macam dibuat caca merba. Konflik Superbro dan Cicakman tidak diadun dengan baik. Ditambah pulak dengan kisah Linda dan Man yang memang seperti sotong sumbat yang tak masak. 

30 minit pertama filem ni seperti drama swasta yang fokus kepada konflik Man yang memang amat membosankan. Aku tidak merasakan konflik itu sesuatu yang membosankan 30 minit pertama. Apa yang membosankan ialah lakonan Zizan yang tidak mampu untuk mewarnai 30 minit pertama dengan baik. Dan sepatutnya, 2 jam filem harus dijadikan 1 jam 30 minit sahaja. Awal filem yang sangat2 bosan. 

Namun, selepas itu selepas kemunculan Superbro dan geng Belalang Kunyit muncul, semuanya jadi hebat. Tapi, kehebatan itu hanya sebentar. Seperti jarum yang keluar masuk dalam kain yang sedang dijahit, konflik Man dan Linda masuk kembali tanpa emosi dan juga lakonan Zizan yang sangat tidak mampu untuk membawanya ke depan. 

Malah, apa yang berlaku sepanjang filem tidak mampu untuk membuatkan rasa bosan hilang saat aksi pertarungan tiada kerana pelakon yang mampu menaikkan lakonlayar yang tidak digarap dengan kemas dan baik. 

Zizan! Dia ialah orang yang sangat sangat tak sesuai untuk jadi the next Cicakman. Apa yang dilakukan dalam filem Cicakman 3 ternyata bukan untuknya. Bukan apa, filem ni, melalui penulisannya (even agak tunggang langgang dan kurang kemas) memerlukan emosi dan juga komedi. Dan pelakon ini gagal untuk deliver babak babak emosi dengan baik. Maka, babak Linda dan Man ialah part paling membosankan dalam filem! 

Aku lebih mengharapkan geng Belalang Kunyit diberi ruang untuk lebih menonjol dan bukannya hanya berada di ruang bawah tanah sebuah kelab malam. Malah, aku juga berharap yang adegan akhir filem yang nampak ‘mega idea’ dibikin dengan lebih baik terutamanya orang ramai yang menyaksikan pertarungan Superbro dan Cicakman yang nampak sangat plastik (especially Lisa Surihani and the geng). 

Tetapi, apa yang aku nampak, filem ni memang terbaik dari segi visualnya. Aku rasa, Cicakman 3 ialah satu lagi level bagai pembikinan filem yang menggunakan CGI di Malaysia. Filem ni, melalui visualnya mampu membuatkan rasa kagum tu muncul kerana rupa Metropolis yang diangkat dari pelbagai visual bandar luar negara plus beberapa lokasi di Malaysia dibikin dengan sangat baik dan kemas. Malah, aksi pertarungan juga dibikin dengan jayanya. 

Malah, filem ni juga kelihatan bergerak sebagai tribute kepada seniman filem P. Ramlee. Tapi, aku rasakan itu bukanlah part penting dalam filem ni! 

Oh ya! Apa yang terbaik lagi dalam filem ni ialah lagunya. Kerja muziknya sangat mantap walaupun ianya berada dalam sebuah filem yang gagal mengembalikan kegemilangan Cicakman. Best part, masa Zizan dan Lisa Surihani bergaduh pakai lagu Stacy tuh!

Aku respek kostum dan juga semua kerja buat untuk filem ni. Terbaik! Cuma, aku harapkan ceritanya lebih dikemaskan dan Zizan dibuang dari beraksi sebagai superhero. Dia gagal beraksi dalam babak emosi yang mana akhirnya menjadikan filem ketiga ni kegagalan besar buat KRU. Dengan visual dan kerja CGI yang memuaskan, aku rasa Cicakman 3 tidak mampu untuk membuatkan aku bangga kerana ceritanya sudah berganjak dari ‘luarbiasa’ ke ‘biasa biasa’. 

3/5

11 comments:

Unknown said...

Hmmm....Apek mmg xda ke dlm ni,sbb mase rncangan Maharaja Lwk,Ac Mizal pnh tnye psl prkmbngn trbaru,Apek ad jwb Cicak Man 3.....x tau plk hero dh tukar..Tapi,film ni mcm fail je..costume cicakman pn x cantik..kosong.

Anonymous said...

Sapa yang admin harapkan menjadi Cicakman??...Kan cerita ni sebenarnya cerita kelakar...takkan admin harapkan Shaheizy Sam jadi Cicakman??..Atau masih harapkan Saiful Apek jadi Cicakman??...Ketara nampaknya kebencian admin kepada Zizan Razak!!!

rafiqkie said...

saya sedih...sebab, film kita masih tahap yang sama terlampau kejaq komersial, digarap daripada komik tapi adakah karekter tu dan jalan perceritaan sama kot nanti menangis adik2 kita teangok jalan cita x sama mcm mna tu. Patutnya Tuan pengarah Yusry bleh buat film lagi hebat tang paling penting nak buat film setanding hollywood - film ada identiti dan imej negara, sosio-budaya & kepelbagaian bangsa cuba tgk korea ngan Hallayu, india paling2 dekat seberang jer indonesia...maaf yer klu menyinggung atau ada sapa2 org KRU PRODUCTION dan seangkatan ngan nya..maaf zahir batin..

Anonymous said...

mmg zizan kayu pun berlakon.

Anonymous said...

Zizan memang fail.. Nak harap buat lawak bodoh dia ja.. Apek jugak meletop

aswadz said...

nsb baek x tgk kat wayang.

Anonymous said...

Macai zizan ni..admit it cerita teruk lakonan teruk costume teruk.. come on...sampai bila malaysia nak bergantung pada komedi yg tak habis habis? Cukup lah ada maharaja lawak la apa smua tu..cicakman 3 is a dissapointment.

tiada nama said...

Ko ni memag bodoh,xpayah komen la ko

tiada nama said...

Kru studio sepatutnya lebih matang dalam cicakman 3 selepas cicakman 1 dan 2,ni superhero punya crita bukan cerita lawak,kalau nak wat cerita lawak cicakman 3 ni lagsug xmenunjukkan lawak tpi mbosankan.

Asip said...

bg aku filem cicakman masih ok,, cume terlalu cepat je,, filem ni cube nak angkat filem lama,, tapi rosak sbb zizan,, story serabut skit,, grafik advance dah,, hurm,, kalu diorang buat 2 versi filem kan comei,,

(cicakman 3) lawan semut2 tu,, buatla drama rumah tangga,, time ni tunjuk sape musuh,, cicakman baru kelua,, pertengahan cerita muncul hero baru,, perkenal bro,, join venture same2 lawan,,
masok filem sambungan
(cicakman 4), upenye bro ade plan lain dan bro upenye jahat jugak, time ni la diorang gadoh,,

kan sedap gitu,, total disaster cicakman ni, walopun bg yg nmpk jalan cerita yg die cube ketengahkan,, still wasted.. yusry ni masok air rasanya,, hahaha,, filem dulu sedap jalan cerita,, cume modal grafik,,

Anonymous said...

sumpah bersyukur tak tengok cerita ni kat wayang...!! cicakman 3 totally KOSONG!! Lisa Surihani keras kayu kayan, lawak Zizan tak menjadik!! Bell Ngasri menjerit 24jam padahal isi kosong!! CGI tak siap!!

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...